Bab 4 : Norman Daniel Eduardo

14.6K 594 2
                                    

Aku melihat skrin komputer dihadapanku dengan penuh tekun. Nampaknya aku terpaksa menjalankan tugasku sekali lagi. Entah bila semua ini akan berakhir, aku pun tidak tahu. Aku memejamkan mataku buat seketika setelah beberapa jam menghadap komputer diruangan pejabatku ini.

Tiba-tiba wajah Rasya menerjah ke benakku. Agaknya apalah yang dia tengah buat sekarang ni. Tanpa membuang masa, aku segera membuka aplikasi CCTV yang disambungkan ke komputerku ini.

Di skrin komputerku kini terpapar situasi di bilik Rasya. Gadis itu sedang duduk melunjur sambil membaca buku ditangannya. Agaknya dia ni tak bosan ke asyik membaca je?. Aku tersenyum sendirian melihat Rasya yang leka dengan bacaannya. Sesekali gadis itu akan bermain-main dengan hujung rambutnya yang panjang melepasi bahu.


Kadang-kadang aku merasakan bahawa gadis ini seperti sengaja ingin menggodaku. Mana tidaknya, segala perlakuannya ku rasakan sangat menarik sehingga membuatkan aku susah untuk membuang bayangannya dari mindaku. Hmm,macam mana aku nak usik dia,ya?. Tiba-tiba idea nakal mula menerjah ke benakku.


"Rasya Imani!.."seruku dari mikrofon yang disambungkan ke pembesar suara dibilik itu. Aku menahan tawaku apabila melihat buku ditangan gadis itu terjatuh ke ribanya akibat terkejut.


"Awak nak apa?.."soal gadis itu dengan wajah masam mencuka tetapi bagiku tetap juga menarik. Tak kiralah Rasya marah atau apa sekalipun, aku tetap ingin menatap wajah dia.


"Lagi sepuluh minit,aku nak kau ikut aku.."balasku tegas.


"Ke mana?.."soal Rasya tetapi aku hanya membiarkan soalannya itu berlalu begitu saja. Dia tak berhak nak tahu apa-apa. Yang aku tahu, dia mesti patuh dengan arahan aku.

*************************

Sepuluh minit kemudian, Rasya melangkah kearahku bersama dua orang pengiring yang diupah olehku untuk menjaga Rasya. Alah, dia ni bukan boleh percaya sangat. Leka sikit je silap-silap dah lari.


"Awak nak apa?.."soal Rasya sambil berpeluk tubuh. Tanpa mengendahkan soalan itu, tangan Rasya segera ku tarik menuju ke sebuah ruangan di tingkat bawah. Apabila pintu lif terbuka, aku segera membawa Rasya menuju ke sebuah ruangan khas.


"Awak nak bawa saya pergi mana ni?!.."soal Rasya kasar sambil cuba menarik tangannya dari peganganku.


"Sir Niel,boleh saya bantu?.."soal doktor Adrian.


"Jalankan ujian kesihatan pada dia.."balasku sebelum melepaskan tangan Rasya. Gadis itu kelihatan menggosok pergelangan tangannya yang agak kemerahan. Padan muka. Siapa suruh dia meronta-ronta bila aku tarik tangan dia tadi.


"Who is him?.."soal Rasya.


"He's my personal doctor.. Dia yang akan jalankan ujian pada kita berdua.."


"What?..You mean dekat sini?.."soal Rasya bersama kerutan didahi.


"Yes.."


"This is insane,Daniel.."Aku hanya mengisyaratkan kepada doktor Adrian agar menjalankan tugasnya.


"Cik Rasya, boleh saya mulakan prosedur sekarang?.."Rasya merengus kasar sebelum mengangguk lalu mengekori langkah doktor Adrian menuju ke arah bilik rawatannya.


"Daniel.. Please.. Perlu ke awak nak ikut saya untuk jalani ujian ni?.."ujar Rasya apabila aku ingin mengekori mereka berdua.


"Yes.. Perlu.."


"Ohh.. Come on lah,Daniel.. Awak dah culik saya dan bawa ke sini.. Now doktor peribadi awak nak jalankan ujian ke atas saya dan awak nak ikut sekali?.. Awak takut doktor peribadi awak tu tak buat kerja betul ke?.... Dia doktor awak, Daniel.. Pastilah dia akan setia pada bos dia.. So,boleh tak awak beri saya sedikit ruang?.." ujar Rasya kebosanan. Aku merenung wajahnya tajam.


"Fine.. Aku tunggu kat sini.."setelah beberapa detik akhirnya aku membuat keputusan. Betul juga kata dia. Takkanlah si Adrian nak buat hal dengan aku. Dia sendiri sudah bekerja dengan aku sejak lima tahun lalu. Tak mungkinlah dia nak buat macam-macam. Tanpa berlengah,aku segera duduk di sofa yang terdapat diruangan itu sementara menunggu Adrian menjalankan tugasnya.


Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz