Bab 16

11.6K 363 2
                                    


" yang abang ada brain tumor. "

Mata Izz Ilham membulat.

" mana sayang tahu? "

" mana sayang tahu tak penting. Janji sayang nak abang buat pembedahan tu. "

" Dhia.. saya... "

" Izz.. kenapa awak perlu buat something supaya saya benci awak? Saya takkan boleh dan takkan mampu untuk membenci awak Izz. " ucap Dhia Aryana sambil mengusap pipi Izz Ilham. Airmata lelaki itu dilap lembut.

" Dhia.. " panggil Izz Ilham lembut. Tubuh Dhia Aryana ditarik perlahan supaya berdiri. Setelah Dhia Aryana berdiri. Dia menarik isterinya itu supaya duduk di atas peha kanannya. Mata Dhia Aryana ditatap penuh kasih.

" ketakutan yang paling besar dalam hidup saya bukanlah sewaktu saya kehilangan awak. Tapi ketakutan yang paling besar dalam hidup saya adalah saat melihat awak  tidak bahagia. " sambungnya syahdu.
Tangannya diangkat untuk mengelap airmata Dhia Aryana yang jatuh.

" Izz..  Kita pernah janjikan yang tak akan ada apa-apa rahsia antara kita.  So..  Kenapa awak buat saya macam ni?  " soal Dhia Aryana sebak. 

" sayang.. please. Jangan nangis. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya tengok awak menangis. Lagi-lagi bila awak menangis sebab saya. " ucapnya syahdu.

" Izz.. please buat pembedahan tu. Awak baru tahap dua. Belum terlambat lagi Izz. Awak tak nak jumpa anak kita ke? " soal Dhia Aryana. Tangan Izz Ilham yang berada di pehanya diraih dan diletakkan diperutnya.

Izz Ilham mengusap benjolan perut itu. Izz Ilham tersenyum.

Tiba-tiba Dhia Aryana memejamkan matanya rapat. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

" sayang.. " panggil Izz Ilham. Suaranya berubah risau.

Dhia Aryana diam.

" Dhia... " panggilnya.

" abang.. perut sayang sakit. " adunya.

" sayang.. " panggil Izz Ilham.

Dhia Aryana tidak menjawab.

" sayang bleeding ni. Jom kita pergi hospital. " sambungnya apabila darah mulai mengalir di peha isterinya.

" sakit.. " adunya. Airmatanya mengalir sekali lagi.

Tanpa berlengah lagi. Izz Ilham mendukung tubuh Dhia Aryana dan mencapai kembali kunci keretanya.

Tubuh Dhia Aryana yang sudah lemah diletakkan disebelah pemandu. Dia segera menghidupkan enjin kereta. Seluar dibahagian pehanya turut basah dengan tompokan darah Dhia Aryana.

" abang.. " panggil Dhia Aryana sambil menahan sakit.

" ye sayang.. " balas Izz Ilham lembut. Rambut Dhia Aryana dikuakkan kebelakang. Tangannya memegang erat tangan Dhia Aryana.

" abang.. sakit. Perut sayang cramped. " adunya.

" sabar sayang sabar. Istifar. Kita nak sampai hospital dah. " ucapnya.

***

Dhia Aryana mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali. Cahaya lampu yang silau memasuki matanya.

" sayang.. " panggil Izz Ilham lembut.

Dhia Aryana memandang suaminya yang sedang menggenggam erat tangannya.

" baby macam mana? " soalnya risau.

" baby okey sayang. Sayang jangan risau ae. " balas Izz Ilham lembut.

" Izz.. saya nak awak buat pembedahan tu. " ucap Dhia Aryana tiba-tiba setelah memanjatkan syukur kepada Allah.

" Dhia.. "

Dhia Aryana menggagahkan diri untuk bangun. Izz Ilham membantu isterinya yang mahu duduk.

" awak buatlah apa-apa pun Izz. Awak nak pukul saya sampai lembik supaya saya benci awak pun saya tak kesah. Saya taknak ambil tahu. Saya tetap nak awak jalani pembedahan tu. " rayu Dhia Aryana.

"  Ilham.. Aryan ni macam stress. Tertekan. Keadaan dia lemah. Darah dia pun rendah. Kau kena jaga dia elok-elok bro. Kalau kau nak baby korang selamat. Kandungan dia lemah bro. Kalau dia tertekan and lemah , kau rasa boleh ke dia kandung anak kau. Aku rasa Aryan ni banyak sangat memikir. "
Kata-kata doktor yang merawat isterinya tadi kembali terngiang.

" Izz.. " rayu Dhia Aryana.

Izz Ilham bangun dari kerusi dan duduk berhadapan Dhia Aryana di atas katil. Dagu Dhia Aryana ditolak ke atas supaya menghadapnya. Sebelah lagi tangannya menyelit rambut Dhia Aryana ke belakang telinga.

" baiklah. Saya akan buat pembedahan tu. " ucap Izz Ilham.

Dhia Aryana terus jatuh ke dalam pelukkan suaminya.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now