Bab 6 : Norman Daniel Eduardo

15.2K 593 8
                                    

Aku menahan senyumku melihat wajah ketakutan Rasya. Sengaja aku meletakkan pistol milikku diatas meja menghala kearahnya. Hah,berani sangat nak melawan,kan?. Lawanlah. Bukannya ada peluru pun dalam pistol tu. Lagipun,buat apa dia nak takut?.


Aku taklah sekejam itu untuk tembak dia. Bagiku, Rasya ibarat senjata buatku. Aku boleh gunakannya dalam pelbagai perkara bagi memudahkan urusan perniagaanku. Cuma buat masa ini, biarlah maklumat berkenaan perniagaanku ini disimpan rapi. Sekarang aku hanya perlukan dia untuk menjadi pasanganku. Namun aku masih tak habis fikir tentang permintaannya agar aku melakukan ujian kesihatan. Keegoaanku terasa agak tercalar. Maksudnya selama ini dia memang dah pandang serong pada aku?. Tapi..Buat apa aku nak kesah?.


Lantak dialah nak fikir apa pun. Tak lama lagi dia pun akan jadi seperti perempuan-perempuan yang pernah ku sentuh sebelum ini. Bezanya, dia milikku seorang dan tak ada orang lain yang boleh menyentuhi dia selain aku. Wajah Rasya yang sedang duduk disisi ku renung dengan renungan tajam. Aku suka melihat reaksinya yang tidak keruan. Walaupun dia berpura-pura tidak melihat perbuatanku tetapi aku tahu tindakanku ini sangat jelas dipandangannya. Malu?. Tak ada istilah malu dalam hidupku.


Lagipun kami berada di kediamanku. Bermakna semua harta di pulau ini adalah milik aku,Norman Daniel. Jadi,apa aku nak risau?. Orang suruhanku juga tidak berani mengintip perlakuanku disini kerana sayangkan nyawa mereka. Tugas mereka adalah bekerja untuk aku dan tiada istilah berhenti. Mereka hanya akan berhenti bekerja denganku apabila nyawa mereka terpisah dari jasad. Sama ada disebabkan oleh aku ataupun disebabkan tugas mereka untuk melindungiku.


Di dunia gelap, aku memang sudah dikenali ramai. Bahkan aku juga dapat mengawal pergerakan pihak berkuasa dikebanyakan negara. Cuma entah bagaimana aku boleh ditangkap ketika berurusan di Malaysia. Tetapi mujur jugalah aku ditangkap. Jika tidak, aku pasti rugi kerana tidak mengenali wanita yang berada disisiku ini.


"Jadi, apa pendapat kau tentang tempat ni?.."soalku sambil merenung Rasya dengan penuh minat. Entah apalah yang ada pada gadis ini sehingga menyebabkan aku bagaikan ketagih untuk terus menatap wajahnya setiap hari.


"Cantik.."balasnya pendek.


"Kau suka tempat ni?.."soalku lagi. Rasya mengangguk perlahan menyebabkan aku tersenyum lebar. Bagus. Maksudnya dia tak kisahlah nak tinggal disini selamanya.


"Tapi.. Saya nak balik.."gumamnya perlahan. Serta merta hatiku panas. Dasar perempuan tak kenang budi. Aku dah berikan tempat tinggal yang selesa, boleh pula dia cakap macam tu.


"Jadi kau memang tak kesah pasal nyawa abang kau?.."soalku dingin. Rasya memandangku lalu menggelengkan kepalanya laju bersama wajah ketakutan.


"Tolonglah,Daniel.. Jangan apa-apakan abang saya.. Dia je satu-satunya ahli keluarga yang saya ada.. Saya merayu pada awak.."


"Kau betul sayangkan abang kau?.."Rasya mengangguk laju.


"Jadi, kau kena buat apa yang aku suruh.. Kau akan tinggal di pulau ni bersama aku.. Abang kau juga akan bekerja disini.. Dan, aku rasa kau tahu kan bahawa setiap pekerja aku tak akan berhenti berkhidmat untuk aku sehingga mati.."balasku bersama renungan tajam. Rasya kelihatan sangat terkejut dengan apa yang ku katakan padanya namun dia pantas berlagak tenang.


"Berapa lama awak nak simpan saya disini?.."soal Rasya perlahan.


"Sehingga aku tak perlukan kau lagi.."balasku selamba. Rasya hanya mendiamkan diri sejurus mendengar jawapanku itu. Ketika itu angin laut mula bertiup lembut menyebabkan anak rambut Rasya jatuh ke pipinya yang mulus itu. Tanpa aku sedari tangan ini laju saja menyelitkan anak rambut itu ke belakang telinganya membuatkan gadis itu memandang kearahku.


Dikesempatan itu, aku melihat keindahan ciptaan tuhan dihadapanku ini. Dari rambut yang agak berombak turun ke dahi yang licin. Mata yang kelihatan tenang dihiasi dengan alis mata yang lentik dan anak mata berwarna hazel itu memang sungguh menyesakkan jiwaku. Hidung yang mancung dan bibir yang sangat sempurna. Semakin lama aku merenung wajah itu, semakin aku inginkan dia untuk menjadi milikku. Bukan aku tak pernah melihat perempuan sebelum ini. Cuma entah kenapa aku rasakan Rasya ini sangat berbeza dengan semua wanita yang pernah aku jumpai sebelum ini.


Cantik?. Dia sememangnya cantik dimataku tetapi dia tidaklah setanding ratu cantik.
Mungkin disebabkan oleh kepandaiannya, dia kelihatan sangat menarik apabila berada didalam mahkamah. Dengan mata kepalaku sendiri, aku melihat bagaimana dia berusaha untuk melepaskan aku dari dakwaan. Satu perkataan yang boleh menggambarkan kesungguhannya itu. Ianya kelihatan sangat seksi. Ya. Itu keistimewaannya. Dia tak perlu menggodaku dengan kata-kata manis mahupun berpakaian mencolok mata demi mendapatkan perhatian lelaki sepertiku.


Aura yang dimilikinya itu sudah mampu menggoyahkan jiwaku dan membuatkanku hilang fokus. Aku sukakan cabaran dan aku tahu gadis seperti Rasya pasti sangat sukar untuk dicairkan. Dan jika aku berjaya mencairkan hati gadis seperti Rasya, aku pasti akan menjadi lelaki yang sangat hebat.


Kekayaanku dan kemewahan yang aku berikan kepada Rasya belum cukup untuk mencairkan hatinya. Buktinya dia masih lagi berkeras untuk balik ke Malaysia. Sedangkan aku pasti ramai wanita akan merayu padaku agar tidak membawa mereka pulang setelah datang ke istanaku ini. Tidak. Istana pun tak setanding dengan tempat ini. Tempat ini ibarat syurga dunia buatku.


Semua yang terbina disini akan ku pastikan cukup indah dan menepati citarasaku.Sistem kawalan disini juga sangat canggih. Bahkan pulau ini juga tidak berada didalam peta dunia. Sungguh berbaloi aku menghabiskan jutaan dollar untuk membeli pulau ini. Bukan semua orang boleh datang ke sini dengan sesuka hati mereka dan bukan semua orang boleh keluar dari sini mengikut kehendak mereka. Semuanya dibawah kawalanku. Rasya patut rasa bersyukur kerana dialah satu-satunya wanita istimewa yang mendapat layanan seperti puteri raja didalam syurga dunia ciptaanku ini.


Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)Where stories live. Discover now