BAB 1

5.3K 127 2
                                    

Alisya keluar daripada universiti Singapura untuk menyambung pelajarannya di universiti Malaysia.Itu bertujuan agar dia dapat rapat dengan ibu bapa angkatnya. Dia daripada Singapura ingin bergerak ke Kuala Lumpur.Dia duduk di kapal terbang berjam lamanya.Dia berharap agar ibu dan ayah angkatnya yang mengambil dia di lapangan terbang.Alisya sangat tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu dan ayahnya itu.

Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur hatinya berkata yang dia belum bebas daripada dunia belajarnya.Tapi dia akan berasa bebas jika ibu bapanya yang mengambil dia di lapangan terbang.Tetapi semuanya musnah setelah melihat Ashraf.
'Apalah Mamat ni buat kat sini?' detus hati Alisya.

"Ibu dan ayah mana?" tanya Alisya kepada Ashraf.
"Boleh tak kau diam dan ikut je lah.Syukurlah,aku dah ambil kau.Ingat tadi tak nak aku ambil kau." kata Ashraf.
"Habis tu kenapa kau masih nak ambil aku?" tanya Alisya lagi.
"Kalau tak disebabkan ibu dan ayah yang paksa,tak ingin aku nak ambil kau.Tak payah banyak tanyalah.Nanti ibu tu bising pulak.Kau nak dengar ke?"
kata Ashraf sambil sengih.

Tiba di rumah mereka,Alisya berlari masuk ke dalam rumah.
"Ibu,ayah!!!" kata Alisya dengan sangat kuat hingga mampu kedengaran di seluruh banglo itu.
"Astaghfirullah al-Azim.Tak reti nak bagi salam ke anak dara ibu ni." kata Datin Lisa.
"Assalamualaikum ibu,assalamualaikum ayah" kata Alisya.
"Waalaikumsalam" kata Datin Lisa dan Dato Hafiz serentak.
"Universiti macam mana?" tanya Dato Hafiz.
"Bolehlah.Tapi Sya rasa universiti Malaysia lagi bagus." kata Alisya.
"Mmm,memang bagus pun." kata Datin Lisa menyampuk perbualan mereka.

----------------

"Alisya tolong Mak Jah bawa pinggan ni ke dapur ya? Lepas tu pergi ke ruang tamu. Ada hal penting nak di bincangkan." Kata Dato Hafiz dengan panjangnya.
"Hal kerjakah?" tanya Alisya.
"Nanti bincang." kata Dato Hafiz.
'Ish,ayah ni dah kenapa?Aku baru je balik,dah ada hal penting.pelik,memang pelik."

------------------------------------------------------

Mrs Tomboy Suka Mr SweetTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang