CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE Part 4

716 18 6
                                    

aSSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM... MAAF LAMBAT GILA UPDATE... JOM BACA...

Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu.

"Jangan cari lelaki lain. Aduh!" aku mengeluh. Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi syarat tersebut. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.

Aku berjalan lagi. Keindahan alam dihadapan aku tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa aku yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ni.

Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti ZUL ARIFIN. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.

Ternganga mulut aku melihat lelaki yang tidak dikenali tu.

"Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau" tegur lelaki itu apabila dia perasan cara aku melihat dia. Mungkin ketara sangat kot. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya darat bukannya aku...

"Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?" pandangan mata aku masih di matanya. Lelaki itu tersenyum. Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?

"Mata palsu?"

"Yalah. Dalam bahasa Melayunya Kanta Mata atau kanta sentuh." Kataku. Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja.

"Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah...."

"Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?" dengan selambar aku memotong kata-katanya. Lelaki tu senyum lagi. Sah! Spesies dengan Izz.

"Kau ni lucu la." Pujinya. Itu puji ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk mahajara lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut di saaat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.

Aku berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh gitu. Perlahan dulu dan terus aku pecutkan larian ini. Dengan selambar aku tarik tocang rambutnya yang ala-ala Faizal Tahir tu dan terus meninggalkan lelaki itu. Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya. Aku tinggalkan mamat mata palsu tu.

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.

*****

Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo.

"Tuann Izz..." kata seorang pembantu di rumah tersebut.

"Tuan ada tak?" soal lelaki mata palsu.

"Ada, di bilik bacaannya." Kata pembantunya itu.

"Terima kasih. Mak cik, buatkan air kegemaran saya ya?" pintanya.

"Baiklah, tuan."

"Mak cik, awat formalnya hari ni?" soal lelaki mata palsu itu.

"Izz, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti." Kata pembantu rumah itu sambil menunjukkan gaya memotong leher. Brutal gitu mak cik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now