Bab 20

13.9K 327 0
                                    

Air mata menitis daripada setitik kini banyak yang berlinangan di pipinya.  Hati aku tak kuat nak hadapi apa yang telah berlaku sebenarnya.  Walaupun luaran aku nampak ok, tapi hati aku? Siapa yang tahu? Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.
Aku bukannya salahkan sesiap.  Ya…awalnya aku turut menyalah Zahrif tapi lama-kelamaan aku rasa benda yang berlaku ni mungkin ada sebab.  Aku tak salahkan Zahrif.
Tapi Zahrif? Sekarang dia macam nak cari kesalahan aku.  Apa? Dia ingat aku ni kebulur sangat ke nak dekat dia? Daripada aku pilih dia, baik aku pilih Feruzlah! Aku tak hadap pun dengan muka jambu dia tu!
Feruz lagi hensem daripada dia! Sekurang-kurangnya Feruz ni muka matang.  Daripada muka dia? Macam sotong! Aku tengok pun pi balik lah! Aku ingatkan dia akan terima apa yang berlaku tapi sama je macam abah! Huh…menyampah!
“Adrina?” suara lelaki menyapanya.  Adrina pantas mengesat air matanya lalu menoleh ke tepi.
“Feruz? Kau buat apa dekat sini?”
“Amboi…tanya macam taman ni bapak kau yang punya.  Aku datang macam biasalah.  Nak jogging, malaslah nak simpan lemak.  Hah! Yang kau ni menangis dah pehal?” pelik! Datang taman lepas tu menangis.
“Lah…kan aku ni ditakdirkan suka menangis…” ada bunyi perli di situ.
“Kau ni peliklah! Cakaplah dengan aku!”
“Tak payahlah! Kau ni kan best friend si Rimau tu.  Bukannya aku…”
“Lah kau ni.  Apa-apa kan kita nikan classmate? Tak salahkan? Manalah tau si Rimau tu buat salah, aku boleh tegurkan?”
“Tak apalah Feruz.  Ini hal aku kan? By the way, sekolah macam mana?”
“Jom kita duduk dekat warung Mak Biah tu dulu? Aku lapar ais kacanglah…”
“Boleh jugak…” mereka menuju ke warung Mak Biah.  Feruz order dua ais kacang.
So? Macam mana sekolah?” Adrina mengulang kembali soalan yang ditanya tadi.  Naklah tahu jugak sekolah macam mana kan? Masih ada mulut cabul ke?
“Sekolah sekarang ni dah jadi macam neraka tau tak? Semuanya cemuhkan kau dengan Zahrif.  Cuma, kelas kita dan kelas A sahaja yang berprasangka baik dekat kau dan Zahrif.  Aku tak tahu macam mana benda ni boleh tersebar macam tu je.  Aku rasa ada batu apilah dekat sekolah tu.” tapi tak tahu siapa batu api yang sebenarnya.
“Maksud kau ada yang sebarkan cerita? Kejap! Siapa yang tahu cerita kitaorang ni?” mustahil kelas lain tahu.  Kemungkinan besar yang tahu kelas aku je dan jugak cikgu-cikgu.
“Entahlah! Yang tahu kelas kita jelah.  Tak rasa orang lain tahu pasal malam tu.”
“Kecuali Sara?” pandangan Feruz tertancap pada Adrina.
“Sara? Apa kena mengena dengan Sara?” aku tak faham.  Sara?
Yes! Ada malam tu dia text aku dan cakap aku ni rampas laki dia! Dan hari yang dia hantar tu ialah esok lepas aku dah kahwin dengan Zahrif.  Dan berita aku dengan Zahrif tersebar sehari selepas dia text aku.  Kau tak rasa pelik ke?”
Feruz mengusap pipinya.  Mak Biah datang menghantar ais kacang yang dipesan.
“Makwe ke Feruz?” soal Mak Biah sambil tersengih.
“Tak adalah Mak Biah! Bini orang ni!” Adrina mencerlungkan matanya memandang Feruz.  Dia ni!!!
“Mintak maaflah Feruz.” Mak Biah segera beredar.  Feruz cuma ketawa kecil apabila melihat Adrina dengan muka masamnya.
“Entah-entah kau dalangnya Feruz?! Kau yang sebarkan berita aku dengan Zahrif kan?” sengaja Adrina nak kenakan Feruz.  Dia tahu Feruz takkan buat kerja macam tu.
“Eh! Jahatnya mulut kau! Aku jahat macam mana pun aku tak tikam belakang kawan eh!”
“Kalau kau tikam, aku yang sakit kan? Tak adalah.  Aku saja nak kenakan kau tadi.  Well, kau tengok Sara kebelakangan ni macam mana?”
“Aku tengok dia diam.  Moody kadang-kadang.  Entahlah! Segala macam nenek lah ada dekat dia.  Dia tu tak pernah tak tayang muka evil dia tu. Kenapa? Kau syak Sara?”
“Adalah sikit.  Entahlah! Aku malas nak syak sapa-sapa.  Takut jadi fitnah.  Aku tak naklah tanggung dosa besar sebab fitnah je.  Huh…” Adrina melepaskan keluhan.
“Tak apa.  Aku tahu kau tengah berapi sekarang ni kan? Makan ais kacang ni.  Biar kau berasap.”
Adrina ketawa mendengar kata-kata Feruz.  “Kau nak bagi aku berasap dah kenapa?”
“Yelah…kau kan berapi? Bila dah kena simbah dengan benda-benda yang sejuk, berasaplah kan?”
“Gilalah kau ni!”
Zahrif pula memerhati dari jauh.  Nampaknya dia dengan Feruz.  Tak apalah.  Tapi, kalau dengan Naim memang aku tak bolehlah.  Memang masuk terus mulut datuk harimau.
“Kau dengan Zahrif ok?”
“Dah kenapa kau tanya soalan macam ni?”
“Taklah.  Korang tak bergaduh ke? Yelah, kalau tengok dalam drama kan diorang akan gaduh lain macam?”
Eiii! Kau ingat cerita aku ni macam drama? Hello! Aku ni bukannya pelakon nak kena buat macam apa yang diminta pengarah.  Tapi, kalau ‘pengarah’ asli kita ni nak hidup kita macam tu walaupun kita tak nak, nak buat macam mana kan? Kita kenalah jugak hadapi.”
“Baguslah kau Adrina.  Think positive.  Aku tabik arrr dengan kau.”
“Buat macam mana? Aku dengan dia under situation yang tak sengaja.  Kebetulan berada di tempat yang sama.  So, aku tak boleh nak jump conclusion sesuka hati.  Tapi, aku tengok Zahrif nak cari kesalahan aku.  Tadi pun dia baru je buat kesimpulan dekat diri aku ni.  Aku ni nampak jahat sangat ke?”
“Taklah! Tapi adalah sikit.”
“Feruz!!!”
“Ok sorry, sorry.  Aku sengaja je kenakan kau.  Yelah, kau ni ada time jadi evil betul-betul.  Hahaha…tapi kau still is the best.  Kau sabar je dengan apa yang orang cakap.”
“Aku ni malas nak cari gaduh.  Selagi boleh sabar kita sabar jelah kan?” Adrina memandang jam di tangannya.  “Weyh, aku rasa aku nak kena balik.  Dah lambat dah ni.”
“Oklah…kirim salah aku dekat Zahrif.”
“Ok…thanks untuk ais kacang ni.” Feruz cuma angkat thumbs up.  Adrina bingkas bangun lalu pulang ke rumah.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now