4 | Siapa Dani?

3.9K 162 6
                                    

Arin berjalan ke tempatnya bertugas. "Panas betul harini." Keluh gadis itu perlahan. Sepatutnya hari ini dia bertugas bersama Hilman tapi lelaki itu pula demam jadi terpaksa bertugas seorang diri. Demam sikit dah menggelabah, Arin mencebik mengenangkan Hilman yang mengada mahu ke bilik sakit.

"Masa-masa macam ni la kau nak demam. Hari lain tak boleh ke? Mengada. Yang mama dia pun satu, sedih sangat dengar anak dia demam. Kuat drama la family Hilman ni."

Bebel Arin sepanjang perjalanannya. Hilman jarang demam, tapi bila dah demam macam ni, mengada mahu pulang ke rumah.

Sekali lagi Arin mengeluh. Kalau bukan kerana tanggungjawab, tidak mahu dia ke bangunan lama ini. Sudahlah jauh daripada kelasnya.

Blok C.

Tempat yang digembar-gemburkan sebagai tempat berhantu. Ceh.. ini Arin okey, sedikit pun tak kisah. Jiwa kena kental kalau nak jadi pengawas.

Sedang dia memerhati kawasan sekitar, telinganya terdengar suara daripada bilik hujung tingkat 3 itu.

"HAHAHA! Pengawas yang bertugas semalam kau dah kasi habis kan? Semalam dia ingat dia siapa nak arah-arah kita?" Kata seorang lelaki, suaranya kedengaran menyampah dengan pengawas yang bertugas di situ.

"Dah bro. Memang lunyai dia aku kenakan. Aku fikir sado sangat budak tu, lahhh ciput je rupanya." kata yang seorang lagi.

Amboii! Sedap hati je nak kata budak-budak aku ciput.

Arin yang memasang telinga mula panas. Kepalanya mula ligat berfikir. Siapa yang jaga sini semalam? Dia juga terlepas pandang perkara ini, sementelah dia juga sedang sibuk dengan tugas lain yang memerlukan lebih perhatiannya.

Semalam Dani dengan Afham yang kena jaga sini. Budak sukan kesayangan Arin tu. Memang ada yang tempah maut ni karang.

Pintu bilik itu dibuka dari luar.

"Sedap kau mengumpat budak aku." tegur Arin bersahaja. Tangannya disilang sebelum melangkah lebih dekat dengan dua orang lelaki itu.

Terkejut. Setahu mereka, Tengku Arin tidak pernah bertugas di kawasan ini. Ahhh! Ini namanya cari nahas.

"Te..tengku.." tahu tergagap apa semua. Tadi bukan main suka lagi.

"Aik? Tadi gelak terbahak-bahak tak ingat dunia. Ni dah tergagap pula? Tsk tsk, cuba la share sikit cerita tadi. Nampak seronok je gosip pasal budak aku." senyuman sinis dilayangkan, cuba menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.

"A..aa.."

Arin sudah menyinsing lengan bajunya. Kening kanannya terangkat. Menanti kata-kata daripada mereka.

"Kau fikir kau samseng sangat ke?! Kasi habis? Kau buat apa dekat budak aku?" jerkah Arin. Resah hati dua orang lelaki itu. Siapa tak kenal Arin yang merupakan juara taekwando kebangsaan.

Masak aku macam ni!

"Ini makan dia!!"

BUK!

BUK!

Ditumbuk perut mereka kuat. Tak cukup dengan itu, dipiat telinga mereka berdua. Ditarik telinga-telinga itu kuat. Padan muka!

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now