Bab 28

11.3K 310 4
                                    

Tiba di satu lampu isyarat , Izz Ilham menjadi kelam kabut , pagi yang masih belum sesak ini membuatkan dia nampak begitu jelas sebuah kereta Audi yang remuk dibahagian hadapan. Apabila kereta itu diteliti , nombor platnya sama dengan milik Dhia Aryana.

Izz Ilham cuba menidakkan rasa ini. Tapi.. tidak. Kereta Alza milik Dhia Aryana berada digaraj rumah. Dan.. sudah pastilah Dhia memandu kereta Audinya.

Terasa darahnya berhenti mengalir. Keretanya diberhentikan ketepi. Ramai orang telah memggerumi temoat itu. Izz berjalan masuk menyusuri ramai orang. Saat tiba disitu , terasa jantungnya berhenti berdenyut.

" Ilham.. Cepat tolong Aryan! " panggil Yazid yang merupakan teman sekerjanya.

Izz Ilham tersedar dari lamunannya. Airmatanya mulai bertakung ditubir mata.

Disitu hanya ada Yazid yang sedang berusaha membantu. Orang ramai hanya memandang dari jauh. Saat itu , bunyi ambulan dan bomba berlumba-lumba hadir.

" Dhia! " panggil Izz Ilham lalu berlari kearah kereta tersebut.

Bahagian hadapan kereta tersebut sudah remuk. Cermin-cermin kereta juga pecah bertaburan diatas jalan raya.

" sayang!! " jerit Izz Ilham saat dia melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah masih berada didalam kereta. Mukanya yang dipenuhi darah tidak menghalang sedikit pun pandangan Izz Ilham dari mengecam isterinya.

" encik.. Sila ketepi. Kami nak bantu mangsa dari tersepit. " ucap seseorang membuatkan Izz berundur.

Izz Ilham yang melihat keadaan itu tidak tahan dari terus mengalirkan cecair jernih yang mengalir terus dari matanya. Setelah seketika , barulah tubuh Dhia Aryana berjaya dikeluarkan. Saat tubuh Dhia Aryana diletakkan diatas stretcher , Izz Ilham terus menyambarnya. Kakinya turut melangkah memasuki ambulan.

" aa.. bang.. " ucap Dhia Aryana dalam ketar. Matanya mengalirkan airmata deras menahan sakit. 

" ye sayang.. Abang ada. Sayang kena kuat. Untuk abang. Untuk anak-anak. Ingat Allah sayang. Sayang kena kuat untuk anak kita dalam perut sayang ni. " ucap Izz dalam tangisan. Sebelah tangannya menggengam tangan isterinya. Sebelah lagi mengusap perut isterinya yang membuyung. Terasa ada tendangan kecil diperut itu. Dhia menutup matanya menahan sakit. Nurse yang berada didalam ambulan itu kelam kabut melakukan bantuan kecemasan.

Lama kelamaan mata Dhia Aryana terpejam membuatkan Izz Ilham menjerit sendiri.

***

Izz Ilham menggenggam kedua-dua belah tangannya. Darah Dhia Aryana sudah kering dibaju dan tangannya.

" Ilham.. " bahunya ditepuk lembut.

" sabar bro. Ni dugaan yang Allah bagi. " sambungnya.

Izz Ilham kembali mengalirkan airmatanya.

" kenapa Zid? Kenapa boleh jadi macam ni?  " soalnya dalam geram memandangkan Yazid berada ditempat kejadian.

Yazid mula menceritakan satu persatu kejadian yang berlaku.

* flashback

Waktu aku baru je keluar dari lif sebab nak balik , aku nampak Aryan tengah jalan nak pergi parking. Dia jalan slow je sambil pegang kepala. Aku tanya dia , dia okey ke tak? Dia cakap dia okey. Bila aku tanya dia , kau ke yang hantar ke sini. Dia geleng. Dia cakap.

" tak sampai hati. Nampak penat sangat tadi. " balasnya.

Aku tegur dia sebab dia nampak tak sihat. Muka pun pucat. Tapi.. dia degil. Dia cakap dia tak apa-apa.

Aku tanya dia sama ada nak aku hantar atau tak. Kesian jugak aku tengok dengan dia yang tengah mengandung lagi. Tapi.. dia balas. 

" takpelah Zid. Saya boleh drive sendiri. Tapi kan.. kalau awak follow dari belakang sampai tempat kita berpecah boleh? " pintanya. Aku hanya setuju. Takkan aku nak paksa dia naik dengan aku pulak.

Sampai dekat traffic light yang keluar hospital ni. Tempat Aryan accident tadi. Dia nak keluar dari simpang. Entah macam mana dia boleh langgar jalan tengah. Tengah kereta dia berpusing , datang pulak Hilux yang langgar depan. Kebetulan lepas beberapa minit , kau pulak sampai.

* end flashback

Izz menahan sebak. Dadanya bergocak hebat.

" aku takut Zid. Aku takut. Macam mana kalau aku hilang dia? " soal Izz dalam tangisnya. Tidak kisahlah dia dilabel apa pun sekarang ni.

" macam mana dengan anak kitaorang. Aryan pregnant. Pregnant! " sambungnya lagi.

" ye.. aku tahu. Kau banyakkan bersabar. Doa banyak-banyak. Kita berserah je. Sekarang.. lebih baik kau pergi subuh. " ucap Yazid. Dia memandang baju Izz yang dipenuhi darah.

" aku pergi ambil baju aku jap. Aku ada baju spare dalam kereta. " sambungnya lagi.

Izz hanya senyap. Kepalanya pusing. Dia tidak sanggup untuk kehilangan isterinya. Dia mahu melihat anaknya yang ketiga ini lahir kedunia. Dia mahu mengazankan anak mereka seperti mana dilakukan olehnya terhadap Mika dan Kayla setahun dahulu.

Setelah Yazid kembali bersama baju ditangannya , Izz mengambilnya lalu melangkah pergi ke tandas.

****

Izz Ilham memberi salam ke kanan dan kiri setelah solat. Lagi sekali dia sujud. Lama. Airmatanya kembali mengalir. Tangannya diangkat untuk menadah tangan berdoa kepada Allah.

" Ya Allah ya tuhanku. Kau selamatkanlah isteriku serta anakku ya allah. Hanya kau tempat aku bermohon. Kau selamatkanlah dia. Mudahkanlah pembedahan ini. "

" dan.. Andai kata kalau kematian adalah jalan terbaik untuknya.. Kau permudahkanlah perjalanannya. Ampunkanlah segala dosanya. "sambungnya dalam ketar. Airmatanya sangat murah tika ini. Dia redha. Redha jika pinjaman Allah kepada dia setakat ini sahaja. Dia tidak mahu melihat Dhia terus terseksa menahan sakit deminya.

Setelah Izz kembali melipat sejadah , pintu surau diketuk.

Izz berpaling.

" doktor.. " panggil seorang jururawat.

" kalau doktor dah selesai solat. Doktor Khairi nak jumpa dekat bilik dia. " sambung jururawat itu.

" okey. Terima kasih. " ucap Izz sambil mengelap sisa airmatanya.

Langkah diatur perlahan. Sambil langkah diatur sambil itu dia beristifar. Memohon kepada Allah agar hatinya redha menerima segala kemungkinan.

Pintu bilik Doktor Khairi diketuk. Kakinya diatur masuk.

" duduk dulu Ilham. " pelawa Doktor Khairi.

Izz Ilham menarik kerusi berhadapannya lalu duduk.

" aku harap kau banyak-banyakkan bersabar. Anak kau berjaya diselamatkan. Kau dapat anak perempuan. Tahniah. " sambungnya.

" alhamdulillah.. " Izz meraup muka sambil memanjatkan syukur kepada Allah.

" Aryan? Aryan macam mana? Dia selamatkan? " sambung Izz.

Wajah Khairi berubah riak.

" Aryan....  "

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now