part 6

1.1K 60 1
                                    


.
Aku nak tolong dia dah cukup baik tau!
.
“Tak payahlah. Seganlah saya macam ni. Bukannya saya tak biasa buat pun.” Dia menolak sekali lagi.
.
“Saya kena buat jugak. Bawak sini baju awak.” Dia turut berkeras.
Sepasang anak mata itu dipandangnya lama. Mata dia macam… macam baru lepas menangis! Dia menangis ke? Satu lagi kepelikan yang dapat dirasakannya.
.
“Kalau awak tak bagi, saya akan masuk dalam bilik ni cari baju awak.” Dania… sejak bila pulak kau pandai mengugut tuan rumah ni? Dia meneguk liur perlahan.
.
“Tak boleh! Saya tak benarkan awak masuk.” Kedua-dua belah tangannya didepakan di muka pintu biliknya, menghalang wanita itu daripada memasuki biliknya.
.
“Tolonglah Encik Arsyad… bagi saya baju awak.”
.
“Tak boleh.”
.
Dania mengeluh perlahan. Dia ni memang suka ke kalau aku kena marah lagi? Tapi… bukan ke dia tak pernah nampak apa yang terjadi? Macam papa. Kalaulah dia tahu apa balasan yang akan aku terima… Seraut wajah lelaki itu dipandangnya mengharapkan simpati.
.
“Saya minta maaf. Tapi saya kena masuk jugak bilik ni.” Dia merempuh tubuh lelaki itu untuk memasuki bilik lelaki itu. Cepat sahaja tangannya menyambar lengan wanita itu.
.
“Auch…” Dia menyeringai kesakitan apabila Arsyad memegang pergelangan tangannya yang baru sahaja kena pukul dengan batang penyapu sekejap tadi. Bergenang kolam matanya. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu!
.
Terperanjat Arsyad dibuatnya. Cepat-cepat dia menyelak lengan gadis itu. Dania yang terkejut dengan perlakuan Arsyad cepat-cepat menarik tangannya walaupun terasa sakit menjalar hingga ke tulang putih. Tubuh yang terlalu dekat dengannya itu ditolak kuat. Langkahnya juga terundur setapak ke belakang.
Berkerut dahinya memandang seraut wajah Dania. Dia sempat terpandangkan kesan lebam kemerahan itu. Sepasang anak mata itu ditatapnya lama.
.
“Kenapa dengan tangan awak.”
.
“Tak ada apa-apa. Tolonglah Encik Arsyad… saya merayu pada awak. Tolong bawak baju awak kat sini. Biar saya gosokkan.” Tak kisahlah kalau terpaksa merayu sampai macam ni pun. Asalkan aku tak kena pukul sekali lagi. Tanpa bertanya apa-apa lagi, Arsyad terus masuk ke dalam biliknya dan mengambil baju yang ingin dipakainya. Baju itu dihulurkan kepada gadis itu. Sungguh, kemusykilan bermaharajalela di dalam hatinya.
.
.             
.
MENCERLUNG pandangannya memandang seraut wajah itu. Perempuan Bidadari Syurga ni kan… semakin hari semakin menambahkan sakit hati aku!
.
“Sini kau!” Dia menarik kuat pergelangan tangan gadis itu.
.
“Abang… sakit…” Semakin Dania merayu, semakin dia mengasari isterinya itu.
.
“Kau ni kan… Tak pernah nak serik kan? Kenapa kau berani tidur atas katil tu?”
.
“Saya minta maaf. Saya tak sedar pun bila masa saya ada kat atas katil ni. Saya…” Macam mana pulak aku boleh ada atas katil ni? Seingat aku… tadi bukan ke aku duduk tepi peti ais? Sebab penat sangat, aku pejam mata kejap. Macam mana aku boleh ada kat sini pulak? Dia meneguk liur perlahan. Jantungnya terasa terhenti bernafas.
.
“Kau jangan nak bagi alasan, eh? Mentang-mentanglah mama tak izinkan kau makan nasi hari ni, kau senang lenang boleh baring kat sini? Macam tu?” Merah padam mukanya menahan marah yang membuak-buak.
.
“Tak. Saya tak ada niat macam tu pun.” Ya, sepanjang dua bulan usia perkahwinannya… sekali pun dia tak pernah terniat untuk menyentuh katil itu sejak suaminya mengharamkan dia menyentuh katil itu pada malam pertama mereka.
.
“Dahlah! Malam ni kau tidur kat luar! Aku malas nak hadap muka kau! Sakit hati aku!” Tubuh kecil itu ditolaknya kasar ke arah pintu bilik.
.
“Hah? Tidur luar? Tapi saya…” Takkanlah aku nak tidur kat luar? Rumah ni dahlah bapak punya besar. Ingat aku berani sangat ke? Tambahan pula ada lelaki lain yang tinggal di sini juga. Arsyad… adik iparnya. Macam mana kalau terserempak dengan Arsyad?
.
“Diam! Aku tak nak dengar sepatah pun suara kau! Dah! Berambus!!” Kali ini dia menolak kuat isterinya sekali lagi.
(bersambung..)

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now