part 2

1.4K 92 1
                                    


.
"Papa makanlah. Nia dah makan tadi."
.
"Alah, abang .... Abang ni tak tahu lagi ke? Puteri kesayangan abang tu bukannya suka makan malam. Diet sangat!" Puan Salina menahan sabar di dalam hatinya. Kalau diikutkan hatinya yang sakit ini memang dah kena hentam budak sorang ni! Nasib baik suami aku ada! Kalau tak memang aku dah kerjakan kau cukup-cukup! Pandangan amaran dihadiahkan kepada Dania.
.
"Dania ke dapur dulu." Dia tidak berani untuk berlama-lama di meja makan. Dia tidak mahu merosakkan makan malam itu. Biarlah! Dia sanggup berlapar daripada dimarah dan dimaki hamun.
.
Sedang dia membasuh pinggan, telinganya menangkap derap langkah kaki seseorang menghampirinya. Dania berpaling ke belakang. Amsyar... Pandangan dihalakan ke arah suaminya itu. "Abang nak apa-apa ke?"
.
"Buatkan aku milo ais. Bawak naik atas." Tanpa menunggu jawapan Dania, dia terus membasuh tangan dan melangkah meninggalkan wanita itu. Sedikit pun dia tidak memandang isterinya itu.
.
Dania mengangguk perlahan. Sabarlah Dania... Bukannya kau tak biasa pun! Teruk daripada itu pun kau pernah kena, kan? Dia cuba memujuk diri sendiri. Sekejap sahaja dia sudah menyediakan minuman sepertimana yang diminta oleh suaminya tadi. Kaki dilangkahkan ke anak tangga pertama.
.
"Eh, kau nak gi mana ni?" Dania berpaling ke arah suara itu. Kedengaran perlahan... namun cukup keras menampar telinganya.
.
"Nak bawakkan air ke atas."
.
"Untuk siapa?"
.
"Abang Amsyar."
.
Puan Salina menghampiri Dania. Anak matanya jatuh pada gelas yang dipegang oleh Dania. "Air apa ni?"
.
"Milo ais."
.
"Bak sini!" Dia terus merampas gelas di tangan Dania. Sedikit air tertumpah ke lantai. "Kau ni... tak ikhlas, kan? Sampai tumpah kat lantai! Nasib baik tak kena baju aku!"
.
"Maaf, Nia tak sengaja." Dia meminta maaf untuk kesalahan yang bukan bermula daripadanya. Ya, itulah yang selalu dilakukannya.
.
"Dah! Pergi buat air lain untuk Am. Menyampah pulak aku tengok muka kau ni!"
.
"Sal? Kenapa ni bising-bising ni?" Muncul Dato' Aizril bersama mereka.
Lambat-lambat Puan Salina berpaling ke belakang. Jangan-jangan... suaminya dengar ke? Dia nampak ke? Dia meneguk
liur perlahan.
.
"Tak ada apa, bang. Ni Dania ni... Jalan tak pandang kiri kanan. Tak pasal-pasal terlanggar Sal kat
sini. Tumpah air milo yang Sal pegang."
.
Dania diam tidak terkata. Perlukah dia berterus terang? Tak perlu kot! Biarlah... biarlah nampak salahnya. Asalkan jangan mama mengamuk lagi. Dia tak sanggup kena pukul lagi.
.
"Nia minta maaf, papa."
.
"Hmm... tak apalah. Nia naiklah. Nanti papa minta tolong Mak Som bersihkan."
.
"Eh, takpe papa. Nia boleh buat sendiri." Cepat-cepat dia membantah tanpa memandang sedikit pun ke arah mamanya. Takut sekiranya mama marahkan dia.
.
"Hah, kalau macam tu bersihkan cepat-cepat. Nanti ada pulak yang terjatuh kalau terpijak."
.
"Baik papa." Kakinya dilangkahkan meninggalkan papa dan mamanya di situ.
.
.    
.
SELEPAS menunaikan solat Subuh dua rakaat dia mencapai surah Yaasin. Alunan ayat suci Al-Quran itu menceriakan subuhnya. Tenang sungguh hati ini bila dapat menyebut kalimah-kalimah suci Al-Quran.
.
Sabda Rasulullah s.a.w juga yang membawa maksud: "Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf" (Riwayat al-Tirmidzi).
.
Dari Nawwas bin Sam'an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya". Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih).
.
Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan mengalunkan baacan Al-Quran. Ada debaran halus bermain di dalam dadanya. Meremang bulu roma tatkala mendengar ayat suci itu dialunkan dengan penuh syahdu.
.
Siapa? Takkanlah mama? Bukan ke mama tak pandai mengaji? Semakin berdebar jantungnya apabila suara itu kedengaran merdu sekali di hening subuh itu .
(bersambung .... )

__________________
Macam tiada sambutan pulak??
Hurm.. sedihnyerr
Takpe hati ini tetap kental.. yeahh
Jangan lupa vote and comment yerrr?? Moga jasa anda dikenang #^_^#
 
@gadis_ungu

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now