Bab 7 : Rasya Imani

16.8K 589 9
                                    


Gulp!. Aku menelan liurku. Apa yang cuba Daniel buat pada aku ni?. Jantungku semakin berdegup pantas apabila wajahnya semakin mendekati wajahku. Apa yang dia nak buat ni?!. Semakin dia mendekat, semakin aku cuba menjauhkan wajahku tetapi usahaku tidak berhasil apabila dia memeluk bahuku agar aku tidak dapat menjauhinya lagi.


"Daniel.. Please jangan buat macam ni.."gumamku dalam nada yang sedikit bergetar menahan debaran. Tipulah kalau aku katakan aku tidak terasa apa-apa bila duduk begitu rapat dengan lelaki seperti ini. Sudah lumrah seorang manusia akan berasa sesuatu apabila berada dalam kedudukan begitu dekat begini. Jujur aku katakan, aku bukanlah seorang wanita yang alim dan kuat pegangan agamanya. Bila-bila masa aku boleh tersungkur dalam hal berkaitan agama. Ketika itu aku melihat Daniel tersenyum herot.


"Why,my girl?.. Do you feel the way I am now?.."bisiknya rapat ditelingaku. Hembusan nafasnya menampar telingaku sehingga mampu melonjakkan adrenalin dalam tubuhku namun sepantas kilat aku mencapai pistol yang terletak diatas meja dan menghalakan kearah Daniel. Walaupun tanganku terketar tetapi aku tetap memberanikan diri. Mungkin selepas membunuh Daniel, nyawaku pula yang akan terpisah dari jasad memandangkan disini terdapat ramai orang suruhannya.


Bahkan Charlie,orang kanan Daniel juga berada dekat dengan kami. Dapat aku lihat dengan jelas, beberapa orang suruhan Daniel mula mengacukan senjata mereka kearahku apabila aku menghalakan pistol kearah bos mereka. Daniel merenungku tajam bersama senyuman sinis. Dia mengangkat tangannya mengisyaratkan kepada Charlie dan orang suruhannya agar menurunkan senjata mereka. Pistol ditanganku diletakkan tepat ke dahinya.


"Shoot me,Rasya.. Shoot me if you dare.."ujarnya seakan-akan mencabarku. Aku menelan liurku menahan debaran didada. Patutkah aku menembaknya dan akhirnya mati sebagai pembunuh kepada lelaki kejam dihadapanku ini atau teruskan hidup didalam penjara istana yang dibinanya ini sehingga dia tidak memerlukan aku lagi?. Sanggupkah aku nak hidup dalam dunia gelapnya?. Hidup dengan hasil wang yang diperolehnya dari titisan darah orang lain?. Sanggupkah aku nak berdamping dengan setan bertopengkan manusia ini?.


Akhirnya aku melepaskan pistol ditanganku ke lantai lalu menundukkan wajahku. Pasti Daniel sedang mentertawakanku ketika ini. Pasti aku akan digelar pengecut kerana tidak menerima cabarannya sedangkan peluang sudah berada didepan mataku sebentar tadi. Ketika itu terasa kepalaku diusap perlahan.


"That's what make you so special,my girl.."ucap Daniel sebelum dia bangun dan meninggalkan aku sendirian disitu. Berkerut dahiku mendengar kata-katanya itu. Apa maksud dia?. Kenapa dia cakap macam tu?. Pelik. Dan bertambah pelik apabila dia langsung tidak mengeluarkan arahan agar aku kembali dikurung dalam bilik mewahku.


Aku mengeluh perlahan. Sudah beberapa hari aku disini namun aku langsung tidak dapat berhubung dengan dunia luar. Disini langsung tiada telefon mahupun komputer yang membolehkan aku menghubungi sesiapa. Dari pulau ini juga, aku tidak dapat melihat mana-mana pulau berdekatan. Bahkan bot juga tidak ku lihat.


Entah macam manalah mereka ni semua keluar dari pulau ini. Atau mungkin ada cara untuk keluar dari sini, cuma aku saja yang tidak tahu. Mana tidaknya, aku telah dikawal dengan sangat ketat. Bahkan ketika aku berada didalam bilik juga, dapat ku dengari suara pegawal yang berjaga dihadapan pintu bilikku.


Sekarang ini, aku pula yang terasa seperti berada didalam penjara. Ya. Penjara ciptaan Daniel. Kalau aku nak lari pun, tak mungkinlah aku akan meninggalkan abangku sendirian disini. Hanya abang sajalah ahli keluargaku yang masih ada. Aku menghela nafas berat sebelum bangun dari dudukku.


Dua orang pengiringku memang setia mengekori pergerakanku walaupun masih ada jarak diantara aku dan dua orang wanita yang ditugaskan mengawal pergerakanku itu. Mungkin atas arahan Daniel, mereka memberikan sedikit ruang padaku. Ah,pelik. Selalunya Daniel bertindak kejam. Entah kenapa mood dia hari ini macam baik saja. Padahal tadi aku hampir menembak dia tepat dikepalanya.


Dasar psycho. Memang sukar untuk aku meramal apa yang difikirkannya. Tapi semua itu tidak penting. Apa yang penting sekarang, aku harus cari orang yang boleh menjadi kawanku disini. Mataku melilau melihat kawasan kediaman yang sangat luas ini. Terdapat kolam renang dan tanaman bungaan berwarna warni disekeliling kolam renang. Hmm,pelik. Aku pasti tempat ini pasti jauh dari Malaysia. Kenapa?. Sebab bungaan ditepi kolam itu bukanlah jenis bungaan yang boleh ditanam dalam cuaca tropika seperti di Malaysia.


Sejak mula lagi aku tahu bahawa tempat ini bukanlah negaraku kerana cuaca disini sangat berbeza. Buktinya sekarang. Walaupun matahari memancar tetapi aku masih juga terasa sejuk. Jujur aku katakan, aku suka cuaca disini. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Entah dimanalah aku sekarang ini. Yang pastinya tempat ini sangat indah dan sempurna. Cuma yang merosakkan segalanya adalah Daniel.


Ketika itu,mataku tertacap pada pintu ruangan yang aku dan Daniel pergi sebentar tadi. Doktor Adrian!. Ya. Dia pasti boleh ku jadikan kawan. Kakiku segera menapak kearah ruangan tersebut.


"Hai,doktor!!.."sapaku ceria. Adrian memandangku lalu tersenyum.


"Macam mana awak boleh terlepas dari sangkar ni?.."soal Adrian dalam nada berseloroh sambil menulis sesuatu dikertasnya. Aku menjengkelkan mataku padanya. Kurang asam. Ingat aku ni apa?. Tapi memang betul pun. Aku ni ibarat macam haiwan peliharaan si Daniel saja. Dikurung dan hanya akan dilepaskan jika tuan aku izinkan.


"Err.. I'm sorry.. I didn't mean to make you sad.."ujar Adrian serba salah apabila melihatku mengelamun. Aku segera menggeleng sambil tersenyum nipis.


"Taklah.. Betul cakap awak.. Bagi Daniel,saya ni ibarat macam haiwan peliharaan dia je.. Bila tidak diperlukan nanti, dia pasti akan buang saya.."


"Mungkin saya akan dibunuh.."gumamku perlahan dalam nada lirih. Adrian meletakkan pen miliknya ke meja.


"I don't think so.. Takkanlah sir Daniel nak buat macam tu pada awak.. Buat penat je dia merisikokan diri menculik awak dan bawa ke sini kalau tujuan dia untuk membunuh awak saja.."komen Adrian. Aku hanya mendiamkan diri. Harapnya macam itulah.


"So,macam mana hasil ujian tu?.."soalku dengan perasaan ingin tahu. Berkerut dahi Adrian apabila aku bertanyakah mengenai hal itu kepadanya.


"Sir tak ada beritahu awak ke?.."soal Adrian pelik. Hah?. Beritahu pasal apa?.


"Hmm.. Nampaknya dia tak beritahu.."ujar Adrian selamba.


"Pasal apa?.."


"Keputusan ujian tu la.. Ujian HIV yang awak maksudkan,betul tak?.."Aku mengangguk laju.


"Cik Rasya.. Ujian tu tak memakan masa lama pun untuk tahu hasilnya.. Awak dan sir Daniel dua-dua sihat.. Tak ada apa-apa penyakit pun.."ujar Adrian membuatkan aku mengeluh tanpa ku sedari.


"Kenapa mengeluh?.. Awak harapkan sebaliknya ke?.."soal Adrian bersama senyuman pelik. Aku hanya mendiamkan diri. Mengangguk tidak, jauh sekali untuk menafikannya. Sejujurnya, aku harapkan Adrian mengatakan bahawa Daniel menghidap apa-apa penyakit sehingga menyebabkan perkahwinan kami terbatal kerana hanya inilah satu-satunya alasan yang boleh ku gunakan agar pernikahan kami terbatal tapi nampaknya harapanku punah sekelip mata kerana Daniel sudah pun mengetahui hasil ujian kami sebentar tadi.


"Kalau awak nak tahu,Rasya.. Daniel memang sangat menitikberatkan hal kesihatan.. Pelik juga saya tadi bila dia katakan bahawa dia nak jalani ujian HIV.. Sedangkan dia memang dah selalu jalani ujian itu sebelum ni dan hasilnya tetap sama.."ujar Adrian.


Laa..Patutlah dia nampak tenang saja bila aku buat permintaan agar dia jalani ujian itu. Daniel ni memang licik dan banyak muslihat!. Memang tak ada alasan lainlah yang aku boleh lakukan untuk membatalkan hasrat Daniel tu.Ah,kenapalah aku berjumpa dengan dia dulu?.


"Look, Daniel bukanlah jahat sangat.. Saya tahu awak nampak dia sekarang sebagai seorang lelaki yang sangat kejam dan zalim but I know him for almost five years, Rasya..Dia okay saja.. Kalau awak baik dengan dia, baiklah jadinya dan kalau awak buat dia hilang kepercayaan terhadap awak. Maka, dia akan berubah menjadi sebaliknya.."Aku hanya mengangguk lemah. Hmm,ye la tu. Sampai bila aku nak berpura-pura baik dengan dia sedangkan hakikatnya aku tak sukakan dia. Aku pandang sama seperti aku memandang para penjenayah yang berada didalam penjara disebabkan kesalahan mereka.


Pandangan serong?. Ya. Sangat serong sehingga aku jadi kesian dengan dia. Pasti semua orang akan terasa seperti apa yang aku rasakan ketika ini.


"Hey.. Jauh termenung.. Fikirkan masa depan?.."tegur Adrian membuatkan lamunanku tersentak. Aku hanya tersenyum kelat.


"Masih ada masa depan ke untuk orang macam saya?... Menyesal pula belajar susah payah tapi akhirnya saya akan dikurung macam ni.."rungutku perlahan.


"It's not like the end of the world, Rasya.. Awak masih ada abang , sir Daniel..dan saya?.."Aku tersenyum mendengar kata-kata Adrian itu.


"Jadi,awak sudi nak jadi kawan saya?.."soalku bersama kening sebelah yang terangkat.


"Ofcourse.. Sejak bila pula saya cakap tak sudi?.. Awak ingat best sangat ke terperap dalam ruangan ni?.."soalnya membuatkan aku ketawa.


"So,awak pun kena kurung dalam sangkar ni?.. Sangkar yang penuh dengan ubat-ubatan?.."


"Bukan itu saja.. Saya terpaksa tinggal dengan benda ni semua.."ujar Adrian sambil menunjukkan kearah bilik kaca yang terletak dibelakangnya. Dalam bilik itu terdapat mesin x-ray, microskop dan lain-lain.

Bilik tu dah macam makmal sains pun ada.


"Awak memang kerja dekat sini je?.. Tak balik langsung?.."soalku. Adrian menopang dagunya sambil memandangku yang duduk bertentangan dengannya. Terasa pelik juga apabila dia merenungku seperti itu tetapi aku segera membuang perasaan itu jauh-jauh.
Rasya.. Ingat,kau tu datang sini sebab nak berkawan dengan dia saja.


"Balik juga kadang-kadang.. Tapi dah hampir tiga tahun saya tak keluar dari pulau ni.."


"Kenapa pula?."soalku pelik.


"Nak pergi ke mana?.. Saya dah tak ada keluarga.. Keluarga saya semua dah meninggal dunia akibat dibunuh.."Aku terdiam seketika.


"Maafkan saya,Adrian.."gumamku dengan perasaan serba salah. Adrian tersenyum kelat seraya menggelengkan kepalanya.


"Bukan salah awak pun.. Tak perlu minta maaf.. Ajal maut kan milik tuhan.. Lagipun pembunuh keluarga saya tu dah terima pembalasannya.."


"Dah terima pembalasan?.."soalku lagi.


"Err.. Tak sedar pula kita asyik cerita pasal saya je.. Awak pula macam mana?.. Sebelum awak datang ke sini, awak kerja sebagai apa?.."soal Adrian cuba menukar topik lain. Pelik. Ah, mungkin dia tidak selesa apabila menceritakan tentang perihal keluarganya.


"Saya kerja sebagai peguam.."


"Wow.. Interesting!.. Tapi macam mana sir Daniel boleh jumpa awak?.. Setahu saya,sir Daniel jarang bertugas di Malaysia.. Saya jumpa dia dulu pun ketika saya bekerja di England.."


"Hmm.. Entah apalah nasib saya bila dia jadi anak guaman saya.."


"Jadi, dia culik awak sebab nak balas dendam dengan awak?.."soalnya pelik. Aku menggelengkan kepalaku.


"Saya pun tak tahu, Adrian..Dakwaan dia sudah digugurkan tapi saya tetap juga jadi mangsa dia..Apalah nasib saya ni..malang sungguh,kan?.."ujarku dalam nada sayu tapi entah kenapa tiba-tiba Adrian ketawa.


"Awak tahu tak, awaklah satu-satunya wanita yang anggap diri awak malang kerana berjumpa dengan sir Daniel.."


"Kenapa pula?.."Adrian memandangku dengan wajah tidak percaya.


"Sir Daniel tu cukup punya handsome macam tu awak boleh kata malang?.. Saya ni agaknya kalau perempuan memang dah cuba pikat sir Daniel tu..Siapa tak nak dengan jutawan muda yang kacak dan ada wajah iras-iras Matt Bomer, pelakon terkenal tu.."Kini aku pula yang ketawa kuat.


"Awak ni tak ada contoh lain ke?.. Matt Bomer tu kan bukan lelaki tulen.. Cubalah bagi contoh yang sesuai sikit.. Entah-entah.. Awak pun.."Aku menghentikan kata-kataku sebelum memandangnya dengan wajah penuh syak wasangka.


"Hey.. Saya lelaki normal okay.. Hisy.. Selisih malaikat kalau saya macam tu.. Mintak jauhlah.."balasnya bersama wajah yang jelas terpancar pandangannya terhadap kaum sejenisnya yang bertindak diluar tabi'i itu.


"Tahu tak apa.. Kalau awak macam tu, lebih baik awak serah diri je pada Daniel supaya dia tembak awak.."ujarku selamba. Adrian hanya tersenyum.


"Awak ni ada-ada je la.."ujarnya sambil menggelengkan kepalanya. Huh,lega.


Akhirnya aku terasa tenang sedikit setelah berbual dengan Adrian. Hanya dia saja yang merupakan orang melayu disini selain aku dan salah seorang tukang masak didapur. Oh,lupa.Daniel pun mempunyai keturunan Melayu juga. Mungkin dua puluh peratus saja. Tengok dari mukanya saja,semua pun tidak akan dapat meneka dengan tepat mengenai asal usulnya.


Bahasa Melayu yang ditutur olehnya saja yang menunjukkan dia orang Melayu. Pelik juga aku dengan si Daniel ni. Kot ya pun, pilihlah orang suruhan dari Malaysia. Jadi tak adalah aku nak bercakap inggeris dengan mereka ni. Pengiring aku pun tahu cakap inggeris sikit-sikit je. Selalunya Daniel akan bertutur dalam bahasa yang agak sukar untukku teka. Bahasa Mexico atau Spanyol. Entahlah. Aku pun tak tahu.


Kadang-kadang aku geram juga bila tengok dia memberikan arahan yang langsung tidak aku fahami kepada kedua-dua pengiring aku. Tahu-tahu je dah kena humban dalam bilik.


Okay,fine. Tak adalah sampai kena humban. Cuma mereka akan bawa aku ke bilik dan bila pintu ditutup, aku pasti akan mendengar bunyi kunci dari luar. Saat itu, sahlah bahawa aku dikunci didalam bilik mewahku itu lagi. Makan minum aku semua cukup cuma aku rimas dan bosan terperap dalam bilik itu. Daniel pula jarang sekali ku jumpai.


Ketika makan tengah hari saja dia akan bersamaku. Selebihnya,dia lebih senang terperap dalam bilik kerjanya ditingkat paling atas bangunan ini. Untuk naik ke sana, sangat ketat sekali procedurnya. Perlukan cap jarilah, imbasan mata dan kata laluan.


Kalau salah, entahlah apa akan jadi. Mungkin akan ditembak oleh senjata automatik yang disambungkan ke alat keselamatan itu. Atau mungkin tubuh akan hancur akibat laser yang dipasang. Apa pun, bilik kerja Daniel bukanlah tempat yang sesuai untukku. Tak apalah, biarlah aku terus terperap disini. Tak sanggup lagi nak hilang nyawa atau anggota badan semata-mata sebab nak masuk ke bilik kerjanya.


Selepas menjejakkan kaki ke sini, aku pasti. Daniel bukanlah penjenyah sebarangan. Dia boleh dikategorikan sebagai penjenayah kelas atasan yang sangat professional. Pelik. Takkanlah tak ada sesiapa yang tahu tentang kegiatannya.


Aku pun tak tahu sebenarnya apa jenis jenayah yang dia lakukan. Ketika di Malaysia dulu, kesalahannya kecil saja. Taklah teruk sangat. Setakat disyaki mengugut salah seorang ahli perniagaan saja. Akhirnya dia pun terlepas macam tu saja. Aku tak perlu bersusah payah pun. Tapi melihatkan kekayaan yang dimilikinya ini. Aku pasti dia bukan kerja biasa-biasa. Tak mungkinlah seorang lelaki muda yang berumur lingkungan tiga puluhan seperti Daniel boleh memiliki harta sebegini banyak.


Dengan jet peribadi, pulau persendirian dan puluhan atau mungkin ratusan pekerja yang menjaga keselamatan pulau ini. Hisy,tak habis fikir aku dibuatnya. Ada juga lelaki sekaya Daniel dalam dunia ni?. Agaknya harta dia tu kalau simpan untuk tujuh keturunan pun belum tentu habis. Ni memang kaya betul ni. Melihatkan kekayaan dia pun aku dah gerun. Inikan pula bila berjumpa dengan empunya badan. Masa dia jadi anak guamanku dulu, dari maklumat tentangnya yang aku dapat.


Dia hanyalah seorang pemegang saham di syarikat yang ingin membatalkan kontrak mereka. Tak tahu pula aku yang dia ni mampu menjadi pemilik syarikat gergasi bertaraf dunia. Agaknya kalau dia nak beli satu negara pun mampu. Sayangnya, kaya dia hanyalah pada harta. Bukan pada akhlak dan agama. Apalah dosa aku agaknya sehingga menyebabkan aku terlibat dalam hidup lelaki seperti Daniel. Aku tak pernah mendambakan seorang lelaki yang sangat kaya seperti Daniel. Cukuplah seorang lelaki yang mempunyai sedikit harta namun kaya dengan akhlak mulia dan nilai murni untuk membimbingku tetapi apabila melihatkan Daniel.


Aku pasti,dia bukanlah calon suami yang sesuai. Harapkan wajahnya saja cukup kacak dan sangat menarik. Tapi hakikatnya, dia hanyalah setan yang bertopengkan manusia. Melalaikan dan sangat kejam serta zalim disebalik wajah kacaknya itu.

Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)Where stories live. Discover now