1 | Past is past

7.3K 193 3
                                    

Bunyi sahaja loceng untuk waktu rehat, Arin melangkah laju masuk ke pejabat ibunya. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa mereka yang pernah membuatnya sakit, kini masuk ke sekolahnya? Dengan ura-ura mengatakan bahawa sekolah ini akan bergabung. Arin Isabella sanggup tukar ke sekolah yang lain. Jadi dia perlukan jawapan. Sudah semestinya umi mengetahui perkara ini terlebih dahulu tapi tidak pula diberitahu kepada dirinya.

"Why?" hanya itu yang mahu ditanya. Ahh, ibunya pasti mengerti.

Tengku Afiah mengangkat wajah memandang puteri tunggalnya. Sudah diagak Arin akan segera mencarinya.

"Apa yang Arin tak puas hati ni? Pengarah yang arahkan ini semua. Bukan umi yang nak.."

"Everything. Arin tak puas hati dengan semuanya dan kenapa umi tak bagitahu Arin benda penting macam ni? Sepatutnya masa Arin outing tu umi bagitahu Arin, ni umi buat diam je. "

Tengku Afiah memicit dahinya. Dia juga buntu dan bingung dengan arahan ini. Namun apakan daya sekiranya itu satu arahan dari pihak atasan. Dia hanya seorang pengetua biasa.

"Anggap saja yang kita cuba untuk berbaik semula dengan Victorian. Bukan satu masalah besar pun kan?"

"Berbaik semula yang macam mana tu? Berbaik dengan pengetua diaorang ke ataupun semua pelajar Victorian?" berang Arin.

Dendamnya cuma satu..

Hapuskan Victorian.

"Arin kena terima hakikat yang abah bukan hak umi lagi untuk dia berikan sepenuh perhatian lepas kami bercerai. Dia ada tanggungjawab..."

"Tanggungjawab umi cakap? Dia abaikan umi waktu umi masih isteri dia! Dia abaikan Arin! Dia pergi pada perempuan nama Lily tu! I wonder if Lily tu akan terima nasib yang sama macam kita ataupun tidak? Pandai pula orang tua tu pasal tanggungjawab"

"Arin Isabella! He is still your father!"

"I'm done with it! I don't think he deserves that title after what he put us through."

Senyap.Hanya mata mereka berdua yang berbicara.

10 tahun tanpa seorang bapa membuatkan Arin tahu bagaimana untuk jadi kuat. Bergelar anak kepada Tengku Ismail buatkan dia menjadi pendendam.

Dan lelaki itu hanya menghulur salam kemaafan melalui jaringan 2 sekolah private yang terkenal ini. What the hell is going on?! Semudah itukah erti kemaafan?

Tidak ingatkah lelaki itu saat mereka melemparkan kata-kata hina kepada anak yang diabaikannya ini?

Fasha Hafina.

Anak tiri bapanya hasil perkahwinan Lily,si ibu dan Farid. Entah apa yang istimewa gadis itu, dia sendiri tidak tahu sehingga bapanya begitu berhati-hati menjaga perempuan sewel itu.

Gadis itu juga pernah menghilangkan kepercayaannya kepada Tengku Adrian,bekas teman lelaki Tengku Arin Isabella.

Oppss..Banyak pula spoiler.

Back to real situation.

"Arin..umi tak nak ingat apa-apa pun berkaitan hal lama. Past is past. Umi nak hidup tenang,tak nak ada musuh. Umi nak kita semua berbaik especially you, lady."

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now