SEBELAS

3.5K 259 4
                                    

May dan Umairah duduk di dalam rumah.Hanya pembantu rumah sahaja yang ada di rumah Umairah.

"Hai Umairah.Mak ayah kamu dah pergi bandar,ada meeting dengan apa tah,"kata pembantu rumahnya.

"Okey.Siapkan kerja cepat lepastu pergi rehat."

"Terima kasih Umairah."

Mereka berdua duduk di sofa. May mendiamkan sejak Umairah cakap tentang Wan.

(Mana Wan sebenarnya ni?)

May baca fikiran Umairah.Dia masih gelisah dan ingin mencari Wan di mana-mana sahaja.

"Mungkin dia dengan roh Mak Tiha sekarang,"bisik hati May.

"May,macam mana sekarang? Wan je yang tahu apa yang kita boleh buat untuk kalahkan bomoh tu,"kata Umairah.

"Kenapa pulak dia tahu?"tanya May.

Umairah mendiamkan diri.May pun memandang wajahnya.

(Wan sebenarnya datang dari bomoh yang sama)

May terperanjat.Dia tidak menyangka hal ini akan berlaku.

"Umairah,saya nak pergi kedai. Nampaknya garam,gula dengan kunyit dah habis,"kata pembantu rumah.

"Pergilah beli.Saya tak halang pun,"kata Umairah.

"Terima kasih puan."Dia pun beredar dari ruang tamu.

Keadaan di ruang tamu senyap.

"Kenapa Wan ada dengan kau dari awal?"tanya May.

"Dari awal?"

(Umairah balik kampung dan bersalaman dengan seorang lelaki tua...

"Tok,tolong buang kuasa anak saya ni dari badan dia.Saya takut dia trauma dengan apa yang dia nampak."Suara ibu Umairah.

"Apa kuasa dia ni?"tanya lelaki tua berjanggut putih itu.

"Dia boleh nampak hantu."

Masa tu Umairah kecil lagi dalam umur 5 tahun dan sedang tidur di atas lantai dengan lena.

"Kuasa dia ni tak boleh hilang serta-merta,"kata lelaki tua itu lagi.

"Saya tak kisahlah tuk,hilang lambat ke hilang cepat,saya nak benda ni hilang dari badan dia," kata ibu Umairah.

"Baiklah,tuk akan kirimkan sesuatu kat budak ni."

"Kirim apa?"

"Tuk akan bagi dia peneman untuk bantu dia."

"Maksudnya?"

"Tuk akan bagi pendamping kat dia dan tuk akan arahkan dia untuk lindungi budak ni dan budak ni akan biasa dengan nampak hanti dan bagai.Selagi pendamping dia ni layan dia dengan baik,selagi itulah dia takkan takut bila nampak hantu."

"Macam mana nak hilang?"

"Hmm..ada satu benda je..")

Lepastu suara lelaki tua tersebut menjadi perlahan dan tidak dapat difahami May.Dia cuba mengamati wajah bomoh itu namun tidak jelas.

"Aku tak ingat kenapa Wan ada dengan aku,"Umairah bohong.

"Tak apalah kalau camtu.Kau suka kuasa kau tak?"soal May.

"Kuasa aku?"

(Dia nampak Wan di merata tempat sedang senyum terhadapnya.Umairah balas senyumannya dengan senyuman. Tiba-tiba wajah Wan berubah menjadi makhluk-makhkluk dahsyat yang mukanya penuh dengan luka,calar dan berlumuran darah)

GILATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang