BAB 6

4.3K 120 42
                                    

Alisya P.O.V.

Kata beli cincin je... Ini sampai baju pengantin sekali. Baju tunang warna putih. Baju sanding belum pilih lagi. Entahlah kenapa. Hari aku ni terasa macam nak berpurdah je.
"Ashraf. Apa kata kalau aku berpurdah?" Aduh. Yang dia berhenti tiba-tiba ni kenapa?? Terkejutlah tu.
"Apa kau cakap tadi?" Ish dia ni....
"Kau ni memang tak dengar ke atau pura-pura tak dengar? Aku cakap aku nak berpurdah. Kau bagi ke??" Lepas aku cakap dia jalan je?!?! Ish dia ni.
"Aku okey je. Tapi macam kolej tu kau yang punya. Kau tu masih belajar lagi." Iyalah. Lupa pula fasal kolej.
"Mmmm. Oklah." Sedihnya aku.
"Alah kau ni. Kau ambil jelah belajar dua tahun. Lepas tu baru kau pakai purdah." Ahh?!?!!?!? Dua tahun.
"Ayah tak marah ke?" Dia ni pandai cakap je. Orang lain dia tak fikir.
"Pandai-pandailah aku bincang nanti." Yes!!! Kali pertama dia back-up aku... ok. Berbalik kepada isu baju pengantin tadi. Dia pilih baju untuk aku je. Bila aku tanya kenapa, dia tak jawab...

baju tunang

Macam mana? Cantik tak? Kami tinggal cari baju sanding je lagi. Tadi aku ada nampak cantik dan sangat baju dia. Tapi mamat ni kata tak payah nak mengada nak beli tu baju.
"Marilah kita balik rumah." Eh, dah nak balik dah??
"Baju sanding tak nak beli ke?" Eh, dia ni. Orang tanya dia, dia main blah je. Nasib kaulah Alisya dapat bakal suami macam ni.

----- ^_^ -----

Author nak cakap sikit ni. Maaflah saya terpaksa skip sampailah satu hari sebelum akad nikah. Sebab saya dah takde idea nak tulis apa. Maafkan saya ok? Tolong comment ok? Saya nak tahu juga siapa yang marah kat saya sebab skip. Hehe.

Hari-hari makan kari;
Saya nak ucap sorry..

-----^_^-----

Alisya p.o.v.

Mmm. Besok aku dah jadi isteri mamat tu. Ayah yang decide.
Mmmm. Aku tak bagitahu pun kawan aku. Kawan rapat aku si Rafael dengan si Aqisya pun aku tak bagitahu. Kalau kawan pensyarah si mmat tu, aku tak tahu pulak. Tapi harap-haraplah dia tak bagitahu siapa-siapa. Tentang si Ashraf ni abang angkat aku tiada yang tahu. Tok-tok. Siapalah yang ganggu aku ni.
"Mmm. Masuklah." Oh ibu rupanya.
"Eh ibu. Kenapa nak jumpa Alisya ni?" Tiba-tiba je nak jumpa aku.
"Cepat masa berlalu kan? Esok Alisya dah nak kahwin dah. Ibu harap sangat Alisya dapat jaga Ashraf dengan baik. Alisya kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri mulai besok. Alisya pandai masak, kemas rumah, macam-macam Alisya boleh buat. Sebab tulah ibu dapat rasakan Alisya dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada bakal suami Alisya si Ashraf tu." Alah ibu ni nangis pulak. Kena pujuk ni. Aku pun terus memeluk ibu ku.
"Alisya janji akan jaga Ashraf dengan baik sebagai seorang isteri yang solehah." Nampak tak? Formal kan ayat aku?😂😂
"Mmmm. Dah malam ni. Tidurlah Alisya. Esok pagi kena bangun awal." Aaaaah... Inilah yang aku malas. Jadi rekod besok, lepas subuh tak tidur lagi. Eh, tadi pagi aku ada beli purdah. Baik aku tanya ibu. Ibu kan bekas pensyarah.
"Ibu, kalau di kolej pakai purdah boleh tak?" Haha. Mesti ibu pelik.
"Eh, mestilah boleh. Kenapa Alisya nak pakai purdah ke?" Aku pun cepat-cepat angguk.
"Eh baguslah tu. Ada orang tahu tak?" Aku geleng.
"Nak buat surprise lah ni?" Aku angguk.
"Aduh, pening kepala ibu. Angguk, geleng, angguk. Dahlah pergi tidur. Ibu keluar dulu. Night." Hehe. Siapa suruh tanya. Night.
----------------👉keesokan harinya👈

Alisya P.O.V.

Lepas solat subuh, tak tidur memang rekod. Bukan sebab aku rajin sangat, tapi lepas je aku solat subuh, mak andam terus masuk bilik aku. Mmmm.
"Eh bakal pengantin kita ni siapa nama??" Eh, makcik ni.
"Nama saya Alisya." Mmmm.
"Makcik rasa Alisya ni kurang pakai mekap. Mata Alisya cantik sangat. Memang sesuai kalau pakai purdah." Alamak, makcik ni nak puji lebih-lebih pulak. Nasib aku pakai purdah. Jadi tak nampak pipi aku merah.
"Terima kasih makcik." Awkward. Hah!!! Dua minit lagi.
"Pengantin dah sampai!!!" Aah!!! Awalnya!! Yang si Nana ni menjerit kenapa? Macam dia yang nak kahwin. Tok tok tok.
"Pengantin perempuan sila turun." Alah ibu dah panggil.

Author P.O.V.

Puan Lisa memanggil si Alisya turun. Maklumlah pengantin lelaki dah sampai. Berdebar jugalah hati bakal pengantin dua orang tu. Tiba Alisya di bawah. Kenampakan hampir semua orang di rumah itu terkejut dengan penampilan Alisya yang baru itu. Maklumlah dah berpurdah. Termasuklah juga pengantin lelaki.
"Aku terima nikahnya....." dengan sekali lafaz Alisya telah menjadi isteri kepada Ashraf. Entahlah macam mana kehidupannya lepas ni. Adakah happy ending atau sad ending? Sekarang tibalah acara pembatalan wuduk. Ashraf pergi ke tempat Alisya. Dia menyarungkan cincin ke tangan Alisya dan Alisya juga menyarungkan cincin ke tangan Ashraf. Itu adalah kali pertama mereka berpegangan tangan. Selepas itu, Ashraf mencium dahi Alisya. Terasa panas di dahi Alisya. Lama Ashraf mencium dahi Alisya. Waktu itu Alisya sudah bertekad ingin 'mengorat' si sang suami. Kelihatan cahaya putih yang sedang menggambar mereka. Ada juga makcik-makcik yang mereka bagaikan pinang dibelah dua.(Sebok je makcik ni nak masuk dal cerita author😑😉) Tapi nanti mari kita lihat apa akan jadi.....
Hehehehe

Mrs Tomboy Suka Mr SweetWhere stories live. Discover now