Bab 14

641 9 0
                                    

YES! Dia keluar sorang! Dia keluar sorang! Syed Azeem mengulum senyum dalam kereta. Ajak dating, Lia Hana pula ajak keluar beli barang. Dia setuju sahaja, asalkan dapat lihat wajah si dia yang manis. Mendengar celotehnya, bikin hati senang dan bahagia. Itu status perasaannya kini. Haru... Hari-hari mahu ubat penawar, baru rasa segar dan bersemangat.

Tapikan... nama sahaja keluar dating, tetapi tidak pernah ada peluang berdua. Si dia tidak habis-habis heret kawan-kawannya. Nak sarapan, nak makan, mesti ada si debab itu sekali. Jika tidak, tiadalah peluang makan sama-sama, tidak dapatlah lihat lesung pipit yang cantik itu. Mahu keluar berjoging, kena ada Si Wanee. Jika tiada, program automatik dibatalkan.

Itulah Lia Hana. Berbeza bagai langit dan bumi dibandingkan dengan Syarifah Zalia. Lia Hana gadis beradab, jaga tingkah laku, jaga anggota tubuh. Jangan cuba-cuba mendekat, pasti dia diberi jelingan maut!

Yeay...! Hari ini ada peluang dating berdua! Rezeki Syed Azeem. Lama menanti, akhirnya dapat juga peluang ini.

Dia keluar kereta dan membukakan pintu untuk Lia Hana. "Salina tak ikut ke?" Saja pura-pura bertanya. Dalam hati berdoa agar janganlah Lia Hana masuk balik ke dalam rumah dan panggil si debab itu.

"Tak... Dia ada hal kat kilang." Suara yang lembut seperti biasa, bisa menghalau kegalauan hati dan fikiran. "Wanee pun kerja," sambung si manis itu lagi.

"Oh I see..." Syed Azeem buat muka kasihan. Dalam hati, yahoo... tak ada penyibuk!

"Ingat nak cancel keluar dengan you... tapi dah janjikan, tak baik pulak." Lia Hana beri senyum tipis. Dia sebenarnya berbelah bahagi untuk pergi berdua-duaan. Bimbang jadi fitnah. Tambahan pula bila mengingatkan cikgu pencen yang tak kering mulut berpesan, jangan suka-suka hati keluar dengan lelaki tanpa teman.

"Jangan takut, saya bukan orang jahat. You selamat keluar berdua dengan saya..."

"Iya? Dijamin seratus peratus?" Lia Hana pandang orang sebelah.

"Dua ratus peratus!" Orang sebelah membalas pandang. Mata bertentangan.

"Nak ke mana?"

"Tesco..."

"Bukan selalu beli barang basah kat pasar tani ke?"

"Kalau pergi situ nak teman ke?" Lia Hana sengih. Orang tu mana standard membeli belah di pasar tani. Dah pakai lawa-lawa, kan!

Laju Syed Azeem geleng.

Dah agak dah!

Sebenarnya Lia Hana bukan hendak beli barang basah hari ini. Memang selalunya dia akan ke pasar tani pada setiap pagi Sabtu untuk membeli stok basah barang dapur. Dia beli, Salina masak, makan sama-sama. Adilkan? Kalau beli di pasar tani, sekurang-kurangnya dapat membantu peniaga-peniaga di situ menjana ekonomi, kan?

Di Pasar Raya Tesco, tugas Syed Azeem menolak troli. Tugas Lia Hana membelek barang-barang dan memasukkan ke dalam troli. Kaki Syed Azeem ikut sahaja ke mana Lia Hana tuju.

"Banyaknya beli kek? Mampu ke Salina habiskan?"

Lia Hana gelak. Hamboih soalan... tak beringat!

"Esok saya nak bertunang! Kek ni untuk tetamu."

Hah! Bertunang? Syed Azeem sudah kaget.

"You ni, biar betul?"

"Iyaaa... you datang eik?"

Melihat senyuman semacam di wajah Lia Hana, Syed Azeem tahu gadis ini sengaja mengenakannya. Supaya dia tersenyum. Itu yang Lia Hana selalu ingin lihat. Tersenyum. Boleh kurangkan tekanan mental. Sedar ianya hanya satu gurauan, maka dia pun memberikan apa yang selalu dihajatkan oleh si manis tersebut. Senyum. Tetapi kali ini sedikit sumbinglah, sebab takut juga apa yang diperkatakan itu benar. Kalau benar, kecewakah dia? Apa yang perlu dia buat?

Tidak Pernah SesalWhere stories live. Discover now