Cerpen : Suamiku Vampire

36.7K 309 56
                                    

“Encik tak apa-apa,” kata Lidya Alya. Dia secara tidak sengaja ternampak seorang lelaki terbaring di tepi keretanya. Muka dia memang nampak seram tapi Lidya kuatkan hatinya.

            “Tak mengapa saya okey,” lembut Danish Aniq berkata kepada wanita yang ingin membantunya. Cantik walaupun bertudung labuh tapi tetap anggun dan bergaya dengan fesyen moden.

            “Tapi muka encik pucat. Mahu saya hantar ke hospital?” pujuk Lidya tetapi lelaki itu still menolak.

            “Awak tolong pimpin saya ke tempat parking kereta saya, boleh?” soal Danish untuk mendapatkan persetujuan Lidya. 

"Kejap yer?" Lidya meminta bantuan seseorang untuk membantu lelaki tadi. Tidak manis juga dia yang membantu lelaki itu. Bersentuhan.

             Lidya sempat memerhati wajah lelaki ini. ‘Nampak suci ajer muka dia tapi pada masa yang sama berwajah seram. Matanya yang cantik dengan bulu mata yang panjang. Hidung yang mancung. Warna kulit yang putih langsat. Sungguh kacak. Satu ajer kureng lelaki ini, senyuman’ Lidya sempat mentafsir diri lelaki yang dibantunya.

            Apabila sampai di kereta kesayangannya iaitu kereta ferarri merahnya, terus dia duduk. Rasanya tidak larat lagi mahu berjalan. Terkejut juga Lidya tengok kereta lelaki ini. ‘Orang kaya rupanya dia. Gempak la! Ferarri ! aku punya kereta biasa-biasa jer’ Lidya merendah diri.

            “Terima kasih membantu encik dan cik,” ucap Danish dengan senyuman manis. Sungguh! Lidya jatuh cinta dengan senyuman itu. Dia beristifar dalam hati. Lelaki yang membantunya pun berlalu.

            “Sama-sama. Nama saya Lidya Alya,” Lidya memperkenalkan dirinya.

            “Panggil sahaja saya, Danish. Selamat berkenalan,” ucapnya.

            “Baiklah. Saya pun sudah lewat ke tempat kerja. Saya pergi dulu,” kata Lidya dan terus sahaja meninggalkan Danish yang masih pucat mukanya. Dia memang tidak boleh kena cahaya matahari lama sangat. Nanti badannya jadi lemah. Dia memandu pelahan dan pulang ke rumahnya.

            ******

            “Mama!” panggil Danish.

            “Danish!” Terkejut Datin Zahirah melihat anaknya yang berwajah pucat.

            “Mama dah pesan. Jangan keluar. Kamu degil. Tengok muka anak mama ni, pucat sangat,” penuh kerisauan.

            “Mama, selagi Danish kuat, Danish akan terus bekerja untuk syarikat kita. Tiada siapa lagi yang boleh uruskan syarikat peninggalan arwah ayah,” jawap Danish. Datin Zahirah hanya mengangguk kepala sahaja dan memimpin anaknya ke bilik tidur. Waktu seperti ini Danish akan tidur selepas menunaikan solat asar. Walaupun setengah orang menyatakan tidur di waktu asar tidak baik tetapi bagi Danish, waktu itu lah masa untuk dia mengumpulkan seluruh tenaganya.

            ******

            “Lidya, kau dah nak balik,” soal Vanessa.

            “Nak balik bersiap. Kan malam ni ada majlis amal syarikat kita. Aku kan bahagian makanan. Aku kena datang awal sikit. Kau tu kan bahagian penyambut tetamu. Kena la siap lebih awal daripada aku,” cadang Lidya.

            “Yelah,” jawap ringkas Vanessa.

            “Kau kalau bersiap, dua jam tak cukup. Nak bentuk rambut pun punya la lama,” Lidya ketawa. Vanessa buat muka mencukanya. Muncung panjang sedepa.

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now