SATU

13.5K 559 39
                                    

"Pelajar-pelajar sekalian, pihak sekolah akan adakan Kem Jati Diri pada cuti semester akan datang ini. Sesiapa yang berminat boleh daftarkan nama pada Cikgu Zulianis. Sekian itu sahaja pengumuman daripada saya hari ini," kata Cikgu Harlim, memberi pengumuman kepada semua murid.

Sebaik sahaja semua murid naik ke kelas masing-masing, aku terdengar suara. Aku menoleh ke belakang dan kelihatan Umairah di belakang aku. Aku tak tahu apa yang dia buat kat belakang tu. Aku pun tak nak tahu.

Umairah sedang berbual rancak. Tak pelik kan? Yang peliknya,dia cakap sorang-sorang.Aku tak tahu apa yang dibualkannya itu tapi baik aku hentikannya sebelum ada orang lain Nampak.

"Kau ni dah kenapa?" soalku,hairan.

"Apa maksud kau 'kenapa'?" soalnya kembali. Orang tanya dia, dia tanya kita pula.

"Kenapa cakap sorang-sorang? Tak malu ke kalau orang nampak?" soalku lagi.

"Kau dah lupa ke buat-buat lupa?" gadis bertudung dan rendah ni memang menguji kesabaran aku.

"Lupa?Apa yang aku lupa?" soal aku, musykil akan kata-kata Umairah.

"Aku rasa kau lupa yang aku ada..power," katanya.

Hmm..nasib baik dia ingatkan aku. Umairah ni dah dilahirkan untuk bercakap dengan benda yang dia seorang boleh nampak dan boleh cakap. Dia ni member daripada kelab rahsia yang kita orang tubuhkan sendiri iaitu Kelab Deria Keenam. Cuma untuk pelajar-pelajar yang ada kuasa khas dan tak tahu cara-cara nak kawalnya. Aku merupakan naib presiden kelab itu manakala presidennya ialah..

"Hai, semua! Aku nak korang join Kem Jati Diri tu! Boleh bagi motivasi kat kita yang istimewa ni. Dahlah jumpa kau orang habis waktu sekolah nanti. Bye!" muncul pula si May, gadis Cina bermata sepet dan berkulit cerah itu. Dia memang ceria dan bersemangat setiap masa. Dialah presiden kelab tu dan pengasasnya. Kelab ni ada seorang guru penasihat iaitu Cikgu Kumari, guru kaunseling yang sudah berusia. Dia suka handle kes-kes pelajar yang istimewa macam apa yang kita orang alami sekarang ni.

May dilahirkan dengan kuasa untuk baca fikiran orang. Sebab kuasa istimewa dia tu, dia tak boleh kawal perasaan sendiri. Aku tak pernah nampak dia menangis mahupun marah. Dia gembira dan sentiasa gembira. Aku tak pernah sekalipun lihat dia tertekan atau rasa geram. Kalau muka dia kena baling dengan pasu pun,dia takkan nangis. Dia masih akan senyum. Inilah yang buat pelajar lain lagikan gangster yang suka membuli tu takut dengan dia. Dia ada dua jenis senyuman.

Satu ialah senyuman manis yang selalu dia gunakan untuk pikat hati sesiapa akan kesopanan dan kemesraan yang ditunjukkan. Dengan satu senyuman yang dilemparkan, manusia akan fikir dia sesuci malaikat.

Satu lagi jenis senyuman ialah senyuman yang menyeramkan. Senyum ni macam orang gila sikit. Dia akan senyum lebar dan pandang kau tajam. Dengan pantas,semua yang terkena tu dapat rasa aura yang menakutkan darinya. Dia dapat dengar degupan jantung setiap manusia dengan jelas dan dapat tahu seseorang tu menipu atau tidak berdasarkan degupan jantung. Kiranya, selain dia boleh baca fikiran, dia juga boleh dengar bunyi yang sangat halus dan perlahan. Semuanya sebab getaran.

"Kau nak pergi ke kem entah apa-apa namanya ni?" tanya aku kepada Umairah.

"Dah May suruh, nak buat macam mana? Dia kan presiden. Aku nak masuk kelas dululah. Kita jumpa lepas sekolah kat bilik kaunseling," kata Umairah lalu pergi meninggalkan aku sendirian di tapak perhimpunan. Baik aku pergi kelas sekarang, tiada apa-apa pun aku boleh buat kat tempat ni.

Lupa pula! Nama aku Firas.

Firas Mahdzir bin Khalid.

                                                                              *****

Hmm.. haraplah perjumpaan kelab tu tak lama. Banyak cikgu Matematik aku bagi kerja rumah hari ini. Kalau tak siap, jawabnya esok kena rotan sepuluh kalilah.

Aku bergegas ke bilik perjumpaan iaitu bilik kaunseling.

Bila aku masuk dalam, aku nampak Cikgu Kumari, Nazri dan Umairah.

"Hai Firas. Have your seat," kata guru India itu dengan sopan.

"Aku ingat kau datang dengan May," ujar Nazri yang duduk di sebelah kiri aku.

"Apsal pulak aku nak datang sama-sama dengan dia?" macam tak ada kerja lain aku.

"Biasalah..korang kan..rapat," sindir Nazri. Aku tumbuk bahu kanannya.

"Macam tak ada perempuan lain pulak. Dahlah dia senyum cam nak telan orang. Seram aku," kata aku.

"Jap lagi aku report kat May apa yang korang kutuk pasal dia ni," kata Umairah sambil membaca buku.

"Kau report kat dia, nahas kau!" ugut aku. Dia gelak kecil sambil membaca novelnya.

"Hai semua! Hari ni aku bawa Fiz sekali so kelab kita dah lengkap," kata May apabila masuk ke dalam bilik kaunseling.

"You guys discuss first then I'll join you," kata Cikgu Kumari lalu pergi ke dalam satu bilik dalam bilik kaunseling tu.

"Okey. Jadi menurut apa yang korang tahu, Kem Jati Diri akan diadakan pada cuti semester selama tiga hari dua malam. Jadi,aku selaku presiden Kelab Deria Keenam nak kita berlima sertai kem ni. Setuju?" aku rasa time ni dia gunakan power dia tu.Aku dapat rasa dia mula baca fikiran kita orang semua.

Umairah mula cakap sorang-sorang, Nazri start fikir tentang apa yang akan jadi kat kita orang kalau kita orang pergi kem, Fiza pulak tak kisah langsung dan aku pula tengah fikir apa yang dia orang tengah buat.

"Macam mana Naz?"tanya May dengan nada ceria.

"Aku..okey je. Aku rasa kem tu selamat," kata Nazri, budak yang sangat jaga keselamatan dia.

"Umairah? Fiz?"

"Wan kata boleh sebab dia dah lama tak gi camping," kata Umairah. Sah-sah dia dah tak waras.

"Aku bukannya kisah pon pergi ke tak," kata Fiza, berlagak.

"Bagus. Kau pulak Firas?" soalnya lalu memandangku dengan senyuman yang mengugutku untuk menjawab ya.

"Ya. Mesti best," aku harap dia terima jawapan tu.

"Inilah ahli yang baik dan mendengar cakap ketua! So, esok kita jumpa lagi lepas sekolah dan aku ada hal penting cerita kat korang esok," katanya.

"Jadi boleh baliklah ni?" tanya Umairah.

"Baguslah. Rasa menyemak ajelah duduk dalam bilik ni!" kata Fiza lalu keluar dari bilik itu dengan lagak seorang samseng.

Aku tak tahu Kem Jati Diri tu baik ke tak dan apa yang akan berlaku pada kita orang berlima lepas ni..

GILADonde viven las historias. Descúbrelo ahora