CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE PART 1

3.6K 84 4
                                    

HAI..kisah vampire pula...ini kisah anak lelaki si vampire...Izz Irfan dan Izz Isfan...kembar gitu...(maknanya semua dah tahulah yang novel:suamiku vampire penamatnya, danish ada anak kembar hihih) ok sekarang giliran anaknya pula mendapat isteriku vampire...gi tulah gayanya...jemput baca... vote jangan tak vote...cukup 100 vote...i update next... selamat membaca...


"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki"

Lelaki? Kenapa aku harus melibatkan diri dengan insan bernama lelaki. Sudah berkali-kali aku ditinggalkan mereka. Eh, bukan aku ke yang tinggalkan mereka? Hihihi..

"Wina, kenapa kau buat Irsham macam tu? Dia betul-betul sukakan kau." Kata Azlin. Aku pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki semuanya sama. Hanya tahu mengambil kesempatan sahaja.

"Dia pegang tangan aku. Aku reject. Dia tak layak!" Aku teringat apa yang berlaku semalam.

Aku dan Irsham berjanji hendak belajar bersama-sama memandangkan mereka akan menduduki SPM.

"Wina, tolong ambilkan pemadam tu, Sham tak sampai." Pinta Irsham kerana pemadam itu berada dihujung meja. Dengan sengaja Irsham memengan tangan aku. Aku mulah angin. Apa kejadah lelaki ni? Aku tarik kembali tangan aku dan terus mengemas barang-barang.

"Wina..."

"Stop!" kataku. Irsaham hanya melihat aku mengemas barang-barang. Aku mendonggak memandang dia. Al-maklumlah tinggi macam galah.

"Kita berpisah. Aku reject kau sebab kita bersentuhan. Selamat tinggal." Mudahnya aku mengucap kata perpisahan dengan lelaki.

"Tapi dia lelaki yang ke seratus dah bersama kau." Azlin masih tidak berpuas hati.

"Biarlah. Buat masa ni aku tak nak serius dengan mana-mana lelaki. Pelajaran itu lebih penting daripada lelaki. Aku pulang dulu. Kalau kau nak terus lepak kat sini, silakan." Aku bangun dan mula meninggalkan kelas. Masa persekolahan sudah lama tamat.

"Tunggu! Tunggu aku, Wina." Azlin berlari mengejar aku. Comel betul perangai gadis seorang ini.

Aku berjalan sambil melihat Azlin berlari dan apabila aku berpaling ke depan pula, aku memang tak perasan ada orang terus kami berlaga.

"Aduh!" rasa nak pitam dibuatnya. Mungkin kerana lelaki itu mahu cepat.

"Siapa nama kau?" tiba-tiba lelaki ini tanya nama. Aku mendonggak memandang lelaki yang sudah berdiri tegak itu. Kacak. Lelaki ini kacak. Hati aku berdebar kencang.

"Aku tanya nama kau, bukan suruh kau berangan."

"Nama aku Syazwina Zul." Aku berkata sambil berdiri.

"Kelas mana?"

"Lima Sains kejuruteraan."

"Jumpa aku kat bilik persatuan disiplin masa rehat esok!" lelaki itu terus berlari ke arah tandas. Dia tak tahan nak melabur ke? Aku termenung.

"Wina, kau tak apa-apa ke?"

"Siapa lelaki tu? Tak pernah nampak."

"Oh, dia pelajar tingkatan enam atas yang baru pindah masuk sini. Dia penolong ketua pengawas. Aku dengar dia dapat pangkat jadi tu disebabkan orang dalam." Aku terpegun seketika. Aku tak percaya apa yang dikatakan oleh Azlin.

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now