Tumblr

82 8 11
                                    


08 Ogos 2016 // 22:16 malam

Aku baru je delete account tumblr aku.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !

Oke cukup.

Tumblr. Tempat aku luah semua rasa sebelum aku kenal wattpad. Tumblr banyak ajar aku tentang hidup, manusia, dan dunia.

Maksud aku orang orang dekat tumblr. Dekat tumblr, kau boleh jumpa jawapan yang kau carik. Ya, dengan izin Allah. Thanks ingatkan.

Aku suka tempat tu. Tapi mungkin betul kawan aku cakap. Kita menulis bersebab.

Mungkin sebab kau kecewa, jadi kau menulis. Kau suka orang, kau menulis tentang orang tu. Kau marah kawan kau, kau buat puisi benci. Kau jatuh tangga, kau tulis yang kau sakit sebab jatuh. Kau jalan jalan jumpa anak kucing, kau tulis cerita pasal kucing tu.

Dan bila sebab tu mula hilang, kau akan perlahan lahan berhenti menulis. Sebab apa ? sebab semua alasan kau untuk menulis dah tak ada. Semua sebab yang membuatkan kau menulis dah tak wujud. Mungkin sakit jatuh tangga tu dan sembuh. Mungkin anak kucing yang kau jumpa tu dah mati. Mungkin orang yang kau suka tu dah kawin. Mungkin orang yang kau benci tu dah jadi baik. Dan semua alasan kau tamat untuk hari itu.

Jadi untuk apa lagi kau menulis. Kan ? Ke aku je yang macam tu ?

Mungkin. Aku mengaku. Buktinye, aku sign up tumblr, aku mula menulis balik lepas bertahun aku tinggalkan dunia penulisan, aku luah semua rasa dalam tulisan aku, semua bersebab.

Ya . Semua sebab dia . Manusia yang membuatkan aku menulis semula. Manusia yang membuatkan aku sentiasa bersemangat untuk menulis. Manusia yang sentiasa menjadi asbab penulisan aku .

Dia buat aku senyum sentiasa. Yang buat aku jumpa diri aku semula. Yang buat aku lupa, aku dalam dunia nyata.

Dan dia jugak yang ajar aku, sakitnya bila terlalu bahagia. Bahayanya bila lupa dunia nyata. Dan pedihnya memberi rasa pada yang tak punya rasa yang sama.

Dan bila sebab tu mula hilang, aku dah takde sebab untuk terus menulis dekat situ. Bukan sebab aku marah atau benci. Takde sebab aku nak marah or kecik hati what soever tu. Dia manusia jugak. Ada perasaan. Saiko giler kot kalau aku nak kecik hati bagai. hahahahah !

Aku berterima kasih sangat dekat dia. Sangat sangat ! Sebab dia lah, aku mula menulis balik.

Alaaa sekarang aku dah ada WATTPAD kot ! Dan aku ada member member penulis yang aku sayang. Yang sentiasa buat aku bersemangat dengan karya karya hebat diorang. Yang sentiasa buat aku termotivasi sendiri baca tulisan bernyawa diorang.

Thanks korang !

Dekat sini, aku punya banyak sebab untuk aku terus menulis. Terlalu banyak .

Doakan kesembuhan hati aku tau. Semoga aku cepat move on ! HAHAHHAHA xD

Catatan RANDOMWhere stories live. Discover now