LAPAN BELAS

3.6K 262 12
                                    

Suasana pilu menimpa keadaan dalam kereta buat seketika.Cikgu Kumari ingin menghantar kami pulang jadi kita orang naiklah.

May duduk di sebelah Cikgu Kumari yang sedang memandu. Aku,Nazri dan Fiz duduk di belakang dan pastikan kita orang tak cakap apa-apa tentang Umairah.

Kita orang tak nafikan yang pemergian Umairah memberi kesan kepada kita orang.Tapi yang paling terkesan semestinya May,kawan dia.

Dia cuma memandang ke luar tingkap,barangkali mengenang hari-hari terakhirnya bersama Umairah.Aku tak tahu langsung berapa akrab diorang berdua ni tapi aku tahu yang May rapat sangat dengan Umairah.Dia sayangkan Umairah macam ahli keluarga sendiri.

May sentiasa senyum.Mungkin sebab dia memang selalu gembira dan mungkin sebab emosi dia tak terkawal.Tapi inilah kali pertama aku nampak dia menangis.Dia siap menangis atas bahu aku.Air mata dia meresap ke dalam jiwaku.Aku tahu May tak pernah jangka dia akan kehilangan Umairah secepat ni.

"Teacher,nanti turunkan saya dengan Nazri tau,"kataku.

"Okay,Firas,"balas guru itu.

"May tak apa-apa ke?"tanya Nazri.

"Shhh!"

Cikgu Kumari berhentikan kereta dia di tepi jalan.Aku dan Nazri keluar dari kereta tu.Aku melambai ke arah tiga perempuan dalam kereta itu.

Cikgu Kumari lambai je sebab dia sporting,Fiz biasalah menyampah tengok aku dan May...dia masih sedih.

Kita orang berjalan di tepi jalan tu dengan langkah perlahan.Aku sepak je apa yang ada dalam laluan aku dan Nazri pula tak endahkan aku.

"Aku dengan Fiz dah tahu pasal Umairah,"Nazri mulai bersuara.

"So?"balasku.

"Aku rasa May perlukan masa untuk terima semua ni,"kata Nazri.

"Biarlah dia.Dia dah besar,dia boleh buat apa yang dia nak," kata aku.

"Kau rasa May akan okey?" soalnya lagi.

"Mungkin.Lama-lama dia terima jugak hakikat yang Umairah dah takde,"jawabku.

"Aku takut kalau dia buat benda yang.."

"May takkan buat benda camtu. Aku tahu dia takkan.She is a very positive person,"kataku.

"Hmm..yelah."

Lepastu kita orang jalan je dan berbual pasal hal sekolah dan mengata cikgu tu dan cikgu ni. Sedar tak sedar,kita orang dah sampai rumah.Nazri balik dulu, tinggalkan aku sorang-sorang.

Hujan renyai-renyai mulai turun. Aku tutup kepala aku dengan tangan dan berteduh di perhentian bas yang berdekatan.

Hujan mulai lebat.Aku duduk kat situ dan pandang keadaan lalu lintas.Jalan lenggang dan ada beberapa buah kereta je yang lalu-lalang depan aku ni.Masa tu aku sorang je kat perhentian bas tu.

Lepastu aku perasan ada seorang perempuan duduk kat sebelah aku dengan payung dia yang berwarna hitam tu.Amboi,akak, balik dari majlis pengebumian ke?

Bila aku fikir balik,tak baik pula anggap akak tu camtu.Umairah baru meninggal jadi aku rasa baik aku tak payah mengata sesiapa sekarang.

"Kawan baru meninggal?"

Akak tu pandang aku.Rambutnya berwarna perang kejinggaan.Aku tak faham fesyen orang sekarang ni.Matanya bulat dan hidungnya mancung.Kulitnya cerah,anak mat saleh ke?

"Ha'ah.Macam akak tahu?"Ah, sudah.Akak ni pun ada kuasa macam May ke?

"Akak ni belajar psikologi.Raut wajah adik ni sedih sangat dan pandangan adik jauh melayang memikirkan seseorang.Gaya adik duduk pun macam tak tenang."

Hebatnya akak ni!Lain kali aku nak amik bidang psikologi la tak payah baca fikiran orang macam May.

"Hehe..bukannya kawan rapat pun.Kawan biasa-biasa je," kataku.

"Apa nama adik?"tanya akak tu.

"Nama saya Firas.16 tahun,"ujar aku lagi.

"Ouhh..pelajar tingkatan empat rupanya.Nama akak Fasha,22 tahun,"kata akak tu lagi.

"Kak Fasha keje apa?"soalku.

"Kalau akak cerita akak keje apa, Firas mesti tak percaya."

"Hmm..cerita je,"kataku.Aku pun bosan menunggu hujan ni berhenti.

"Okeylah..Akak ni detektif."

Aku cakap dengan Sherlock Holmes versi perempuan ke?!

"Macam Sherlock Holmes kan?" soalku.Dia angguk.

"Tapi dia detektif yang terkenal dan jauh lebih handal dari akak," katanya dengan rendah diri.

"Akak ni detektif yang macam mana orangnya?"tanya aku.

"Well..akak ada kawan sekerja yang detektif jugak macam akak yang namanya Amran.Kita orang selesaikan kes jenayah dan segala benda bersama.Amran ni genius dan kadang-kadang kerek sikit. Akak pulak pandai bab psikologi dan garang sikit.Amran ada kemahiran mempertahankan diri manakala akak pulak dilatih sebagai penembak,"jelasnya. Ayat last tu buat aku seram.

"Hebatnya.Tak bahaya ke jadi detektif ni?"soalku.

"Amran dulu dah jadi detektif dah lama.Akak pula mula-mula penyiasat persendirian lepastu polis amik akak jadi detektif," katanya.

"Hmm..selesaikan kes jenayah ni susah ke kak?"

"Ada beberapa kes tu rumit dan tak ada petunjuk langsung dan ada kes tu mudah je sebab beberapa faktor.Mungkin saksi tu pembunuhnya,mungkin ada kesan cap jari pada senjata dan mungkin ada kesan tapak kaki sekitar kawasan kejadian.Kita orang berhubung dengan pihak forensik dan bekerjasama selesaikan banyak kes,"katanya panjang lebar.

Aku kagum yang perempuan macam dia ni merupakan detektif yang hebat di mata aku.

"Kes apa yang akak pernah handle?"

"Kes Naina the jazz singer."

Seriously?!Kes Naina si penyanyi jazz yang mati terbunuh ke?Kes ni sangat terkenal sebab tak ada senjata langsung dapat ditemukan dan si mati memegang segelas wain sebelum mati.Dia mati sebab jatuh dari balkoni.Ada yang kata dia bunuh diri selepas dia bercerai dengan suaminya semata-mata orang ketiga.Tapi hakikatnya dia memang dibunuh.

"Lagi?"

Telefonnya berbunyi.Aku tengok keadaan sekeliling dan hujan mulai reda.

"Akak ada keje ni.Seronok dapat berkenalan dengan Firas. Assalamualaikum,"katanya lalu beredar.

"Waalaikumsalam."

Aku pun beredar dari situ apabila teringatkan yang mak bapak aku mesti risau anaknya tak balik-balik lagi.

Kali ini,Melyn dah reka cerita namanya NAINA.Nantikan kemunculan Detektif Amran dan Fasha menyiasat kes NAINA ni yang popular di Lembah Klang.Setakat ni Melyn tak terbitkan lagi,nanti kalau dah terbit tolonglah baca dan vote kalau nak tahu kisah NAINA sebenarnya.Teruskan membaca..

GILAWhere stories live. Discover now