Bab 3

1K 19 0
                                    

"SYARIFAH ZALIA? Heh! Aku tak boleh nak bayangkan muka keliru mamat tu, lah Lia." Salina masih terkekeh-kekeh ketawa bila mengingatkan pemuda yang mengganggu Lia Hana di pusat membeli-belah tempoh hari. Walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, bila terkenangkan peristiwa itu kembali, dia tetap akan mengusik temannya itu.

"Amboi... amboi, tak habis-habis lagi geli hati engkau tu, ya! Kena batang hidung sendiri baru tau! Aku sampai tak jadi nak balik kampung malam tu. Dah tu terpaksa ambil cuti esoknya, mengenangkan mak aku yang tak berapa sihat. Semua pasal takut si biul tu, lah!"

"Alah... engkau yang perasan sendiri. Habis tu, dah dekat dua minggu berlalu, tak nampak pun orang yang kacau kau tu lagi? Engkau tu yang takut lebih-lebih. Heee... tak kuasa aku. Perempuan perasan!"

"Iyalah Lina. Aku mengaku sajalah yang aku ni perasan. Puas hati? Kau ni dari tadi melepak, tak solat maghrib ke?"

"Aku bendera merahlah! Eh Lia, aku berkenan betullah dengan si mamat biul tu! Dalam keliru-keliru dia, tetap macho tau! Terbayang-bayang lagi muka dia yang handsome tu. Cair hati aku."

"Ya ampunnn...! Perempuan niii... tak habis-habis lagi ke? Agaknya, engkau dah kena minyak senyonyong lelaki tu, tak? Asyik teringat-ingat, kemudian tersenyum-senyum sorang-sorang," tempelak Lia Hana dengan niat mengusik. Namun perhatiannya kemudian beralih kepada telefon bimbitnya yang mengalunkan muzik sentimental menandakan ada pesanan ringkas.

"Haaa... pakwelah tu!"

"Banyaklah pakwe aku, Lina!"

"Bukan pakwe, yang bertenet tiap malam tu apa? Jangan pulak kau cakap perempuan, kalau nama samarannya pun dah abang?"

"Engkau ni... Dari kecik berkawan, masih tak kenal aku ya? Ini... Wanee ha. Engkau ingat tak budak Wanee yang buat latihan praktikal tempat kau tahun lepas?"

"Huh... budak kurus melengking tu? Takkan aku tak ingat!

"Mulut engkau ni... ada-ada aje. Wanee tu dah habis belajar. Dah dapat kerja di kawasan perindustrian tempat kilang kita jugak. Alhamdulillah, rezeki dia. Baru je keluar universiti, terus dapat kerja. Kalau tak kesian jugak, adik-adik ramai nak tanggung. Bapak dia pulak asyik buat perangai je."

"Baguslah! Tapi engkau pun banyak rekomenkan dia, kan? Kalau ada kekosongan di tempat kita, mahu engkau seret dia kerja bawah engkau, kan? Dia dah kerja kawasan ni, seronoklah engkau. Ada kawan pusing Taman Tasik tu."

"Eh... Lina, bukan setakat Taman Tasik saja aku nak pusing, Bukit Larut tu pun aku dah lama nak naik tau! Harap engkau teman, berlari atas tilam ajelah jawabnya. Dah sebulan lebih aku pindah sini, tak teringin pun engkau nak temankan. Nak pergi sorang, aku tak berani lagi. Tapi kalau aku dah biasa nanti, sorang pun aku redah."

"Aku kalau pasal riadah ni, kau jangan ajaklah. Asma! Tapi kalau maraton makan tak apa. Kau jangan lupa ajak. Bila-bila pun aku tak tolak," Salina berdalih sambil tersengih-sengih.

Lia Hana mencemik. Dah tahu daaah... Baik punya asma, Salina!

"Eh Lina, sebut pasal makan ni, baru aku teringat. Esok aku ada jemputan makan tengah hari dengan pelanggan dari Indonesia tu. Mr. Kevin yang mintak aku wakilkan dia sebab dia kena pergi ke Kuala Lumpur. Kau temankan aku ek?"

"Mana?" Girang muka Salina menerima pelawaan.

"Dekat je... Sentosa Villa tu aje, boleh ek? Nanti aku mintak kebenaran dari bos kau, takut selesai lambat sikit."

"Okeylah tu. Kau tahu jawapan aku, kan? Takkan tolak kalau bab makan ni!"

"Iyalah... tengok badanlah ya?"

"Lia... kalau isu badan kau jangan sentuh boleh? Sensitif!"

"Okey... okey. Janji aku tak sebut lagi. Biarlah engkau makin membesar dan terus membesar. Tapi engkau makin montel makin comel dan berseri pulak aku nampak!"

Sebiji bantal kusyen corak hitam putih mendarat ke badan Lia Hana. Dia membalas kembali perbuatan Salina dengan pukulan bertalu-talu menggunakan bantal yang sama sebanyak tiga kali, sebelum masuk ke bilik melayan kawan-kawan mayanya.

Tidak Pernah SesalWhere stories live. Discover now