Cerpen: SV : Rindunya Cinta Part 1

3.4K 89 4
                                    

INI KISAH KEHIDUPAN ADIK DANISH, DAMIA... JOM IKUTI KISAH MEREKA....

Apa kejadahnya pengarah besar aku ni? Tak pernah-pernah lagi orang buat camni. Publisiti ke? Musykil betul dengan mukanya yang nampak serius tapi miang. Bulu kening yang sedikit tebal dengan mata yang sederhana kecil, hidung yang agak mancung. Mempunyai bibir yang mengoda iaitu bibir yang nipis dan tidak berwarna gelap sebagai tanda yang dia bukan seorang perokok. Tinggi setinggi galah iaitu 189cm. Giler apa? Aku ni baru jer 150cm. Sampai ketiak dia ajer kot. Tak mahu la. Aku reject awal-awal walaupun dia aku tengok dah lengkap serba-serbi.

Tang agama? Ala aku mana boleh nilai dia tang tu. Itu la aku suka memerhati orang sekeliling aku. Aku ada hobi yang pelik suka membuang masa dengan melakukan pelbagai pekerjaan sampai ayah aku tak larat nak tegur atau halang. Aku minta tempoh dua tahun ajer, lepas tu aku kerja la dengan ayah. Ayah seorang usahawan yang berjaya. Usahawan dalam bidang menghasilkan produk pembinaan. Cehwah, mentang-mentang la aku ambik bidang perniagaan. Ayat pun formal tapi macam pelik. Produk pembinaan? Bahan pembinaan la.

"Mia, jangan lupa pergi kemas bilik pengarah. 10 minit sahaja. Saya tunggu kat luar," arah Aslisa yang merupakan setiausaha pengarah muda yang aku komen tadi. Yelah, diletaknya gambarnya bukan main besar dekat pintunya. Berlagak kan? Bajet hensem la tu.

"Baiklah kak Lisa," aku mula bergerak masuk ke bilik pengarah. Ini kali pertama aku masuk sebab mak cik Salmah yang selalu dengan aku cuti tiga hari sebab anaknya sakit, kena balik kampong nun jauh ke timur. Aku la yang kena mengantikan tempatnya selama tiga hari.

Mulalah aku nak memerhatikan sekeliling. Kemas ajer. Aku nak kemas apa? Tak mencabar langsung. Aku membaca 'Haris Akmal'.

"Nama pun dah poyo," aku mula berkata-kata.

"Ehem! Ehem!" aku terkejut dengan sergahan tu sampai tersiku pasu Kristal kecil yang ada atas meja tersebut. Jatuh dan apa lagi, pecah la. Aku tak berani nak berpaling menghadap muka pengarah tu. Aku duduk dan mengemas kaca yang dah bersepai tu.

"Apa poyo?? Itulah akibat mengutuk orang yang tidak bersalah," tegurnya daripada belakang aku. Aku dapat rasakan dia menghampiri aku dan duduk sama mengutip kaca Kristal yang pecah tu. Aku tak berani nak pandang muka dia. Dia mengutip dan terpegang tangan aku. Memang sah, pengarah ni miang.

Aku mendongak. Kacaknya dia. Dia juga tergamam. Kenapa? Aku terlalu cantik ke? Aku memang cantik pun cuma pendek ajer. Dia pegang tangan aku bertambah erat. Aku dah mula pelik. Nasib baik aku cepat sedar. Aku lambai-lambai tangan depan dia. Tak ada respon.

"Pengarah besar yang tinggi lagi poyo, tangan saya ni bukan untuk dipegang oleh lelaki 'ajnabi', okey?" aku berkata. Jelas muka dia merah. Malu kot. Lepas tu cepat-cepat nak cover malu. Lelaki, semuanya sama. Dia berdiri tegak.

"Kau pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun," Haris tanya aku. Aku nak jawab apa yer? Tak payah jawab la. Buat dia sakit hati sikit. Aku hanya angguk kepala sahaja.

"Kau bisu ke? Tak boleh cakap ka?" soalnya lagi. Apa kena mamat ni? Aku mengaku ajer la aku ni memang bisu. Aku angguk lagi. Muka dia merah. I very sure. Kau malu kan? Camner aku tau dia malu? Mestilah aku tahu, kulit dia yang putih berseri tu kalau malu memang senang nak kesan. Hah! Telinga dia lagi dasyat merah. Kacaknya. Haha aku ketawa dalam hati. Nak buli aku la tu.

Haris menyabarkan dirinya. Aku memang terpegun melihat kecantikan perempuan di hadapannya. Yang aku tak tahan tu lesung pipi dia. Mantap tapi sayang, dia hanyalah seorang tukang cuci. Kalau anak dato ke? Aku pasti dah pergi masuk meminang.

"Kau dah pecahkan Kristal kesayangan aku, kau boleh ganti ke?" soal Haris. Ala takat Kristal besar kuman tu mintak aku ganti, apa la sangat tapi kalau aku cakap boleh ganti nanti mesti dia akan curiga dengan status aku ni. Buat-buat tak boleh ganti la. Aku menggelengkan kepala.

Cerpen : KELUARGA VampireDonde viven las historias. Descúbrelo ahora