Cerpen : SV : Rindunya Cinta FINAL

3K 83 4
                                    

Jom IKUTI PENAMAT CINTA DAMIA DAN HARIS....APA LAGI... JOM JOM...JANGAN LUPA KOMEN..PLZ...KOMEN...KOMEN...

Kini genap seminggu aku kerja disini dan ini hari terakhir aku kerja. Pasal bayar duit Kristal yang pecah tu, Haris kata tak payah bayar sebab aku kes aku kena tampar dengan Sarah. Baiknya hati dia. Huh, baik apanya! Sampai aku kena tampar. Sakit pulak bila teringat. Itu masalah pertama. Masalah kedua, dah seminggu juga hubungan abang Danish dengan kak Lidya dingin. Bila abang tanya kakak, kakak diam dan membisu sahaja. Aku pun malas nak fikir.

"Okey.Encik Haris. Selamat tinggal," aku ucapkan kepadanya sebelum keluar biliknya tapi tangan aku menjadi mangsa tangan king kongnya.

"Ajnabi betul la!" marah aku. Sakit bukan main bila dia pegang kasar macam tu.

"Kalau ajnabi, meh kahwin dengan aku," bulat mata aku mendengar tapi dalam hati aku, aku gembira 100% dengan apa yang dikatanya. Aku pun dah jatuh cinta Haris dalam diam.

"Gila! Saya ni isteri orang," kata aku sambil tarik tangan kiri aku. Dah macam main tarik tali la pulak. Memang nak kena mamat ni. Aku tampar pipi dia dengan tangan kanan aku yang masih bebas ni dan pada masa yang sama seorang wanita berusia sikit masuk ke dalam dan tertengok aksi aku menampar pipi Haris. Kantoi!

"Ibu!" alamak mak si Haris pulak. Jatuh dah saham aku nak jadi menantu dia. Aku terus keluar dari situ. Mak Haris dah tengok aku lain macam sudah.

"Haris mainkan hati perempuan lagi yer?" soal ibunya.

"Mana ada la Ibu. Cuma Haris dah betul-betul jatuh cinta pada perempuan tu,"

"kenapa tak bagitau ibu awal-awal. Boleh ibu masuk meminang,"

"Itulah masalahnya ibu. Dia tak suka Haris,"

"Itu bisa diatur," kata ibunya ala-ala Indonesia.

"Masalah keduanya dia dah kahwin ibu," jawab aku dengan muka tidak bersalah. Muka ibu pulak yang lain. Terus ajer ibu belasah aku. Ditumbuknya perut aku. Dicubitnya dan dikarate pinggan aku. Nazak aku macam ni.

"Ini akibatnya kalau main-main dengan ibu. Ibu serius, Haris main-main," marah betul ibu. Haris terbaring atas lantai pejabatnya. Ibunya sudah meninggalkan dia. Akhirnya Haris ketawa sepuas hati. Ibu memang pandai melegakan rasa kecewanya. Kecewa Damia menamparnya tadi.

*****

Danish dah tak boleh tahan dengan sikap isterinya. Memang semua keperluannya Lidya jaga dengan baik tapi dia sebagai seorang suami dapat meneka sesuatu. Lidya menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi dia tidak tahu apa masalahnya. Malam ni dia akan pastikan Lidya memberitahu kepadanya. Dia merancang ingin berbincang di luar.

"Abang, kita nak ke mana?" soal Lidya lembut. Suaminya mendiamkan diri. Dia memperhatikan wajah Danish. Serius sahaja. Gerun pulak. Dah macam vampire yang mengamuk tak cukup darah. Dia ketawa sendirian.

Pelik! Itu yang terkeluar dari hati Danish. Ketawa pulak dia. Aku ni tengah berserabut fikirkan hubungan kita. Dia ketawa pulak.

Danish meletakkan keretanya. Dia menarik tangan Lidya dan check In di hotel lima bintang. Lidya mula berasa pelik. Mereka sampai juga dibilik yang ditempahnya. Lidya membuka tudungnya lalu duduk dibirai katil. Sungguh! Dia berdebar-debar. Lidya termenung.

"Assalamualaikum," Danish memberi salam kepada isterinya. Puas dipanggilnya. Lidya terkejut. Akhirnya dia menjawab salam suaminya itu.

"Waalaikumusalam," lembut ajer suara Lidya. Ini yang buat Danish bertambah sayang dengan isterinya. Tidak pernah meninggikan suara padanya.

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now