BAB 3

2.8K 98 1
                                    

'Apalah aku nak buat ni?Aku telefon Nana lah.Walaupun dia tu sengal mengalahkan orang paling sengal,dia tetap boleh membantu aku.Mungkin.'kata Alisya dalam hati.

Nana ialah kawan universiti di Singapura Alisya.Mereka sangat rapat seperti adik beradik.Nana ataupun Nordiana adalah anak tunggal daripada Dato Ahmad dan Datin Aisah.

"Helo Nana.Nana tolong aku!!Aku tak tahu nak buat apa."kata Alisya.
"'Apalah kau ni telefon pagi-pagi buta ni."kata Nana.
"Eh kau ni memang minah dengarlah.Dah petang dah ni."
"Oh yalah dah petang dah ni.Aku baru aje bangun dari tidur.Aku lupa aku tidur tadi pagi sebab...." belum habis Nana menghabiskan kata-katanya Alisya memotong.
"Aku tak nak dengar semua benda yang mengarut tu.Yang penting masalah aku ni." Balas Alisya
"Mmm,apa masalah kau?"tanya Nana
"Mana aku nak aku kahwin dengan Ashraf.Apa aku nak buat sekarang?"tanya Alisya pula.
"Alhamdulillah,akhirnya kawan aku ni sudah bertemu dengan jodohnya.Aku doakan kau bahagia dunia akhirat." kata Nana dengan sengal nya.
"Kepala otak kau bahagia. Kau tahukan aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi.Kami tak boleh bersama-sama hingga ke hujung hayatlah katakan..".kata Alisya.
"Tut,tut,tut"Nana mematikan telefonnya.
'Apalah perempuan ni.'marah hati Alisya.Alisya menghantar mesej kepada Nana.

'Wei kenapa ko matikan panggilan tu tadi.'
'Malas nak dengar masalah kau tadi 😉😉.'
'Dasar.Gue x mau kawan ama lo lagi.Gue x mau dengarin masalah lo .Ngerti!?!?😠😠😠.'
'Dia pakai bahasa Indonesia lah pulak....'
Alisya terus mematikan telefonnya.Dia tahu kalau dia bermesej dengan Nana pun tak guna.Makin sakit kepala Alisya adalah.

————————————————
"Ashraf!"Alisya memanggil Ashraf tapi Ashraf tidak mengendahkan panggilannya.
'Kurang ajar punya lelaki.Aku dah sakit tekak dah ni sebab nak panggil dia aje.Membazir aje suara yang aku keluarkan untuk panggil dia.Sakit hati kita di buatnya.'
Alisya pun turun untuk mengejar dia.
"Ashraf,tolong hantar aku ke kolej.Inikan hari pertama aku nak pergi kolej."kata Alisya.
"Dasar anak manja.Kenapa kau tak boleh naik bas?Dekat Singapura dulu kau naik apa?Hah?"kata Ashraf sambil mencebik.
"Sakitnya hati.Dulu kat Singapura aku bukannya tinggal kat rumah,aku tinggal kat asrama universiti.Lepas tu nanti jatuhlah saham aku kalau aku naik bas.Kalau kau tak nak hantar aku,aku bagitahu kat ayah.Ayah Mamat ni.."kata Alisya mengugut.
"Stop,stop.Cepatlah."kata Ashraf mengalah.
'Thanks mamat poyo tak guna.'kata Alisya dalam hati.

Mrs Tomboy Suka Mr SweetWhere stories live. Discover now