Bab 48

11.1K 295 0
                                    

Ralit dia membaca novel sehinggakan dia lupa untuk menyediakan makanan tengahari.  Lupa pada suami yang sedang kelaparan.  Apa yang dia peduli kan bila dah dapat novel?
Zahrif pula hanya memandang bilik Adrina.  Manalah minah ni? Dah pukul 2 ni tapi makanan tak terhidang lagi pun.  Ralit betul dia baca buku.  Aku dah lapar tahap gaban ni!
Ting tong! Loceng rumah berbunyi.  Zahrif memandang ke bawah.  Siapa pulak yang datang ni? Entah-entah Naim tak? Kalau Naim, memang aku bagi dia penyapu kali ni.  Boleh dia buat bini aku macam tu?
Zahrif mencapai penyapu yang berada tidak jauh dari pintu.  Dipegangnya erat dan bersedia untuk membuat serangan.  Kunci dibuka lalu pintu turut dibuka sekali dan batang penyapu sudah sedia nak buat jadi senjata.
Namun, perbuatannya terhenti bila wajah mak dan ayahnya yang berada di depan mata.  Oii! Mak dan ayah! Ya Allah! Nasib baik aku tak katok lagi!
Puan Zuhaira dan Encik Saiful Zahri terkejut bila melihat Zahrif mengangkat penyapu kepada mereka.  Dah kenapa anak aku ni? Sawan ke apa?
“Kamu ni dah kenapa?” soal Puan Zuhaira bila tiba-tiba sahaja anaknya nak katoknya dengan penyapu.  Nasib baik tak kena lagi.
Errr…” Zahrif cuma tersenyum kelakar.  “Tak ada apalah.  Manalah tahu pencuri ke apa kan? Mak dan ayah kenapa datang sini tiba-tiba?”
“Hai…takkan nak jenguk anak pun tak boleh?” ujar Puan Zuhaira seolah-olah memerli.
“Tak adalah mak.  Cuma terkejut dengan kedatangan mak dan ayah tiba-tiba ni…” dia tersengih ala-ala kerang.
Puan Zuhaira memandang sekeliling rumah.  Kemas.  Bersih.  Maknanya anaknya dan juga Adrina rajin jaga kebersihan rumah ni.
“Mana Adrina?” soalan emaknya membuatkan dia mengerutkan dahinya.  Alamak! Macam mana aku boleh lupa? Habislah! Matilah aku kali ni!
“Zahrif! Mak tanya, mana Adrina? Sepi je?” matanya melilau mencari kelibat menantunya.
Errr…ada dekat atas mak.”
“Tak apalah…mak nak pergi jenguk dia kejap…” baru sahaja setapak melangkah, Zahrif sudah menghalang jalan emaknya.
“Biar Zahrif panggilkan eh?” jujurnya aku risau.  Ini buatnya mak tahu yang aku dan Adrina tidur bilik asing, mampus telinga ni kena tadah bebelan tak berasas mak tu.
“Tak apa mak.  Biar Zahrif panggilkan,” dia sedaya upaya cuba menghalang.
Pelik Puan Zuhaira melihat tingkah anaknya.  Dah kenapa gelabah lain macam ni?
“Tak apa Zahrif.  Biar mak pergi panggil!” kali ini suaranya agak tegas lalu menuju ke arah tangga menuju ke bilik Zahrif.
Zahrif pula menepuk dahi.  Mampuslah.
Puan Zuhaira menuju ke bilik tidur Zahrif.  Perlahan-lahan pintu itu diketuk perlahan sambil menyebut nama Adrina.  Tapi, pintu tak terbuka pun.  Puan Zuhaira membuka perlahan daun pintu.  Matanya meliar keliling bilik.  Suasana bilik gelap.  Tak ada orang.
Mana pergi si Adrina ni? Zahrif cakap dia ada.  Tapi ke mana dia pulak? Bilik ni kosong je? Kalau Ina ada, mesti bilik ni tak gelap.
Puan Zuhaira dengan rasa tak puas hati turun kembali ke ruang tamu.  Dia kembali menghadap Zahrif dengan pandangan tak puas hati.
“Mana Adrina?” soalannya membuatkan Zahrif menoleh ke belakang.
“Tak ada ke dekat bilik?” sengaja Zahrif berpura-pura buat tanya.  Puan Zuhaira menggeleng.
Namun, ada sesuatu terlintas di fikiran Puan Zuhaira.  “Apa kamu berdua tidur bilik berasingan?” tebaknya.
Zahrif tersenyap.  Apa yang mak cakap ni memang betul-betul kena batang hidung betullah.
Melihat anaknya senyap membuatkan hatinya bertambah yakin dengan apa yang dirasanya.  Dia kembali ke atas lalu menuju ke bilik sebelah bilik Zahrif.  Zahrif pula mengikut maknya dari belakang.  You’re totally death Zahrif!
Pintu bilik dibuka.  Terbuntang mata Puan Zuhaira melihat keadaan bilik tersebut.  Memang betul tekaan aku.  Baju Adrina semuanya ada di bilik ni.   Macam ni bukannya bilik stor.  Menantu aku ni pulak sibuk baca novel.
Zahrif pula memandang Adrina dengan harapan supaya Adrina sedar yang mak sedang mengaum depan pintu ni.  Please Adrina! Sedar sekarang.
“Zahrif, dahlah tu.  Kau nak apa?” mendengar kata-kata Adrina terus membuatkan Zahrif menepuk dahi.  Adrina! What are you doing?!
“Ina!” suara Puan Zuhaira dah nak dekat tahap beruang mengaum.  Adrina yang mendengarnya terus melemparkan novel ke tepi.  Earphone pun dah tercabut ke mana.
“M…mak?” Adrina pantas bangun lalu menuju ke arah Puan Zuhaira lalu tangan tua itu dicium.
“Bila mak sampai?” suaranya cover.  Terkejut kot tiba-tiba mak mentua tercegat depan pintu.  Yang Zahrif ni pun.  Kenapa tak bagitahu mak nak datang?
“Baru je tadi…” jawab Puan Zuhaira sambil memandang dua-duanya dengan pandangan serupa nak telan.

KELUHAN Puan Zuhaira kedengaran.  Kesal dengan tindakan anak menantunya.  Tak sangka selama ni mereka tidur berasingan.  Ingatkan sebilik.  Maknanya dulu hanya lakonan semata-mata sebab nak kaburkan mata aku?
“Mak tak sangka yang Zahrif dengan Ina akan tipu mak macam ni.  Mak mati-mati ingat Ina dan Zahrif ok dah tau tapi rupanya tidak! Jadi, dulu tu hanya lakonan semata-mata?” soalnya sambil memandang wajah Zahrif dan Adrina silih berganti.
“Mana ada mak.  Bilik tu memang bilik Adrina tapi tu bilik sementara sahaja.  Dekat bilik tu Adrina suka lepak sambil baca novel…” Zahrif cuba cover line.  Kalau tak cover line, kecil hati mak nanti.
“Kamu tak payah nak cover lah Zahrif.  Mak kenal kalau bilik tu hanya menjadi bilik untuk itu atau apa.  Tapi, tadi mak tengok segala barang keperluan Ina memang ada dalam bilik tu.  Apa yang mak perasan lagi ialah barang Ina langsung tak ada dalam bilik kamu!” Puan Zuhaira menghempaskan punggungnya di atas sofa.
Adrina memandang tajam ke arah Zahrif lalu bahunya merempuh bahu Zahrif.  Zahrif pula memandang Adrina dengan pandangan apa.  Kau punya pasallah ni! Kalau kau bagitahu aku awal-awal, mungkin kita tak kantoi tahu tak?! Adrina menjeling tajam ke arah Zahrif.
Amboi! Kau nak salahkan aku pulak? Hey! Aku pun tak tahu tau yang mak dan ayah nak datang! Tadi nasib baik aku tak ketuk mak dengan ayah guna penyapu tau! Kalau tak, memang aku kena penerajang dengan ayah agaknya.  Zahrif turut menjeling tajam ke arah Adrina.
“Hah! Tu apa pulak jeling-jeling! Dah! Jangan nak salahkan kau-aku pulak.  Sekarang ni, mak nak Ina kemas barang Ina dan masukkan ke dalam bilik Zahrif.  Malam ni mak nak tidur rumah kamu.  Mak nak tengok progress kamu berdua!”
Zahrif dan Adrina membuntangkan mata.  Alamak! Mak nak tidur sini.  Sama-sama menelan air liur yang terasa pahit.  Memang masaklah macam ni.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now