Bab 4

12.7K 464 1
                                    

Kedatangan mereka disambut baik oleh para penduduk. Kebanyakkan mereka tidak fasih dalam berbahasa melayu.

Dhia Aryana , Fasha dan Nani ditempatkan di dalam sebuah khemah. Begitu juga dengan Farhan , Wiwit dan Izz Ilham. Mereka ditempatkan berdekatan di situ.

Okey.. imagine. Tempat ni lebih kurang macam perkampungan orang asli. Rumah diorang macam pondok. Atap daun semua. Toilet takdek. Ada sungai yang cantik berdekatan dengan diorang.

Hari pertama mereka di situ. Mereka disambut dengan gilang gemilang. Mereka dibenarkan rehat setelah seharian perjalanan mereka. Tugas mereka bermula pada hari kedua.

Dhia Aryana duduk di dalam sebuah pondok yang telah ditutupi kelilingnya dengan kain sebagai dinding untuk menutup ketika dia sedang memeriksa pesakit wanita serta kanak-kanak perempuan. Nani pula menjaga dari segi memeriksa nama , umur dan penyakit yang dihadapi mereka jika tahu serta tempat pesakit mengambil ubat. Fasha pula sebagai menukar alat-alat yang digunakan.

Begitu juga dengan Izz Ilham yang merawat penduduk lelaki serta kanak-kanak lelaki.

" anak puan ada alah dengan apa-apa makanan tak? " soal Dhia Aryana kepada wanita tersebut. Merah-merah pada kulit kanak-kanak tersebut diperhatikan.

" tak faham. "

" maksud saya.. anak puan kalau makan kacang daa sebagainya dia akan jadi macam ni ke? "

" ouh.. ada-ada. Dia makan daging. Haritu ada orang datang bagi daging. "

" ouh.. kalau macam tu. Saya sarankan jangan makan daging. Ambil ikan atau ayam. Nanti dwkat depan dia bagi cream. So sapukan pada tempat merah-merah ni ya. " ramah Dhia Aryana.

Wanita itu hanya mengangguk lalu keluar dari tempat tersebut.

Saat Dhia Aryana menukar sarung tangan , masuk pula seorang wanita yang sedang sarat hamil. Keadaannya seperti sudah mahu melahirkan kerana perutnya yang sudah kebawah.

" wah.. sudah berapa bulan ni? " soal Dhia Aryana sementara pesakit itu baring di hadapannya.

" 9 " jawabnya ringkas.

" sudah nak dekat melahirkan. Ada buat apa-apa pemeriksaan sebelum ini? "

" tak ada. "

" anak pertama? "

" ya. "

Dhia Aryana mengangguk mengerti.

Perut wanita itu diperiksa. Kemudian Dhia Aryana melakukan beberapa pemeriksaan lain.

" puan.. puan akan melahirkan dalam lebih kurang satu minggu dari sekarang atau bila-bila masa. Puan taknak pergi hospital ke? "

" saya takdek duit. Suami saya pun baru sahaja hilang. " wanita itu kelihatan fasih berbahasa melayu.

" puan bukan orang sini kan? Cara puan bercakap dan raut wajah puan pun saya tahu. "

" ya.. saya bukan orang sini. Saya ikut suami saya. "

Dhia Aryana mengangguk mengerti.

" puan... "

" panggil saya Iza. "

" okey Iza. Kandungan awak sihat. Awak akan bersalin dalam masa terdekat ni. Jadi saya minta awak hati-hati ya. "

" baiklah doktor. Terima kasih. " ucapnya lalu beredar.

Dhia Aryana memandang Iza dengan wajah sayu. Kesian dia. Hidup sebegini dengan anak yang bakal lahir. Baju yang lusuh dan longgar seperti sudah lama digunakan.

_______________________________________

Selamat Hari Raya!

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now