Bab 3 : Rasya Imani

15.9K 652 4
                                    

Selepas makan malam sebentar tadi,sekali lagi aku dikurung didalam bilik yang sebesar ruang tamu ini. Walaupun aku cuba melawan ketika dibawa ke bilik ini sebentar tadi tetapi akhirnya sama juga. Aku tetap diheret ke sini. Aku tidak tahu lokasi sebenar tempat ini tetapi apa yang aku pasti, tempat ini sangat besar. Rumah ini dilengkapi dengan lif bahkan dari beranda bilik ini juga aku tidak dapat melihat pintu pagar utama kerana kawasan yang terlalu luas.


Apa yang aku pasti, rumah ini terletak dipuncak bukit berhadapan dengan laut. Aku tak pasti sama ada kami berada di Malaysia ataupun tidak. Yang pastinya aku tidak betah disini. Sekali lagi aku melihat didalam bilik ini jika terdapat apa-apa alat yang boleh ku gunakan untuk keluar dari tempat ini tetapi akhirnya aku terduduk ditepi katil dengan perasaan hampa. Bilik ini dilengkapi dengan CCTV. Maksudnya segala pergerakanku telah diperhatikan.


Tiba-tiba hati aku jadi panas. Dia ingat aku ni haiwan ke apa?. Nak kurung aku macam ni?!. Tanpa membuang masa, aku segera menapak ke arah CCTV untuk menghamburkan api kemarahanku.


"Kau nak apa sebenarnya,Daniel?!.. Tak puas lagi ke kau seksa abang aku,hah?!.. Perlu ke kau buat aku macam ni?.. Aku dah tolong kau sehingga kes kau ditutup dan dakwaan kau ditarik, kau masih lagi layan aku macam ni?!.. Kau ingat aku binatang ke?!.."bentakku kegeraman.


Nafasku mula turun naik bersama wajah yang bengis. Aku tahu segala pergerakanku telah diperhatikan sejak mula aku menjejakkan kaki ke bilik ini memandangkan bilik ini dilengkapi CCTV. Satu-satunya tempat yang bebas dari kawalan Daniel adalah bilik mandi. Itu pun kadang-kadang aku was-was untuk menggunakan bilik mandi yang mewah itu. Entah apalah pekerjaan yang dibuat oleh Daniel ini sehingga menyebabkan dia begitu kaya seperti ini.


Bilik ini saja sudah terlalu mewah bagiku.Lantai yang berwarna emas dan hiasan dalaman yang berkonsepkan klasik. Dah macam cerita dongeng 'Beauty and the Beast' dah bilik ni. Mewah sehingga menggerunkan. Bilik ini kelihatan agak gelap. Hanya cahaya matahari dari luar yang menerangi bilik ini. Pada waktu malam pula, bilik ini diterangi dengan lampu chandelier. Jujur aku katakan bilik ini sangat mewah dan luas. Lengkap dengan set home theater dan penghawa dingin. Ruangan ini boleh diibaratkan seperti hotel mewah tetapi bagiku pula ia diibaratkan seperti penjara kelas atasan. Segala kemudahan disini langsung tidak menarik minatku. Apa yang aku tahu, aku harus cari jalan untuk keluar dari sini. Selepas aku melepaskan kemarahanku,aku segera menapak semula ke arah katil tetapi belum sempat aku duduk,kedengaran suara tawa yang sungguh menyakitkan hatiku. Pasti itu Daniel.


"You look so sexy when you're mad,sayang.."Berdesing telinga aku mendengar kata-katanya itu. Aku tahu dia sengaja ingin menaikkan lagi api kemarahan aku. Tetapi aku harus bertindak bijak. Kalau dengan cara kasar, aku tak boleh memperoleh kebebasan dari sini. Mungkin aku patut menggunakan cara lembut. Sabar,Rasya.. Sabar. Aku kembali menapak semula ke arah CCTV tersebut.


Walaupun aku tidak dapat melihat wajah Daniel tetapi aku ingin bercakap dengannya.


"Kenapa awak kurung saya macam ni,Daniel?.. Apa lagi yang awak nak dari saya?.."soalku lemah.


"Aku nak kau,Rasya.. Kau.."Aku terkaku buat seketika. Apa maksud dia?.


"Apa maksud awak?.."soalku menahan rasa takut. Aku mula rasa tidak senang apabila mendengar jawapannya itu. Tiba-tiba kedengaran tawa Daniel.


"Aku rasa kau tak terlalu bodoh untuk fikirkan maksud kata-kata aku ni.. Takkanlah selepas bersusah payah aku culik kau dan bawa datang sini.. Then, aku nak lepaskan kau macam tu aje.."Jantungku mula berdegup pantas apabila mendengar kata-kata Daniel itu.
Apa yang dia nak sebenarnya?.


"Esok kau akan kahwin dengan aku,Rasya.. Kau akan jadi milik aku.. Milik aku seorang.."Gulp. Kenapa pula dia nak kahwin dengan aku?. Sejak bila aku setuju nak jadi isteri dia?. Layak ke dia nak berdamping dengan aku?. Tanpa aku sedari, tawa sinisku terhambur juga.


"Kau nak kahwin dengan aku?.. Hey,come on lah,Daniel.. Kau tu layak ke nak berdamping dengan perempuan macam aku?. Dan aku tak akan sesekali terima lelaki hina macam kau.."balasku selamba. Dah alang-alang aku nak sakitkan hati dia. Baik aku buat sehingga dia betul-betul terkesan dengan kata-kataku.


"Yup.. Betul.. Tapi aku tak perlukan keizinan kau untuk jadikan kau isteri aku.. Kau cakaplah apa yang kau nak.. Esok, kau tetap akan jadi milik aku,Rasya Imani.. Lelaki hina ni akan jadi suami kau.."ujar Daniel penuh angkuh.


"Siapa kata kau boleh paksa aku,hah?.."


"Agaknya kau lupa,ya?.. Nyawa abang kau ditangan aku.. It's up to you.. Kau nak atau tidak, dia yang akan jadi wali kau esok.. Kalau dia tak setuju, aku tak dapat jamin yang dia boleh terus bernafas di muka bumi ni lagi.."Aku terkesima mendengar kata-kata Daniel itu. Ya. Aku terlupa tentang abang.


Nyawa abang didalam bahaya. Jika aku tidak patuh dengan kehendak Daniel, aku akan kehilangan satu-satunya ahli keluargaku. Hanya abang sajalah yang aku ada didalam dunia ini selepas kematian ibubapaku. Aku mengeluh perlahan. Macam manalah abang boleh terlibat dengan si jahanam ni?. Tak habis fikir aku dibuatnya. Padahal rasanya aku seorang sahaja yang pernah bersua dengan Daniel, tetapi tak tahu dimana silapnya sehingga semua ini berlaku.


"Baiklah.. Aku akan patuh dengan kehendak kau.. Tapi aku ada satu syarat.."


"Aku tak perlu tahu syarat kau,Rasya.. Keputusan ditangan aku,bukan kau.."balas Daniel tegas. Aku memejamkan mataku buat seketika.


"Berikan aku masa sebelum kau menikah dengan aku.."


"No.."


"Please,Daniel.. Aku merayu pada kau.. Aku cuma nak kita berdua jalani ujian kesihatan sebelum bergelar suami isteri.. Aku nak pastikan kau..."aku menghentikan kata-kataku.


"Kau nak pastikan aku tak ada HIV?.."Aku mengangguk perlahan.


"Come on,Rasya.. I'm very aware of protection.. Tak mungkinlah aku nak buat hubungan tanpa menitik beratkan hal tu.."


"Please,Daniel.. Aku sanggup buat apa saja yang kau nak, asalkan kau jalani ujian tu.. Aku merayu pada kau.."balasku. Ruangan bilik itu sunyi buat seketika. Tiada lagi suara Daniel yang kedengaran dari speaker kecil yang terpasang di CCTV itu.


"Baiklah.. Esok aku akan jalani ujian itu dan sejurus keputusan keluar, kau tak ada alasan lagi untuk lari dari pernikahan ni.."


"Thanks,Daniel.."ucapku lemah sebelum menapak ke arah katil. Keluhan panjang terbit dibibirku. Nampaknya nasibku bakal menjadi lebih teruk lagi.


Kenapalah aku ditemukan dengan penjenayah seperti Daniel?. Bagaimana aku nak hidup dengan dia?. Sepatutnya tugas seorang suami adalah membimbing isteri tetapi jika aku menjadi isteri kepada lelaki yang penuh dengan kejahatan seperti Daniel,mampu ke dia nak laksanakan tugas itu?. Aku pernah dengar bahawa perempuan yang baik akan ditakdirkan untuk lelaki yang baik manakala perempuan yang jahat pula akan mendapat lelaki yang sama jahat dengannya.


Dalam kes aku ni pula, macam mana?. Walaupun aku ni taklah baik sangat tetapi aku tidak pernah melakukan kejahatan kepada orang lain tetapi kenapa aku dapat lelaki seperti Daniel?.Ah!.Aku buntu.

Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora