Member Baik

235 16 13
                                    

23 july 2013 // 23:38 malam

23 july 2013 // 23:38 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mamber aku ws tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mamber aku ws tadi.
Dia cakap dia rindu aku. Terharu pulak ada orang rindu. ececehhhh.

Takde ah. Aku pun rindu hang chik.
Gila tak rindu! Dia la antara member bergila aku masa zaman asrama dulu. Ponteng prep sesama, ponteng riadah sesama, tidur sekatil (sebab tiap tiap malam aku lepak bilik dia), lepak bilik sakit minggu SPM (bukan setakat lepak, bilik sakit tu dah jadi bilik kedua. hahahaha! ).

Paling legend sekali,
habis paper SPM kitorang curi keluar sekolah sebab nak gi tengok wayang cerita ombak rindu. Memang kenangan terindah la bagi aku. hahahhaha ! Mana nak dapat kan kenangan macam tu. time sekolah je korang boleh rasa. Oke oke aku taknak cakap lebih. nanti kang ada yang cakap aku ni perosak anak melayu pulak. kehkehkeh XD

Alaa dulu je aku nakal sikit. Sikit je. Sekarang baik dah sikit. Yela dah makin bertambah umur, so kena la sedar diri. Kan. hahahaha !

Aku dengan budak ni dulu, pernah gaduh teruk jugak la. tapi takde la sampai tarik tarik tudung tu. Gaduh mulut je. sebab ape ntah. aku pun dah lupa. Nampak teruk sebab kitorang tak bertegur almost 3 to 4 month jugak la. Member kelas pun pelik je ngan kitorang. Satu kelas kot! hahahhaha !

Nak dijadikan cite, tamat je tempoh mogok kitorang tu, kitorang terus jadi cam belangkas ! entah macam mana pulak boleh jadi belangkas pun aku tak tau.

Nampak tak. Cantik je aturan Allah tu.

And sampai sekarang. Even masing masing jauh, jarang dah contact, tapi still hubungan tu tak terputus. Alhamdulillah.

Dah jauh jauh ni, rindu gila gila kat dia. almost 5 years tak jumpa. Dekat sapa lagi yang aku boleh mintak tolong untuk jagakan budak ni, kalau bukan DIA kan. Itu je mampu aku buat selain usaha untuk jumpa n lepak sesama lagi.

Nasihat aku, kalau korang sayang member korang, selit selit la nama dorang dalam doa korang. Sebab manusia ni sifat dia terbatas. Mungkin korang rasa yang korang dah usaha sehabis baik untuk jaga persahabatan korang, but something macam nothing change pun. Still rasa insecure.

So rajinkan la tadah tangan mintak dekat Tuhan kau. InshaAllah Dia takkan pulangkan dengan tangan kosong.

Oke sekian saja tazkirah kita pada malam yang hening ini. oke gurau. Dah la tu. Before korang bosan and rasa cam nak baling je phone, sebab scroll2 tak habis habis jugak, so aku berundur dulu la. hahahahaha XD

Thanks sudi baca bebelan aku. sayang korang gila gila. Fi hifzillah korang :*

Gerak lu pape rojer ;)

Catatan RANDOMWhere stories live. Discover now