#36

5.3K 152 6
                                    

"Hanif." Tegur Diana.

Hanif tidak menjawab. Dia cuma berpaling ke arah Diana.

"Awak kenal Arianna?" Tanya Diana tiba-tiba.

"Macam pernah dengar nama tu." Jawab Hanif.

"Awak lupa sebab awak amnesia." Kata Diana.

"Amnesia?" Tanya Hanif sedikit pelik.

"Awak amnesia disebabkan kemalangan. Masatu awak ada dengan Arianna." Jelas Diana dengan ringkas.

"Tapi Arianna tu siapa?" Nada Hanif menjadi perlahan.

"Nah." Diana menghulurkan sebuah diari kepada Hanif.

"Diari siapa ni?" Tanya Hanif pelik.

"Diari awak." Jawab Diana bersahaja.

"Sejak bila saya ada diari?" Kelihatan kerutan di dahi Hanif.

"Itulah yang awak lupa. Saya yang simpan diari ni bila saya jumpa dekat bilik awak dulu. Saya minta maaf, saya baca diari awak. Semua tentang Arianna. Jadi sekarang, saya perlu pulangkan balik. Saya harap awak boleh ingat Arianna balik. Mungkin dia memang jodoh awak." Diana menjelaskan segalanya.

Tiba-tiba air mata Diana menitis.

"Saya minta maaf. Saya tak patut buat semua ni. Tapi saya sayang sangat dekat Diandra." Tangisan Diana semakin kuat.

"Saya faham." Hanif memeluk isterinya.

__________

Sebelum tidur, Hanif teringat semula akan kata-kata Diana tadi.

"Siapa Arianna?" Hati Hanif bermonolog.

Dia membuka diarinya.

Dia menyelak satu persatu muka surat di situ.

"Aku iras-iras bapa orang? Hahaha. Tapi cantik lah dia tu. Anak pun comel."

"Arianna Alyna dan Ariena Aryana. Sedap nama!"

"Arianna, saya rasa saya dah mula sukakan awak. Tapi macamlah awak suka saya kan? Hm."

Ketika Hanif mahu menyelak ke muka surat yang seterusnya, sesuatu telah jatuh daripada diarinya.

"Gambar siapa ni?" Desis hati Hanif.

"Saya rindu awak Arianna. Jadi, kalau saya rindu saya akan tatap gambar awak yang satu ni. Gambar awak yang paling saya suka."

"Ni ke Arianna?" Hatinya berdesis lagi.

Dia cuba perah otak untuk meneroka memorinya yang telah hilang tersebut.

Makin dia cuba untuk mengingati, makin sakit kepalanya.

"Ingat lah balik! Ingat lah balik!" Hanif cuba memaksa dirinya.

'"Ingat lah balik, Hanif. Aku nak tahu semua yang dah berlaku. Ingat lah balik! Ingat, ingat!" Hanif semakin geram.

Namun begitu, Hanif tiba-tiba rebah. Dia betul-betul terasa amat lemah. Mungkin kerana dia begitu memaksa dirinya tadi.

Diari di tangannya tadi juga terjatuh. Lalu gambar-gambar Arianna berselerak di lantai biliknya.

Rupa-rupanya, masih banyak lagi gambar Arianna di dalam diarinya. Andai saja, Arianna mengetahui akan hal ini. Adakah hati Arianna masih ada ruang untuk Hanif?

Without You, With Him | Wattys2016Onde histórias criam vida. Descubra agora