#17

5.4K 171 0
                                    

Kelihatan Diana sedang tercungap-cungap apabila telah sampai di rumah.

"Mana anak kau?" Tegur Mak Tiha kepada Arianna.

'"Aduh nak jawab apa ni?" Desis hati Arianna.

"Eh, aku tanya ni Ariena mana?" Kali ini nada Mak Tiha agak tinggi sedikit.

"Oh, ya mak! Dia balik dengan Hanif!" Mulut Arianna melatah.

Diana merenung Arianna, Arianna merenung Diana. Dua-dua terkejut mungkin.

"Terlepas pula." Arianna berkata perlahan.

"Hanif yang datang rumah haritu?" Mak Tiha mahu kepastian.

"Iye mak. Arie tak balik lagi ke?" Riak wajah Arianna bertukar risau.

"Tak! Yang kau suruh orang lain yang ambil kenapa?" Mak Tiha mula untuk memarahi menantunya.

Diana hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

"Tak mak. Rina tak suruh. Rina tak tahu pun." Arianna jujur.

"Cuba call Hanif." Akhirnya Diana bersuara juga.

Arianna mengangguk.

Arianna cuba menghubungi Hanif. Nasib disahut!

"Ye Arianna?" Jawab Hanif.

"Mana anak saya?" Kedengaran suara Arianna sedikit tidak puas hati. Sia-sia dia kena marah sebab Hanif.

"Ada dengan saya. Awak jangan risau. Saya on the way nak hantar Arie pulang." Hanif cuba menenangkan Arianna.

"Cepat sikit boleh tak?!" Marah Arianna.

"Ok ok, saya minta maaf." Lalu Hanif mematikan talian.

Arianna mendengus geram.

"Macam mana?" Tanya Diana.

"Tengah on the way." Jawab Arianna.

"Ha, tenang sikit hati." Diana tersengih.

Arianna pula tersenyum.

"Eh, kau nak pergi mana?" Tanya Diana.

"Masak." Jawab Arianna sepatah.

"Ok tak nak ikut." Selamba saja Diana menjawab.

__________

Pon pon pon!
Kedengaran sebuah kereta sedang meng-hon di luar rumah.

"Ha, tu mesti Hanif dengan Arie!" Arianna cuba mengagak.

Dan agakannya benar sekali.

"Papa masuklah dulu." Pelawa Ariena.

"Tak nak lah nanti kena marah dengan mama. Dia tu dah lah garang." Kata Hanif dengan nada yang perlahan.

"Ala mama baik lah. Papa je suka buat mama marah." Kata Ariena pula.

"Amboi." Tegur Arianna.

"Mama, tengok papa dia tak nak masuk sebab dia takut mama marah." Ariena mengadu kepada ibunya.

"Tahu takut!" Ingin saja Arianna menyubit lengan Hanif. Sakit betul hati dia!

Hanif hanya mampu tersengih.

"Dah lah masuk dulu." Pelawa Arianna.

Hanif mengangguk saja.

"Terima kasih dah hantar Arie pulang. Walaupun tak bagitahu saya dulu." Arianna sedikit memerli Hanif.

"No problem and sorry. Hehehe." Hanif tersengih lagi.

__________

"Hanif!" Jerit Diana.

"Diana?! Apa you buat dekat sini?!" Marah Hanif.

Arianna mulai binggung.

Without You, With Him | Wattys2016Место, где живут истории. Откройте их для себя