Bab 37

11.2K 301 1
                                    

Tubuh Adrina ditolak kuat masuk ke dalam bilik.  Zahrif mengunci pintu biliknya.  Tak ada siapa yang boleh masuk.
Dia memandang Adrina tajam.  Kenapa orang suka busy body sangat nak tahu cerita aku hah?! Aku tak suka cerita aku dibuka!
“Kau sibuk sangat nak tahu cerita aku kenapa?!” marah Zahrif.  Mukanya habis dah merah.  Telinga pun naik sekali merah.
Adrina menyeka air matanya.  “Kenapa?! Kau takut?! Kau ingat aku ni polis ke yang kau nak takut sangat?!”
Zahrif menggenggam bahu Adrina kuat membuatkan Adrina mengaduh sakit.  Ke Zahrif ni seorang pendera?
“Ke kau ni kaki pukul?!” ayat itu membuatkan Zahrif menolak kuat Adrina hingga Adrina terlanggar dinding dan kepalanya sedikit terhantuk pada dinding tersebut.
Berpinar kepala Adrina dibuatnya.  Zahrif meraupkan wajahnya.  Kusut.  Adrina memegang kepalanya.  Baru sahaj pagi tadi Zahrif melegakan kesakitan kepalanya tapi Zahrif jugalah yang kembalikan kesakitan kepalanya.
Aku tak sangka Zahrif akan bertindak segila ini.  Kenapa Zahrif jadi macam ni? Ini semua berpunca dengan Naim ke?  Aku rasa aku dah tak kenal Zahrif yang seorang pemalu tapi kini Zahrif seorang pemukul.
“Aku tak nak kau tanya apa-apa lagi pasal aku! Bukan dekat along!” dia memerhati Adrina tajam.
“Salah ke kalau aku nak tahu?! I’m your wife dan aku berhak tahu apa yang bermain di kepala kau sekarang!” Adrina melawan.  Aku nak tahu apa yang dah jadi pada Zahrif.
“Aku cakap tak payah tak payahlah! Kenapa kau degil sangat hah?!” pipi Adrina dipegang kejap.  Mungkin akan meninggalkan kesan merah.
“Jadi, inilah Zahrif yang sebenarnya?! Seorang kaki ugut dan jugak kaki pukul?!”
“Aku cakap jangan sebut!” tangannya naik ingin memukul wajah Adrina.
“Apa?! Nak tampar aku?! Tamparlah! Aku tak hairan dengan pukulan kau tu!” Adrina menolak badan Zahrif jauh daripadanya.
“Kau ni memang cari nahas dengan aku kan?! Yang kau nak sibuk hal aku kenapa?! Kau jangan sampai aku buat diluar jangkaan aku yang mungkin akan buat kau menyesal seumur hidup kau!”
Kata-kata Zahrif dipandang dengan sepi.  “Kau nak buat apa?! Kau buat! Kau buat! Dah memang kau ni jenis kaki…” tubuhnya ditarik kuat lalu dicampakkan ke atas katil.
Kepala Adrina terhantuk di tiang besi.  Allahuakhbar! Kedua-dua tangan digenggam kuat oleh Zahrif.  Dia tak mampu bergerak.
“Kau nak tahu sangat aku boleh buat?! Aku boleh ragut kau punya kesucian bila-bila! Dah kau cabar aku kan?! Kau jangan menyesal!”
“Aku tak nak!!!” Adrina berusaha untuk melepaskan diri.  Ini bukan Zahrif yang dia kenal.  Zahrif yang sekarang ini ialah Zahrif yang gila.
Bibirnya menjadi mangsa bibir Zahrif.  Air matanya tak berhenti mengalir.  Adrina tercungap-cungap apabila bibirnya dicium lama.  Baru sahaja dapat nafas, bibirnya dipagut kembali.
Dengan kudratnya yang masih bersisa, dengan sepenuh tenaganya dia menolak kuat badan Zahrif menyebabkan Zahrif terjatuh katil.  Adrina bingkas bangun dari katil dan menghampiri pintu.  Baru sahaja timbol pintu hendak dipulas, dirinya ditarik semula.
Kaki Adrina pantas sahaja memijak kaki Zahrif membuatkan Zahrif terlepas Adrina.  Adrina mengambil peluang untuk melarikan diri.  Sampai dibawah, Encik Saiful Zahri bertanya kenapa namun Adrina pantas menyarung selipar dan lari keluar.
Azfar pula hanya memerhati apabila melihat Adrina menangis.  Apa yang Zahrif dah buat? Zahrif naik tangan dekat Adrina ke?
Adrina berlari keluar dari rumah hendak menuju ke taman depan tersebut.  Dengan air mata yang masih berlinangan, kakinya masih lari menuju ke taman.  Aku takut dengan Zahrif.  Ya Allah…kenapa hidup aku jadi macam ni?
Lari punya lari sehingga dia terlanggar tubuh seseorang.  Dua-duanya terjelupuk jatuh.  Adrina meringis kesakitan.  Tangannya terseret sedikit di tar jalan.  Lelaki tersebut sudah bangun.
“Adrina?” tegur lelaki tersebut.  Adrina memandang lelaki tersebut.  Naim?
Adrina ingin melangkah pergi namun dirinya dihalang.  “Hello sweetheart.  Kenapa ni menangis?” tangan Naim ingin memegang tangannya namun pantas Adrina mengelak.
“Kau nak apa?!” jerit Adrina.
“Aku nak berkenalan dengan isteri Zahrif ni…”
“Gila!” Adrina berjalan pergi namun tubuhnya ditarik hingga badannya melekap pada badan Naim.
“Kau nak apa gila?! Lepaskan akulah!” tadi Zahrif, ini Naim pulak?!
“Aku pun nak rasa apa yang Zahrif dah rasa dekat kau…”
Tanpa berfikir panjang, bahagian sensitif Naim disepak dan dia meloloskan diri.  Senak Naim? Padan muka!
“Kurang ajar kau!” senak aku dibuatnya. 
Wooo…kenapa ni?” untung Adrina bila terjumpa dengan Feruz.  Aku rasa macam nak peluk je si Feruz ni.
Bila nampak je wajah Feruz, tangisannya tak dapat dibendung lagi.  Seolah-olah Feruz ni penyelesai masalah untuknya.
“Kau kenapa ni Adrina? Teruk gila kau menangis ni? Tak pernah tau kau menangis teruk macam ni.”
“Z…Zahrif…” terketar-ketar Adrina menyebut nama Zahrif.
“Apa Zahrif dah buat dekat kau?” Feruz menilik badan Zahrif.  Tak kisahlah dia ni bini orang ke apa.
“Dia…d…dia gila!” tubuhnya menggeletar.
“Zahrif naik tangan dekat kau?” soal Feruz.  Zahrif ni dah melampau!
“Hampir…”
Feruz menggigit bibirnya.  Zahrif ni pun! Langsung tak boleh nak kawal perasaan dia tu.
“Cuba kau cerita dekat aku, macam mana boleh jadi macam ni? Kita duduk di situ dulu eh?” jari Feruz tunjuk ke arah kerusi taman.  Adrina cuma mengangguk. 
Selepas duduk di kerusi, Feruz menoleh menghadap Adrina yang sedang menangis.  Kalau sampai macam ni sekali Adrina menangis, mesti Zahrif ni dah menakutkan Adrina dengan perbuatan dia tu.
“Sekarang ni, kau cerita dekat aku.  Insha-Allah, aku akan tolong kau.  Zahrif tu memang dah lama tak makan kaki.” Feruz cuba memujuk Adrina.
Adrina menyeka air matanya yang bersisa di pipinya.  Dia memandang Feruz.

Sungguh Aku MencintaimuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora