Bab 34

2.6K 85 2
                                    

Masuk hari ini, sudah seminggu aku berada di sabah. Tiada siapa yang tahu aku ada disini. Aku tak bagitahu sesiapa pun. Ada juga yang call aku, terutamanya 'Syaffika' , ' mama' , papa' , ' Kak Sha' dan 'Kak dazaina' Tapi aku tak angkat. So , aku buat keputusan patahkan simkad then beli baru. Hahhaa kejam sungguh..

Aku berjalan jalan di Imago Shopping Mall. Niat nak cari baju baru. yelah , hilangkan bosan. Aku masuk ke kedai 'Butterfly' . (wujud ke? hahahaha)

"Boleh saya bantu?" Tanya pekerja yang bernama 'Ain' itu.

"It's okay. Nanti kalau ada apa apa saya panggil awak" balasku sambil sibuk membelek baju dihadapan. Pekerja yang bernama Ain itu berlalu pergi.

"Takde yang sesuai lah pula. semua besar besar" Ujarku semasa mencuba pakaian di fitting room.

"Aish takpelah. Cari tempat lain ajelah" lalu aku keluar dari tempat itu . Sedang sibuk aku melihat nama kedai yang terpapar di mall itu. Tiba tiba perutku berkeroncong minta diisi.

Aku turun ke tingkat bawah sekali. Mencari makanan dan aku memilih Kedai masakan jepun .

"GoodAfternoon miss" Sapa pekerja itu. Aku hanya tersenyum nipis saat dia memberi menu dan aku memilih sahaja apa yang aku suka.

'Takpe, tak habis nanti tapau bawa balik hotel' bisik hatiku

Sempat aku bermain dengan Instagram sebelum makanan belum tiba. Tiba tiba aku terfikir syaffir. Aku tersenyum kelat. Hati aku sakit pabila mengingat kembali peristiwa dia menghalauku itu.

"Kalaulah abang ada sini. Mesti aney tak bosan bang huh" keluhku

"Tak baik mengeluh" aku mengingatkan kepada diri sendiri. Baru sahaja aku mahu menyambung lamunanku itu makanan sudah sampai.

"Cepat makan aney. Kau makin kurus dah sekarang ni. Huh pedulilah, bukan ada orang kisah" Lalu aku makan dengan gelojoh. ehek tak juga berapa gelojoh. Entah kenapa sejak dua menjak ni aku suka makan makanan yang jarang masuk dalam tekak aku.

Selepas membayar bil, Aku membuat keputusan untuk meronda lagi di sini selama 1 jam. Nak cari kasut. Kalau tak jumpa juga hm One Borneo lah sasaranku .

Aku duduk ditempat berehat yang disediakan. Tibatiba aku teringat Farhanah, Sahabatku . ( still ingat farhanah? Alah tu yang jadi pengapit dazney masa dazney kahwin tu)

'Lama tak contact dia. Last contact pun masa dia jadi pengapit aku. Nak call tapi simkad yang haritu aku dah patahkan hm takpe balik dari sini aku jumpa dia' omelku

Tiba tiba aku teringat sesuatu

"Huh dapat ka aku balik sana lagi?" sinis soalan aku itu.

Tiba tiba telefonku berbunyi minta diangkat.

'unknown number?'

Hello? - Dazney

Hello Cik Tengku. Maaf sebab mengganggu - unknown number

Erk. Ya tak apa. Siapa yang bercakap ni? - Dazney

Saya Hani. Cik Tengku, dekat depan saya sekarang ni ada lelaki. Lelaki ini mengarahkan cik tengku balik ke hotel dengan segera - Unknown number

Errr.. Hani? Hani mana eh? Ohh yaya yang Jaga kaunter pertanyaan Kat hotel tu kan? - Dazney

Ha'ah cik tengku. Lelaki ni cuba membuat kucar kacir kat sini Cik Tengku - Unknown number

Okayokay. Kejap lagi saya sampai - Dazney

Okay, Terimakasih sebab bagi kerjasama Cik Tengku - Unknown number

Awak sayang saya Tak ?Where stories live. Discover now