02

5.3K 988 246
                                    

Keesokkan harinya.

Aku mengatur langkah kebilik pejabat aku. Kelihatan Mrs Min dah terpacak depan bilik pejabat ku membuatkan aku rasa berdebar.

Aku ada buat salah ke?

Aku ada tangkap gambar yang tak puaskan hati dia ka?

Aku ada buat dia marah ke?

Pejabat aku bersepah ke?

Tak, aku yakin tak. Sejak semenjak ni aku baik je dengan sesiapa. Takkan lah dia nak marah aku tanpa kesalahan kan?
Aku akhirnya tiba dihadapan pinti bilik pejabat ku. Mrs Min memandang aku lalu memberikan aku senyuman manisnya.

"Selamat pagi, Mrs Min." Kata aku. Mrs Min mengangguk.

"Leera, saya ada berita baik untuk kamu" kata Mrs Min.

Wajahku mengukirkan senyuman. "Berita baik?" Soalku sambil tersengih.

"Ya, harini.. saya akan suruh kamu menangkap gambar untuk photoshoot anak saya, Min Yoongi." Kata Mrs Min. Aku terdiam. Jap, Mrs Min dah ada anak ke?

"Min Yoongi?" Soal aku. Entah kenapa, nama dia macam familiar denganㅡ

Jap, Min yoongi?! SUGA?!

Mata aku membulat. Tapi, Takkan lah dia.

Mungkin orang lain agaknya. Tapi nama je sama. Kan?

Aku lega buat seketika. kalau bebetul yoongi dari group fav aku tu, memang pengsan lah aku jawabnya.

"Erh, Leera? Kamu dengar tak apa yang saya cakap ni?" Soal Mrs Min lalu memetik jarinya depan mata aku. Aku tersedar dari lamunan aku lalu dengan pantas menggeleng.

"M-mianhae, Mrs. Saya mengelamun tadi hehe.." aku menggaru kepala aku yang tak gatal itu. Mrs Min menggeleng kepalanya dengan telatah aku.

"Yoongi-ah, masuk lah" arah Mrs Min dengan bersahaja.

Hati aku berdebar-debar. Kenapa lak aku gementar tak semena-mena ni?

Dup.

"Nae," kedengaran suara garau dari sebalik pintu masuk ke pejabat aku.

Dap.

Tombol pintu bilik pejabat aku dipulas oleh seseorang dari luar.

Dup.

Kelihatan pintu pejabat aku dikuak.

Dap.

Ada satu tubuh yang kelihatan tinggi beberapa cm daripada aku. Rambutnya hitam berkilat. Dan dia juga memakai semua pakaiannya berwarna hitam.

Dan dia menoleh kearah aku.

Mata aku dengan yoongi itu bertembung. Tetiba aku terlupa macam mana nak bernafas dan rasa penafasan aku macam tersekat

Tu memang yoongi, Min Yoongi, bias nombor satu aku.

Dan segalanya gelap selepas itu.

|~|~|~|

"Leera?" Mata aku perlahan-lahan terbuka.

Aku pandang sekeliling. "Aku kat mana ni?" Soal aku. Aku pandang sekeliling aku dan mendapati semuanya putih dan bosan.

"Kau dekat hospital lah.. kau pengsan dekat tempat kerja kau tadi." Eunsil mengusap kepala aku.

"Aku pengsan?" Soal aku. Aku mengerutkan dahiku untuk cuba mengingati kenapa aku pengsan.

know.Where stories live. Discover now