Prolog

29.1K 887 16
                                    


Aku tersedar apabila terasa wajahku disimbah dengan air dingin.Serta merta aku teringat kejadian petang tadi. Ya. Aku telah diculik tetapi aku langsung tidak mengetahui tentang penculikku.Aku cuba untuk bergerak tetapi tidak berjaya. Tangan dan kakiku sudah diikat dikerusi kayu ini.Mataku pula telah ditutup dengan kain hitam.

"Kau nak apa?!.."soalku kasar. Ketika itu kedengaran bunyi tawa dari sisiku.

"Kau rasa?.."Aku terdiam sejenak. Suara itu seperti pernahku dengari sebelum ini. Ya. Aku kenal dengan dia.

"Aku dah tolong kau.. Apa lagi yang kau nak dari aku?.."soalku kasar. Dasar lelaki tak kenang budi. Ketika itu aku terdengar bunyi kerusi ditarik berhampiran denganku sebelum beberapa minit kemudian kain yang menutup mataku dibuka. Kini mataku dapat melihat dengan jelas wajah lelaki dihadapanku. Aku sudah kenal sangat dengan lelaki ini. Salah seorang penjenayah yang dikehendaki dan selalu menjadi buruan pihak berkuasa.

"Aku cuma nak ucapkan terima kasih pada kau sebab dah bantu aku lepas dari kes ni.."

"Perlu ke kau culik aku macam ni?.."soalku dengan wajah tegang. Lelaki itu hanya tersenyum penuh misteri.

"Kau tahu kan apa akibatnya dari perbuatan kau ni?.."soalku.

"Aku memang dilahirkan untuk melanggar undang-undang.. Dan kau pula.. Dilahirkan untuk pertahankan aku dengan pengetahuan yang kau ada didalam mahkamah.."ujarnya lalu menyelitkan rambutku yang terjuntai ke belakang telinga.

"Bukan ke kita ibarat pasangan yang serasi?.. Kau tak rasa ke tanpa penjenayah macam aku ni, peguam macam kau tak akan dapat kerja?.."soalnya sinis.Aku merenungnya tajam.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku,Daniel?.. Aku dah sedaya upaya bantu kau dan kes kau pun dah selesai.. Tolonglah lepaskan aku.."ujarku dengan perasaan muak. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"Oh please, Rasya.. Janganlah cakap macam tu.. Kau buat aku rasa macam jahat sangat je.."ujarnya sambil tergelak sinis. Aku merengus kegeraman.

"Kau nak apa?!.. Beritahu aku cepat!.. Aku tak ada masa nak layan kegilaan kau ni la,Daniel!.."

"Kau rasa agak-agak kenapa aku culik kau?.."soal Daniel cuba bermain tarik tali. Aku hanya mendiamkan diri dengan nafas turun naik menahan marah.

"Did you know that you look so seductive when you're angry?.."ujar Daniel sambil menopang dagu di kerusi yang didudukinya itu. Aku cuba untuk menendangnya tetapi tidak berjaya kerana kakiku turut diikat kemas ke kerusi.

"Okaylah.. Kalau kau betul-betul nak tahu, aku akan beritahu sekarang.."ujar Daniel lalu memberi isyarat kepada seseorang yang berdiri dibelakangku dan ketika itu aku terdengar bunyi pintu dibuka. Mata Daniel masih lagi merenung setiap inci wajahku namun aku langsung tidak memandangnya.

"Tak sangka disebabkan jenayah yang aku lakukan, akhirnya aku akan berpeluang untuk jumpa perempuan macam kau.. Very interesting.."Aku langsung tidak mengendahkan kata-kata Daniel itu. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi pintu dibuka dan orang suruhan Daniel masuk ke dalam ruangan itu sambil mengheret seseorang yang ditutup wajahnya.

"Kau mesti tertanya-tanya siapa dia ni,kan?.."soal Daniel sambil tersenyum sinis. Aku hanya berlagak tenang walaupun hakikatnya aku sangat ketakutan melihat situasi itu. Dengan senyuman yang masih terhias dibibirnya, Daniel menarik kain yang menutupi kepala lelaki tersebut. Mataku membulat melihat gerangan yang berdiri dihadapanku kini. Walaupun wajah lelaki itu sudah dipenuhi dengan kesan luka dan lebam bahkan kedua-dua mata lelaki itu sukar untuk dibuka kerana bengkak tetapi aku kenal lelaki itu.

"Abang!!!.."jeritku dengan rasa ketakutan. Daniel tersenyum sinis lalu dengan selambanya dia menumbuk perut abangku sehingga terduduk.

"Sekarang.. Kau diberi pilihan.. Nak keluar dari tempat ini dan kehilangan abang kesayangan kau ni atau tinggal dengan aku dan pastikan abang kau ni terus bernafas?.. Kau cuma ada dua pilihan,Rasya.."ujar Daniel. Fikiranku buntu. Aku tidak tahu bagaimana abangku itu boleh terlibat dengan penjenayah seperti Daniel. Wajah Daniel dan abang kandungku itu ku pandang silih berganti.

"Masa berjalan,Rasya.. Atau kau nak saksikan sendiri bagaimana nyawa abang kau dicabut dengan perlahan?.."soal Daniel lalu mengeluarkan pisau dari poketnya. Rambut abangku ditariknya kasar sehingga menyebabkan abangku itu mendongak sebelum dia meletakkan pisau tersebut dileher abangku.

"Stop it,Daniel!!.. Jangan apa-apakan abang aku.. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau lepaskan abang aku!.."Daniel tersenyum sinis sebelum melepaskan rambut abangku. Dia membongkokkan tubuhnya disisi abangku. Lalu menampar pipi abangku yang penuh dengan kesan darah dan lebam. Abangku hanya mampu mendesis akibat kesakitan.

"Bagus,Shahrul.. Adik kau sangat bijak membuat keputusan.. Aku akan izinkan kau untuk terus hidup tetapi sebagai hamba aku.. Faham?.. Itu pun kalau kau rasa nak adik kau selamat bersama aku.."ujar Daniel kepada abangku. Abangku hanya mampu mengangguk dalam keadaan lemah.

"Welcome to hell,Rasya!.."ujar Daniel sambil ketawa sinis. Aku merengus kegeraman dan menjelingnya penuh kebencian. Dasar iblis bertopengkan manusia!.




Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)Where stories live. Discover now