Gantung Harap

167 15 16
                                    

02 Ogos 2016 // 17:35 petang

Kadang kadang kan, kita tak sedar yang kita terlalu bergantung dekat manusia. Ya. Terlalu. Bila kita terlalu bergantung pada manusia ni, mesti akan adanya kecewa. betul tak ?

Oke maksud aku, ada masa kita terlalu berharap, kan ?

Berharap yang dia faham perasaan kita. Berharap dia bagi apa yang kita nak. Berharap yang dia akan tepati janji. Berharap yang dia akan ada waktu kita perlukan. Berharap yang dia akan menghulur saat kita kesempitan. Berharap dan terus berharap. Sebab apa ? sebab kebergantungan kita pada manusia terlalu tinggi. Meletak dan memberi harapan pada manusia lain adalah apa yang kita buat pada manusia dan diri kita tanpa kita sedar.

Terlalu bergantung pada manusia. Terlalu berharap pada isi dunia. Sampai kita lupa lansung pada Pencipta kita. Lupa !

haa ? korang tak lupa ? aku je yang lupa ?

Kalau macam tu aku nak tanya, bila last kau buat solat hajat ? Bila last kau sujud syukur ? Bila last kau dhuha ? Bila last kau bangun malam ? Bila last ? bila ? ya bila last kita semua sedar semua kebergantungan tu ? Kebergantungan pada Allah.

manusia tak de apa apa yang boleh kita harapkan. Takde apa yang perlu kita sandarkan kebergantungan tu. Bila ada semua tu, yang kita perlu tau, tu adalah bantuan, harapan, dan kebergantungan dari Allah. Dia salurkan melalui ciptaan nya. Manusia, haiwan, tumbuhan, laut, hujan, awan, malam, siang. Semuanya !

So bila kita nak janji kita ditepati, mntak pada Allah. Kita nak manusia suka dekat dengan kita, mintak pada Allah. Nak manusia ada bila kita perlukan, mintak pada Allah. Nak dapat apa yang kita harapkan, mintak pada Allah. InshaAllah Dia takkan pernah kecewa kan kita. Lambat atau cepat je. Sabar la korang ni pun. Benda baik kan selalu datang lambat. hahaha XD

Oke ? Nak minta apa apa, ada niat, hajat, mintak dengan Allah. Mintak Allah bantu. Mintak dipermudahkan. Jangan sombong dengan Allah. Sombong sombong nak pergi mana ? Sampai waktu putus jugak nyawa.

Aku cakap untuk ingatkan diri aku. Tak de kena mengena dengan yg hidup atau mati. Kalau korang rasa korang boleh terima apa yang aku cakap, Allah yang detikkan. Kalau tak sampai kat hati korang, tak boleh lagi la aku nak jadi penceramah nampaknye. cehhh. oke gurau gurau. Hahahhahaha .

Takpe, hidayah milik Allah. Mintak Allah lembutkan hati kita untuk terima sesuatu kebaikan. Walau sebesar zarah, tetap milik Allah.

Sekian tazkirah dari ustazah.. oke gurau . hahahaha . alaa gurau sikit pun tak boleh .

Wallahualam .

Fihifzillah korang :*

Catatan RANDOMWhere stories live. Discover now