Bab 20//

1.3K 74 0
                                    

I can't promise to fix all of your problems, but i can promise you won't face it all alone.

***********************************
Tak guna punya Nufael! Dahlah ada girlfriend tak bagi tahu lepastu tipu aku pasal Ali!

Ali seekor hemster coklat yang Nufael bela masa umur dia 9 tahun dan dia anggap hemster dia tu adik kandung dia?!

gila.. gila.. gila.. mamat ni memang nak jadikan aku gila kot?!

Aku berjalan menuju ke dewan, tiba-tiba hati aku tergerak nak toleh ke belakang. Aku menoleh. Nufael sedang jauh berjalan di belakangku. Dia tak perasan aku lagi tu.

Aku sembunyi di tangga. Tak lama kemudia bau minyak wangi Nufael makin kuat. Aku bersedia nak terkejutkan dia.

Baru sahaja aku mahu melompat keluar, satu suara yang kurang familiar menyapa Nufael.

Aku berdiri lurus ke dinding apabila kelibat Nufael dan Farisha melepasiku.

Farisha memeluk lengan Nufael.
"Apa ni, kita kat sekolahlah" marah Nufael lalu merentap tangannya.
"Biarlah semua orang tahu pasal kita" ujar Farisha.

Aku mengecilkan mataku memandang Farisha. Pompuan gatal!

"Tak payah!" Nufael berjalan dengan laju. Tetapi Farisha sempat mengejar.

Aku berjalan memgikuti langkah mereka.

"Tapi kita kan sweet couple, sama cantik sama padan. Kenapa nak malu pulak? Ke awak dah suka dekat budak Iefa tu?!" Farisha menarik lengan baju Nufael.

"Aku rimaslah dengan kau ni!" Nufael mahu berpatah balik. Sebelum sempat dia pusing belakang, aku sempat nyorok dekat tangga blok H.

Aku buat-buat tengah baca bahan yang ditampal di dinding tangga tersebut semasa Nufael jalan melepasi aku.

Kenapa diorang couple tapi Nufael seolah olah membenci Farisha? Kenapa dia kaitkan aku dalam perbualan dia tadi? Aku ni orang ketiga ke?

************************************
Nufael

Aku bengang dengan sikap Farisha yang tak habis-habis mengeletis dekat aku.

Aku tahu, Farisha saja ja nak couple dengan aku sebab rupa paras dan duit. Aku pun satu, pergi ajak dia couple kenapa? Kan dah terikat dengan minah tu. Aih

Aku berjalan ke kantin. Api kemarahan ku semakin membuak. Aku perasan Iefa berjalan di belakangku dan mendengar segala galanya yang Farisha cakap.

Aku bukannya nak sembunyikan Farisha tapi hubungan kami dah lama putus sejak tahun lepas! Tapi Farisha tetap tak reti malu asyik muncul depan muka aku.

"Oi kau buat apa dekat sini? Pergi dewan sekarang" pengawas disiplin dah muncul.

Aku bangun lalu berjalan ke arah dewan semula.

Iefa, tolonglah jangan percaya apa yang Farisha cakap. Aku masih perlukan kau.

sampai sahaja di dewan. Mata aku tertancap pada seorang gadis. Iefa. Dia sedang berbual dengan Scha. Senyuman dia kini sangat bermakna dalam hari-hari aku. Lagi-lagi bila dia senyum dekat aku.

Kelihatan dia gembira sangat bertepuk tampar dengan Scha, Scha pula ketawa mengekek ngekek macam tak ada perasaan.

Tiba-tiba bahu ku di tepuk. Adam.
"Aku nak cakap sikit dengan kau" ujarnya lalu berjalan keluar dari dewan.

Aku mengikutinya dari belakang.
Sampai sahaja di tempat yang tiada sesiapa dia menoleh ke belakang memandang aku.

"Aku nak kepastian aja kau janganlah salah anggap ingat aku nak ajak gaduh ke apa" ujar Adam.

Ingat lagi malam itu semasa di khemah akibat perangai dia yang suka menjawab, aku naik angin lalu menumbuk wajahnya. Semua orang sepakat tidak memberi tahu kepada Encik Daim sebab Adam memang bersalah.

"Abis tu kau nak apa?"
"Aku nak tahu.. kau suka Iefa ke?"
"Apasal kau tanya aku soalan macam tu?"
"Taklah, aku nak.. emm.. couple dengan dia"
"Kau sendiri tak dapat protect dia time dia susah, ada hati nak couple dengan dia?" Ujarku sambil menyilang tanganku ke dada.
"Tak lepas ni aku janji aku jaga dia baik-baik" ujarnya lagi sambil mengangkat tangan seperti berikrar.

"Tak. Aku tak suka dia pun"
"Betul ni? Kau tak ada apa-apa perasaan dekat dia?"
"Tak. Dan tak akan" aku melangkah masuk ke dewan meninggalkan Adam yang kegembiraan.

Aku ni dah macam bapak Iefa dah nak kene minta izin dulu.

Tapi ada satu perasaan yang sedang menyelinap di hatiku. Sedih.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now