Penipu Diri

18 0 0
                                    

2 January 2018 // 10:43 malam

Seumur hidup aku , aku tak pernah rasa macam apa yang aku rasa sekarang .

Rasa kekalahan .

Kalah dengan perasaan sendiri .

Setahun aku ambik masa untuk recover perasaan aku . Setahun aku cuba yakinkan diri aku yang aku takde sebab untuk teruskan penantian . Setahun aku cuba terima yang perasaan aku adalah satu kesilapan .

Dan setahun tu jugak aku berjaya yakin kan diri aku yang dia bukan orangnya .

Aku berjaya kawal perasaan aku . Aku berjaya yakinkan hari hari aku bahawa aku dah terlepas dari perasaan tu . Aku berjaya berinteraksi dengan dia sebagai seorang sahabat .

Aku bahagia dengan hidup aku . Aku bahagia aku dah bebas dari satu kesilapan .

Aku bahagia .

Sehinggalah hari tu

Hari yang aku rasa usaha aku selama setahun adalah satu kerugian . Satu kesilapan . Dan satu penipuan . Aku ditipu oleh diri sendiri . Tak de apa yang aku mampu katakan waktu tu . Yang aku tau, setiap yang berlaku selepas tu hanyalah lakonan . Lakonan dari seorang insan yang tak tau apa lagi yang perlu dia lakonkan .

Allahu .

Setiap detik aku rasa kesakitan tu .

Lebih sakit dari apa yang aku pernah rasa setahun yang lalu . Lebih sakit dari melupakan . Lebih sakit dari meyakinkan . Dan lebih sakit dari melepaskan .

Setahun .

Setahun aku percaya yang aku dah berjaya lawan perasaan aku . Setahun aku hidup dengan keyakinan bahawa segala rasa tu telah hilang dari dalam diri aku .

Dan setahun juga , aku ditipu diri sendiri .

Dan aku mula sedar . Setahun yang aku rasa berlalu dengan sebuah kejayaan , adalah setahun yang penuh dengan penipuan .

Dan sekarang , aku perlu atur semula . Semuanya . Bawa hati dan jiwa . Pergi teroka hikmah untuk semuanya . Beza nya , aku genggam lebih erat sebuah redha bersama sebuah kekuatan . Semoga kejayaan aku akan datang bukan lagi satu penipuan , melainkan sebuah kebebasan .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Catatan RANDOMWhere stories live. Discover now