[12]. 8 tahun kemudian??

12 0 0
                                    

8 tahun kemudian,

Pejam celik sudah pun 8 tahun Stella meninggalkan Malaysia selalunya 5 tahun kalau orang yang belajar di luar negara ini. Tetapi Stella 8 tahun dan umurnya pun sudah berusia 23 tahun, Stella saja dia tidak mahu pulang ke Malaysia kerana dia masih perlukan waktu untuk bersendirian dan takut kalau perkara seperti yang dulu itu berlaku lagi boleh dikatakan fobia lah si Stella tu.

Stella merenung ke luar jendela yang mempunyai pandangan kota New York City itu penuh dengan lampu ketika malam. Dia kini tinggal di condominium mewah yang bernama 737 Park Avenue. Stella berasa rindu untuk pulang ke Malaysia kerana teringatkan mama dan papanya manakala kakaknya Dellia sudah pun mula membuat busniess nya sendiri iaitu membuka butiknya di Paris, Dellia juga terkenal di sana dengan rekaan bajunya yang kreatif dan juga lawa-lawa belaka.

******
"Stella!" Ada suara yang memanggil namanya dari belakang.

"Yes? Can I help you?" Tanya Stella kerana dia tidak pernah lihat lelaki itu sebelum ini.

"Are you kidding me?! Ini Harris lah kita sama sekolah dulu remember?" Gelak kecil Harris.

"Harris? Oh my gosh really?! Muka you dah lain, apa you buat dekat sini?" Stella teruja kerana dapat berjumpa kembali dengan Harris walaupun kisah silam itu tapi dia anggap perkara biasa kerana cinta monyet katanya.

"Well, I student dekat Columbia University."

"Wow not bad huh hahaha. You buat apa datang sini? Takkan lah you ambil course muzik pulak hahaha." Stella saja mengusik Harris kerana sudah lama tidak berjumpa.

"Eh tak lah I ambil course engineering, I datang sini sebab ada nak jumpa kawan." Harris sambil menunding jarinya ke arah university itu.

"Harris! Let's go." Tiba-tiba entah dari mana ada seorang perempuan cantik datang dan terus memegang lengan Harris dan menariknya.

"Maria please stop pegang-pegang I." Bisik Harris kepada perempuan itu dan Harris terus melepaskan pegangan itu tetapi macam lah Stella tidak dengar perbualan mereka itu dah nama pun Stella berdiri betul-betul di hadapan mereka.

"Dah kenapa diorang ni? Ada apa-apa hubungan ke? Perempuan ni cantik tapi kenapa Harris macam elak-elak dari dia? " Stella hanya berbicara dalam hatinya.

"Hurm I lupa ada class kejap lagi so got to go byee." Stella tinggalkan Harris dan Maria berduaan di situ kerana mahu beri mereka ruang.

*******

Stella selepas bangun tidur pasti dia akan mencari coffee tetapi coffee di rumahnya sudah habis dan dia terpaksa pergi ke kedai 'Starbucks' yang berdekatan dengan rumahnya.

Stella membuka pintu kedai coffee itu dan dia terlanggar seorang lelaki. "Oh my gosh I'm so sorry sir." Muka Stella masih lagi pandang ke bawah kerana buku-buku Stella terjatuh sekali.

"It's okay, let me help you." Sambil mengambil buku-buku yang terjatuh tiba-tiba lelaki itu memegang tangan Stella.

Stella mendongakkan kepalanya untuk melihat lelaki yang sudah memegang tangannya itu.

"Adrian?!" Mulut Stella sudah melopong dan matanya dah terbeliak ketika dapat tahu yang dia terjumpa Adrian lagi-lagi sudah lama bertahun kisah cinta mereka tergantung.

Without YouUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum