EMPAT

4.6K 327 30
                                    

Aku tak tahu sama ada aku trauma atau cuma terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Fiz tempoh hari. Serius,ceritanya seram sangat sampai aku tak boleh tidur selama seminggu dengan lena.Kenapalah aku biar dia cerita tu masa pertandingan bercerita di Kem Jati Diri tempoh hari?Kenapa mesti cerita benda yang seram, tak boleh ke cerita romantik atau fantasi?

Tapi kalau difikirkan,Fiz memang dah sebati dengan kisah-kisah seram ni. Diri  sendiri pun dah cukup menakutkan apatah lagi cerita macam tu.

Fiz macam tak takut dengan apa-apa pun pasal hantu ni bagai.Dia kata dia pernah jumpa semua tu.Umairah lagi dahsyat,siap bercakap lagi macam kawan manusia biasa.

Ini semua sebab kuasa yang Tuhan berikan pada kita orang.

"Cuti ada lagi seminggu kan?"tanya May.

"Ya tak mungkin sekolah bagi cuti 12 bulan,"ujarku.

"Apa rancangan korang cuti ni?"katanya dengan penuh mencurigakan.

"Kenapa?Kau nak buat apa?"soal Nazri.

"Saja tanya.Aku kan presiden,kenalah ambil tahu akan aktiviti ahli kelab sendiri,"katanya dengan megah.

"Aku nak gi rumah mak cik aku,"kata Umairah.

"Kenapa?Apa yang best kat rumah makcik kau?"soal aku.

"Dia yang jaga aku sepanjang cuti ni. Mak ayah aku outstation.Wan follow je aku,"seram pula aku mendengar nama Wan disebut.Kenapalah hantu Wan ni tak hilang-hilang lagi?

"Kau tak bosan ke borak dengan Wan je?"tanya Nazri.

"Tak sebab dia je yang faham aku.Betul tak Wan?"dia menoleh ke arah kanan di mana tiada orang di sebelahnya.Wan bukan orang tapi hantu.

"Aku nak gi hospital Lembah Klang," ujar Fiz.Kata-katanya mengejutkan kami semua.Tempoh hari dia cerita kat situ ada kisah seram yang berlaku di wad sakit mental dan sekarang dia nak pergi?Gilalah budak ni.

"Siapa yang sakit?"tanya May pula.

"Takde siapa,"ujarnya dengan nada selamba.

"Kenapa pergi hospital kalau takde orang sakit?"soal pula Nazri.Jadi heboh pula topik ni.

"Ingat kan cerita seram yang aku bagitau kat kem?"soalnya kembali.

"Ya,"semua kami menjawab.

"Aku nak siasat pasal kes tu.Aku nak tahu hospital tu berhantu dan aku nak tahu siapa yang bunuh Mak Tiha," katanya.

"Buat apa kau nak cari pembunuh Mak Tiha?Kan takde bukti siapa yang bunuh dia?Kes ni pun polis dah tak uruskan yang kau sibuk kenapa?"marah aku. Semua orang pandang aku dalam-dalam.

"Yang kau risau pasal aku ni dah kenapa?"tanya Fiz dengan kasar.Aku terdiam seketika.

"Firas kan suka kau."

Habislah rahsia dah terbongkar..Ni semua berkat jasa si Nazri tak guna tu. Aku rasa menyesal sebab aku beritahu dia yang aku ada 'crush' kat Fiz.Sekarang May,Umairah dan Fiz sendiri tenung aku dengan pandangan dan ekspresi yang sangat dahsyat.Aku rasa terkilan.Kalau ikutkan hati,masa ni aku nak aje bunuh si Nazri sekarang.

"Kau,Firas Mahdzir bin Khalid ada hati dengan aku,Fiza Radhiah binti Sulaiman?"soalannya membuat aku rasa gugup.

"Ya.."

"Kau sedar tak.."Part yang dahsyat akan berlaku jap lagi.

"..kau bukan taste aku?"okey ni yang kejam sangat ni.May,Umairah dan Nazri gelakkan aku dengan kuat sebab kena reject,depan kawan-kawan aku..

Aku rasa frust yang teramat sekarang ni.

"Please give me a chance Fiz,"ujarku.

"Fiz,Firas taklah teruk sangat.He's okay what?"bela May.

"Muka pun hensem,tinggi dan macam omputeh dah aku tengok,"kata Nazri.

"Kalau korang dua cakap macam tu, koranglah yang couple dengan dia,"kata-kata paling sentap seumur hidup aku.

"Wan kata Firas ni sepadan dengan kau,"kata Umairah pula.

"Itu baru luaran dia.Kita belum nilai dalaman dia,"Gulp!Apa maksudnya ni?

"Maksud kau?"tanya aku.

"Tengoklah diri kau.Penakut,lemah, tak tahu apalah kebolehan yang hebat kau ada.Taraf kau dengan pengemis tak jauh bezalah,Firas Mahdzir bin Khalid," OMG!Semua orang menekup mulut. Aku macam tak sangka gadis yang selama ni aku ada 'crush' ialah gadis yang mempunyai kata-kata yang dalam sungguh maksudnya.

Entah yang ni dah kali keberapa aku patah hati.Aku rasa 'down' sangat.

Semua orang gelakkan nasib aku yang malang ni.Nazri pernah tegur aku,

"Jangan pernah jatuh cinta dengan orang macam Fiz.Dia liar dan gilakan kehidupan dan pada masa yang sama dia mendekati kematian.Gadis ni cuma akan buat kau sakit hati.Dia tak boleh terima benda yang tak sebati dengan dirinya dalam hidup.Contohnya,cinta."

Sekarang siapa yang terima padahnya?

Aku lihat Fiz menoleh ke belakang dan menyandang begnya dan mula beredar.

"Aku sanggup buat apa-apa sahaja untuk kau Fiz!"jeritku.Fiz menoleh ke arah wajahku.Wajahnya jelita walaupun dalam serius.

"Apa sahaja?"soalnya kembali.Aku mengangguk.

"Betul ni?Tak menyesal?"soalnya lagi.

"Yupp.Aku takkan hampakan kau."

"Aku nak.."aku jadi gementar pula.

"..kau ikut aku siasat kes Mak Tiha tu."

Aku tergamam.Rakan-rakan aku pun terkejut.

"Kau dah gila ke?"

"Kau sendiri yang kata yang kau akan buat apa-apa je untuk aku.Ini kira 'date' kita lah,"dia tak sedar ke?Hospital ialah tempat untuk rawat pesakit bukan untuk date.

Banyak lagi tempat-tempat yang cantik pemandangan dah indah tapi dia pilih hospital yang berhantu juga?

"Aku tak kisah,"kenapalah aku bodoh sangat?

"Bagus.Ada siapa-siapa nak ikut?"soal Fiz.

"Ni kan 'date' korang buat apa nak ganggu?"kata Nazri.May dan Umairah angguk.

"Well..you guys have fun!"kata May lalu beredar bersama Umairah dan Nazri.

"Biar aku hantar kau balik,"kataku.Fiz mengangguk.

Nilah masanya aku tunjuk sifat kelelakian aku pada Fiz!

GILAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant