#37

5.2K 143 4
                                    

Pagi itu,

"Arianna! Aku nak cari Arianna." Tiba-tiba Hanif terjaga.

"Awak apa bising bising ni?" Tegur Diana ketika dia hendak menuruni tangga.

"Diana, Arianna mana?" Tanya Hanif.

"Hah?" Diana bingung.

"Arianna mana? Eh kenapa kita tinggal bersama?" Kali ini Hanif pula yang bingung.

"Kan kita dah kahwin?" Saja Diana berkata seperti itu.

Dia sudah mengerti bahawa ingatan Hanif telah pulih.

"Kahwin?" Hanif berasa semakin pelik.

Diana senyum sinis lalu matanya melirik ke gambar perkahwinan mereka yang tergantung kemas di dinding.

Hanif benar-benar kaget. Lidahnya terkelu. Dia betul-betul tidak menyangka bahawa dia ialah suami orang.

__________

"Malaysia, I'm back!" Arianna sedikit menjerit ketika telah sampai di lapangan terbang KLIA.

Penampilannya sekarang memang sangat beebeza kalau mahu dibandingkan sengan dahulu.

Kaca mata hitam miliknya ditanggalkan daripada matanya.

"Teksi, teksi!" Panggil Arianna.

___________

"Tok! Tok! Tok!" Pintu rumah dketuk oleh Arianna.

Pintu dibuka.

Terkejut Mak Tiha dengan kehadiran seorang wanita cantik ke rumahnya. Sepertinya dia tidak mengenali menantu sendiri.

"Cantiknya." Desis hati Mak Tiha.

"Cik cari siapa ya?" Tanya Mak Tiha dengan penuh sopan santun.

"Saya sedang cari ibu mertua saya." Arianna sedikit gelak.

Sambil itu, dia menanggalkan kaca mata hitamnya itu.

"Ya tuhan, Arianna!" Dengan pantas Mak Tiha memeluk anak menantunya itu.

"Rina, rindunya aku dekat kau. Ingat siapa lah tadi cantik sangat." Mak Tiha tidak putus-putus memuji Arianna.

"Mak ni ada-ada je." Arianna gelak lagi.

"Dah dah masuk." Ajak Mak Tiha.

"Mana Ariena? Saya rindu sangat dekat dia." Tanya Arianna.

"Anak kau kerja." Jawab Mak Tiha.

"Hah? Kenapa suruh Arie kerja mak? Dia budak lagi lah!" Muka Arianna yang tadinya manis bertukar resah. Sangat resah.

"Eh! Kerja pula. Sekolah lah! Ayah kau yang kerja." Mak Tiha membetulkan ayatnya yang tersasul tadi.

"Mak ni, boleh buat Arianna sakit jantung dah ni." Perasaan Arianna kembali tenang.

Mak Tiha tersengih panjang.

"Mak, Arianna nak masuk bilik dulu. Nak kemas baju dalam beg ni." Pinta Arianna.

"Pergilah." Kata Mak Tiha sepatah.

__________

Arianna berniat mahu membersihkan diri.

Ketika dia sedang mencapai tuala mandi, telefonnya pula berdering tanda ada notification masuk.

Whatsapp:

"Hello, is this Arianna?" -Diana.

"Apa lagi yang Diana nak? Tak payah lah nak ganggu hidup aku lagi." Desis hati Arianna seraya memberi doubletick kepada Diana.

Without You, With Him | Wattys2016Onde histórias criam vida. Descubra agora