teka teki

2.7K 93 169
                                    

Soalan

1) ada sebuah rumah tapi tidak berpintu dan berjendela . jika penghuninya ingin keluar perlu pecahkan dinding apakah itu ?

2) benda apa yg matanya dalam air , badannya atas darat?

3) Ia sebesar istana , tetapi lebih ringan daripada udara . apakah ia ?

4) sebuah bas berhenti secara medadak kerana hampir terlanggar seekor kucing . apakah yg akan turun dahulu selepas bas itu berhenti ?

5) saya berada di atas air , tetapi tidak boleh berenang atau bergerak . siapakah saya ?

6) apa yg boleh dipetik tetapi tidak boleh dimakan ?

7) ketika datang jalannya perlahan , tapi ketika pulang larinya cepat . apakah itu ?

8) anda berada di tempat gelap , sejuk dan hanya mempunyai sebatang mancis . Di situ ada lilin , obor dan kayu api . benda apa yg anda nyalakan dulu ?

9) bagaimana cara untuk mengeluarkan seseorang dalam bilik yg tiada pintu tanpa bantuan alat apa pun ?

10) bila kita ada kita nak kongsi , tapi bila dah dikongsi ia hilang . apakah ia ?

11) Ujang ada sebuah ladang dan dia mahu menanam dua jenis pokok iaitu pokok tebu dan pokok rambutan di ladangnya . Oleh itu , dia pun tanamlah pokok tebu separuh dan pokok rambutan separuh . rasa-rasanya pokok apa yg tumbuh dulu ?

__________________________

Jawab jawab jawab .. Senang je tu . tak payalah search google . jadi lah insan yg jujur . hahaahaha

Lepas korang jawab . baru saya update jawapannya . kbye

Assalamualaikum

Tak Lawak PunWhere stories live. Discover now