Bab 29//

1.2K 64 0
                                    

She likes him
He likes her
Everyone knows
except them.

************************************
"Arrrghhhh!!!" Aku menutup wajahku dengan bantal. Aku hampir menangis bila background muzik berbunyi kuat secara tiba-tiba.

Nufael dari tadi ketawa tak henti-henti melihat aku yang ketakutan untuk melihat skrin televisyen. Dia tersengih mengejek aku.

"Eh kak, kau boleh rilek tak ni?" Jasmin mengerutkan keningnya. Yelah aku je yang paling kuat jerit dari tadi.

Aku menganggukan kepalaku. Nufael menoleh kepadaku sambil tersengih mengejek aku. Aku menjelingnya.

Bilalah cerita ni nak habis? Eii aku takutlah!

Tiba-tiba aku terasa ingin membuang air kecil. Aku cuba menahan tetapi tak boleh!

"Dik, teman kakak pergi tandas jap" aku menarik tangan Jasmin.

"Alaaa kejaplah kak" Jasmin menarik tangannya.

"Pleasee akak dah tak tahan" Aku menarik narik lengan Jasmin.

"Wey wey stop kejap. Ni dia ni ajak pergi tandas." Ujar Jasmin. Nufael dan Aizat menoleh ke arahku. Aku hanya tersenyum malu.

Kami bangun. Aku mengekori Jasmin dari belakang. Aku memandang Nufael dia tersenyum mengejek.

"Baik-baik.. kejap lagi muncul.."
"Baik kau diam sebelum tangan ni singgah dekat muka kau" aku mengangkat tapak tangan ku.

"Cepatlah kak" Jasmin menarik tanganku.

Sampai sahaja di bilik air, aku menyuruh Jasmin duduk di depan pintu bilik air.

"Kau duduk sini. Tunggu aku tau!" Jasmin menganggukkan kepalanya. Aku segera berlari masuk ke bilik air.

5 minit kemudian, aku keluar dari bilik air. Aku lihat Jasmin tiada di situ. Aku segera berlari ke ruang tamu.

"Aku suruh kau tunggukan! Yang kau blah buat apa?!" Marahku sambil memukul lengan Jasmin sekuat hati.

"Yang kakak lambat sangat kenapa?" Jasmin menjeling kepadaku.

"Dah ah. Aku nak tidur. Bye!" Aku berjalan ke arah bilikku tanpa menoleh ke belakang.

"Alaa tunggulah kejap Iefa" Nufael cuba memujukku. Aku menggelengkan kepalaku tanpa menoleh ke wajahnya.

"Alaaa Iefa" Nufael memanggil namaku.

"Tak nak"

Aku masuk ke bilik dan mengunci pintu. Lampu bilik aku biarkan terbuka. Dah terlampau penakut sangat.

************************************Aku menggonyoh mataku beberapa kali. Aku lihat jam di dinding. Dah pukul 5 pagi. Aku bangun ke bilik air untuk mencuci mukaku. Aku mengambil tuala lalu membalut kepalaku dan terus keluar dari bilik.

"Kakak, tolong ibu susun pinggan. Lepastu kejut Aizat dalam bilik" aku mengangguk lalu mengangkat 6 biji pinggan ke meja makan. Jasmin baru sahaja tiba di meja makan.

Aku naik ke atas lalu mengetuk pintu bilik Aizat.

"Oi bangun! Sahur! Sahur!" Laungku dari luar bilik sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Aizat.

10 saat. Pintu masih tidak terbuka. Aku mengetuk lagi dengan lebih kuat.

"Sahur! Sahur! Bangunlah! Woi bangun!" Laungku lagi.

Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar. Terjengul muka baru bangun tidur Nufael di pintu.

"Bangun sahur" ujarku.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now