Note

7.6K 137 39
                                    

Hey gaiss..

Phew.. Ku sangkakan mudah nak menerbitkan satu buku, rupanya susah juga prosedur nya.. Apa pun, insyallah DOML tetap akan diterbit oleh syarikat el sendiri iaitu Mademoiselle Publications. Harga? Hmm.. El akan up poster once buku dah masuk kilang. Tak berani nak buka preorder sebelum buku wujud. Insyallah novel El akan cuba diedarkan ke kedai2 buku berdekatan anda. Dan harga istimewa diberikan jika anda beli direct dari El..

Isi kandungan novel sama ke?

Insyallah ada something special dalam novel versi cetak.. Hihi.. Nak tahu, kenalah beli. Kihkih.. Apa pun, jom kita baca sinopsis dulu bagi awak2 yang tak pernah baca DOML ni..

-------------------------------------------------------------------------
*SINOPSIS*

Bermula dengan pertemuan dengan seorang anak guaman disebalik 'pagar besi', hidup Rasya Imani berubah sepenuhnya apabila dia diculik oleh anak guamannya sejurus kes itu selesai. Nasibnya malang apabila dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Sebuah pulau yang penuh dengan kuncu-kuncu si 'Devil' yang ganas dan bersenjata. Silap sikit, mungkin kepalanya bakal hancur ditembusi peluru kuncu-kuncu si 'Devil' yang sentiasa berkawal diseluruh pulau tersebut.

"Perlu ke kau culik aku macam ni?. Kau tahu kan apa akibatnya dari perbuatan kau ni?." ~ Rasya Imani.

"Aku memang dilahirkan untuk melanggar undang-undang. Dan kau pula? Dilahirkan untuk pertahankan aku dengan pengetahuan yang kau ada didalam mahkamah." ~ Norman Daniel Eduardo.

"Bukan ke kita ibarat pasangan yang serasi? Kau tak rasa ke tanpa penjenayah macam aku ni, peguam macam kau tak akan dapat kerja?." ~ Norman Daniel Eduardo.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku, Daniel?. Aku dah sedaya upaya bantu kau dan kes kau pun dah selesai. Tolonglah lepaskan aku. Kau nak apa?!. Beritahu aku cepat!. Aku tak ada masa nak layan kegilaan kau ni la, Daniel!." ~ Rasya Imani.

"Aku nak kau.. Welcome to hell, Rasya!" ~ Norman Daniel Eduardo.

Siapa sangka semua kegilaan Daniel tidak berakhir disitu apabila lelaki itu rupanya telah menyediakan rancangan untuk mengugut Rasya dengan menculik abang kandung gadis itu. Dalam keterpaksaan, akhirnya Rasya sah menjadi isteri kepada si 'Devil' yang telah merosakkan masa depan serta kerjayanya sebagai seorang peguam. Bermula saat itu, hidup Rasya mula berubah hampir seratus lapan puluh darjah apabila dia terlibat dalam 'dunia gelap' keluarga Eduardo dan Rodriguez yang menjadi musuh dalam 'dunia gelap'. Munculnya Ezra Rodriguez yang menarik perhatian Rasya Imani ternyata mengeruhkan lagi keadaan hubungan dua keluarga yang mempunyai pengaruh besar dalam 'dunia gelap' ini. Mampukah Rasya Imani lepas dari cengkaman keluarga Rodriguez dan Eduardo yang merupakan 'Devil' yang mempunyai pengaruh dalam 'dunia gelap'?.

Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن