5 | Keputusan

3.8K 146 0
                                    

Sebulan selepas mesyuarat yang diadakan di Victorian, kini adalah hari yang ditunggu-tunggu mereka semua. Mereka semua berkumpul dari pukul 8 pagi tadi.

"Arin, kau rasa macam mana? Tun Ebrahim yang bagi kata putus pasal benda ni."  Kata Hilman perlahan.

"Tun Ebrahim? Pengarah ke? Bukan dia ada kat England lagi ke?" Kata Arin, pelik.

Tun Ebrahim ialah pengarah private high school. Kalau nak jumpa dengan Tun Ebrahim memang susah, selalunya dekat pertandingan sukan antarabangsa baru nampak muka.

"Saya bacakan keputusan yang telah ditanda tangan sendiri oleh Tun Ebrahim, dengan ini kami barisan ahli lembaga pengarah sebulat suara menerima cadangan Tengku Ismail untuk menggabungkan Victorian dan Aksara dengan syarat-syarat yang tertera di dalam dokumen. Sebarang ketidak akuran daripada mana-mana pihak, boleh membatalkan perjanjian di antara dua sekolah."

Tuan Tariq mewakili pengarah memberitahu keputusan tersebut di dalam mesyuarat yang menggabungkan semua ahli tertinggi Victorian dan Aksara termasuk Adrian, Hilman, Arin dan Fasha.

"Bullshit." perlahan suara Arin memaki keputusan tersebut. Mahu membantah sudah semestinya tidak boleh. Dia harus akur. Penumbuknya digenggam.

Kenapa? Di mana silapnya semua ni?

Fasha sudah tersenyum senang melihat wajah merah Arin. Tahulah dia gadis itu sedang menahan marahnya. Dan dia akan pastikan dia dan Adrian yang bakal menjawat jawatan tertinggi sekolah itu.

Tengku Ismail sudah memberitahunya, pasti akan ada perebutan jawatan tertinggi sekolah selepas ini. Jadi, dia perlu bersaing dengan Arin dan Hilman.

Namun tak semudah itu jangkaan Fasha, apabila Tuan Tariq menyambung amanat daripada Tun Ebrahim.

"Bawa bertenang semua. Di sini diselitkan juga arahan daripada pengarah kepada Tengku Afiah dan Tengku Ismail.

"Sebagai timbal balik daripada keputusan yang telah dibuat dengn penuh teliti, sebuah sekolah tidak boleh mempunyai ramai kepala di dalamnya."

Tuan Tariq melihat Arin dan Hilman. Harapnya keputusan Tun ini dapat membuatkan mereka merasa lega sedikit.

"Disebabkan pelajar Victorian akan berpindah ke Aksara, maka nama sekolah ini tidak akan ditukar walau dalam apa jua situasi.  Ini adalah syarat yang pertama.

Yang kedua,  adalah berkaitan dengan majlis perwakilan pelajar untuk kedua-dua sekolah. Pemilihan jawatan ini 100% daripada Tun sendiri. Tiada pertukaran dan sebarang ketidak akuran boleh membuatkan perjanjian terbatal.

Berdasarkan prestasi akademik dan sukan, jawatan ketua dan penolong akan dijawat oleh Tengku Hilman dan Tengku Arin. Walau bagaimanapun, Tengku Adrian akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar 2 sama seperti Tengku Arin.

Dengan ini, jawatan Fasha Hafina akan diturunkan sebagai pengawas biasa.

Untuk Tengku Afiah dan Tengku Ismail, Tun Ebrahim akan datang ke Aksara selepas ragbi tournament selesai di US."

"Itu sahaja buat setakat ini semua. Terima kasih..." Belum sempat Tuan Tariq menghabiskan kata, Fasha mencelah tidak puas hati.

"That's unfair Tuan Tariq. Kenapa saya perlu diturunkan jawatan?"

"Pfftt.." Arin ketawa kecil dan tersenyum sinis.

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now