Bab 70

15.1K 288 0
                                    

Adrina mengurungkan dirinya dalam bilik selepas dirinya dibenarkan pulang ke rumah memandangkan keadaannya sudah pulih sepenuhnya.  Kau ingat aku nak hadap muka dia? Memang taklah!
Zahrif mengahmpiri bilik Adrina lalu pintu bilik diketuk.  Tiada sahutan.  Zahrif mengeluh.  Takkan dia tak nak makan kot?
“Macam mana Zahrif? Dia tak bukak pintu?” soal Puan Zuhaira sambil memandang anaknya yang masih menatang dulang berisi nasi kosong dan sup ayam.
“Tak bukak mak…agaknya dia masih marahkan Zahrif?” dia mengeluh kecil.  Buntu macam mana nak pujuk Adrina.
“Tak apalah.  Biar mak pujukkan ye? Zahrif ada kunci pendua?” Zahrif mengangguk.  Dulang diserahkan kepada maknya lalu dia menuju ke biliknya.  Kunci pendua diambil dalam laci.
Dia melangkah kembali ke arah maknya lalu kunci pintu dibuka.  Pintu dibuka untuk maknya.  Puan Zuhaira masuk ke dalam bilik Adrina lalu menutup pintu.
Telefon Zahrif berbunyi.  Poket seluarnya diseluk lalu menarik keluar telefonnya.  Nama pemanggil dilihat.  Ibu.
“Assalamualaikum ibu…”
“Alhamdulillah ibu.  Ina sihat je.  Ini pun dia baru nak makan.  Kenapa ibu?”
“Oh…datang jelah ibu.  Takkanlah ibu dengan abah tak boleh datang pulak kan? Datang je.”
“Yelah ibu.  Waalaikumussalam…” Zahrif menyimpan telefonnya ke dalam poket kembali.
“Siapa call tu?” soal Encik Saiful Zahri.
“Ibu Adrina call.  Dia cakap dia nak datang jenguk Adrina kejap lagi.”
“Oh…baguslah tu.  Ayah cuma nak tanya, kamu ni ok ke? Tengok risau, resah semacam je? Ada masalah ke?” dari tadi dia hanya perhatikan gerak-geri anaknya.
“Tak ada apalah ayah.  Cuma, rasa bersalah dengan Adrina dengan apa yang terjadi.  Semuanya salah Zahrif…”
“Dahlah tu.  Apa yang jadi bukannya salah kamu pun.  Benda dah nak jadi kan?”
“Yelah ayah tapi bagi Adrina semuanya salah Zahrif.  Tak pasal-pasal anak kita orang…”
“Dah! Jangan difikirkan.  Tak ada salah sesiapa di sini.  Dah takdir Adrina kemalangan dan anak kamu berdua hanya datang sekejap sahaja di dunia.”
Zahrif cuma senyum senget.  Itupun tak ikhlas.  Mana mungkin dia dapat buang kekesalan yang masih berbekas di hatinya.  Kerana dirinya juga Adrina sampai sekarang masih murung.

PUAN Zuhaira menyuakan sudu ke mulut Adrina.  Dari tadi Adrina hanya mendiamkan diri.  Nak bercakap pun tak nak.  Makan lagilah dia tak nak.  Duduk lepas tu tengok je tilam.
“Ina…makan sikit ye? Kalau Ina jatuh sakit, ibu, mak, ayah, abah risau! Makan sikit ye?”
Adrina mendiamkan dirinya.  Hanya buat bodoh dengan kata-kata Puan Zuhaira.  Dia cuma melayan perasaannya.
Puan Zuhaira meletakkan pinggan nasi di meja kecil yang berada di tepi kepala katil.  Dia kembali memandang wajah menantunya yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.
Tangan Adrina dipegang lalu digenggam.  “Ina…mak tahu apa yang kamu rasakan sekarang ni.  Mak tahu perasaan Ina sebagai seorang yang bakal menjadi seorang ibu tapi dalam situasi ni Ina kena terima seadanya.”
Tak semena-mena, air mata Adrina mengalir turun dengan lebat.  Esakannya mula kedengaran.
Puan Zuhaira terus menarik Adrina ke dalam dakapannya.  Belakang Adrina diusapnya perlahan.  Makin kuat esakan Adrina dibuatnya.
Syhhh…dahlah tu Ina.  Biarkan yang lepas tu dah lepas.  Apa yang mak mintak janganlah macam ni.  Ina kena terima kenyataan.”
“Mak! Zahrif punca anak Ina mati!” akhirnya dia bersuara.
“Ina…memang Zahrif yang tertolak Ina tapi itu semua tak semestinya Zahrif punya salah.  Ina kena fikir logik jugak nak…”
Adrina melepaskan pelukannya.  “Mak cakap macam ni sebab Zahrif tu anak mak kan?”
“Tak Ina.  Mak bukan cakap pasal Zahrif tu anak mak ke apa tapi Zahrif tertolak Ina.  Ina, jangan jadi macam ni?” Puan Zuhaira tetap memujuk.
“Dahlah mak.  Cakap jelah semua ni salah Ina kan mak? Ina tak pandai jaga cucu mak kan?”
“Ina…mak bukan salahkan Ina.  Tak.  Tak ada sapa pun yang bersalah di sini.  Ina jaga cucu mak dengan baik dah tapi nak buat macam mana? Anak Ina hanya singgah sekejap sahaja di rahim Ina.  Kehilangan anak pertama Ina bukan bermakna Ina takkan dapat anak lagi…”
Adrina mengesat air matanya.  “Dahlah mak.  Ina malas nak cakap pasal ni.  Ina nak tidur.”
“Ina…sebelum Ina tidur, Ina makan sikit ya?”
“Nantilah…”
“Ina…kalau Ina tak sayangkan diri Ina tapi sekurang-kurangnya kesianlah dekat mak ya? Penat tau mak masak khas untuk Ina ni…”
Mendengarkan kata-kata Puan Zuhaira membuatkan hati Adrina sedikit tersentuh.  Dia kembali bangun dari pembaringannya.
“Ok…Ina makan ya?”
Puan Zuhaira menarik senyuman.  Pinggan nasi diambil lalu dicedok nasi dan disuakan ke mulut Adrina.
Adrina makan nasi yang disupa oleh Puan Adrina.  Melihat wajah Puan Zuhaira yang gembira membuatkan hati Adrina tenang.
Tok! Tok! Tok! pintu bilik Adrina diketuk.  Dua-duanya melihat ke arah pintu.  Pintu bilik dibuka perlahan.  Puan Salihah melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.
“Ibu!” Adrina pantas memeluk tubuh ibunya.  “Rindunya dekat ibu!”
“Ibu pun rindukan dekat Ina,” Puan Salihah mencium pipi anaknya.  “Mintak maaflah Zu.  Mesti si Ina ni buat hal kan?”
“Tak ada apalah Liha.  Saya jaga dia macam saya jaga anak saya yang dah meninggal dulu.  Perangai pun lebih kurang macam dia nilah.” Puan Zuhaira menguntumkan senyuman kepada Puan Salihah dan Adrina.
“Terima kasihlah Zu.  Kalau Zu tak ada, tak tahulah saya nak harapkan kepada sesiapa.  Lagipun, jarak rumah saya dan rumah mereka ni agak jauh jugak.  Sebab tulah lambat sikit nak sampai.”
“Tak apalah Liha.  Ina ni pun anak saya jugak…” tak kisah pun kalau dia kena jaga Ina ni.  Sekurang-kurangnya terubat jugak rindu dia pada Farah.  Anaknya yang telah meninggal dunia hampir 3 tahun.
Farah pun perangai macam Adrina juga.  Ketegaq ni memang tak boleh nak kata apa.  Kalau itu yang dia kata, itulah jawapan dia sampai bila-bila.  Memang tak boleh nak paksa.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now