20

3.7K 760 317
                                    

"GET OUT OF MY WAY!"

"KERJA NI HODOH LAH!"

"TAK RETI TULIS KE APA?"

"KAU PAKAI BAJU MACAM KAIN KAFAN PERGI KEJE KAN? KETAT SANA SINI?"

angin panas aku yang dulu mula datang. Aku jerit sebab marahkan orang hampir satu banggunan office dengar. Tapi, aku sikit pun tak kesah sebab ini adelah diri aku yang sebenar.

Aku duduk di meja pejabat aku. Rambutku diramaskan. Aku dah hancurkan semuanya. Patutnya aku kena bertenang, bukan macam ni caranya.

Tetiba, pintu pejabat aku dibuka. Aku terus memandang kearah pintu pejabat itu.

"Yoongi.."

"Leera, kau moody lagi ke?" Yoongi dengan series menyoal aku. Aku hanya terdiam lalu perlahan-lahan mengangguk. Yoongi menghelakan keluhan yang berat padaku.

Dia meluru kearah aku lalu duduk dihadapan meja pejabat aku. Aku sudah menekup wajah aku dengan kedua tapak tangan aku sebab stress.

"Leera, jangan jadi cemni. Cube bawak bertenang then cakap dekat aku apa sebenarnya terjadi. Aku akan tolong kalau boleh" kata Yoongi dengan suara yang lembut dan perlahan. Aku yakin dia berbisik pada aku sekarang.

Bila dengar suara Yoongi tu, aku terasa nak menangis. Nangis dengan teruk. Masalah ni takde sapa boleh bantu. Takde sapa boleh betulkan balik.

Sebab, baru sekarang aku tahu yang aku cintakan Hoseok.

Perasaan aku mula bercelaru bila aku dapat tahu yang dia dengan Aekyung menjalinkan hubungan. Dan ia bertambah perit apabila aku mengingatkan dia.

Aku tahu Hoseok tak sukakan aku, malah aku rasa dia lebih bencikan aku selepas apa yang aku buat dekat dia. Like, bahan dia or what. Tapi semua yang aku buat tu hanya gurauan. Aku tak tahu yang dia sensetif.

Apa yang ada dekat Aekyung sampaikan dia terpikat ? Aku teringin nak tahu. Aku nak menang hati dia. Tapi, aku gagal.

Dia buat aku sama macam ex aku yang dulu.

Lepas buat aku taruhkan harapan tinggi pada dia untuk cinta aku, akhirnya dia jugak pergi meninggalkan aku seorang diri dan hanya tangisan je yang akan temankan aku.

Aku taknak perkara ni berterusan.

Dan, aku menangis dihadapan Yoongi. Habis celak aku cair. Aku menangis bukan setitis dua titis lagi dah macam dalam drama. Tapi, aku menangis dah macam hujan lebat dah skang ni.

Yoongi memandang aku sampai tak berkelip. Dari sudut pandangan nya, aku paham dia kesiankan aku.

Lalu, dia bangun daripada kerusi dihadapan aku lalu meluru kesebelah aku. Tangannya didepakan pada aku untuk aku memeluk dia.

Dan , aku peluk dia.

Aku tak kesah sapa nak nampak or sesiapa nak cakap. Tapi, sekarang ni memang aku perlukan sebuah pelukkan.

Yoongi mengusap rambutku selembut-lembutnya. Bagi aku, ni lah kali pertama Yoongi buat macam ni pada aku. Sebelum ni, dia hanya being lelaki yang happy go lucky. Tapi kalini, dia memang series nak bantu aku.

"Jangan menangis, Leera." Suaranya itu makin deep bila aku dengar dedekat.

---

"Hoseok" yoongi memanggil Hoseok dengan suara yang mendatar dan tegas. Hoseok yang sedang mengemas meja dalam restoran itu terkejut dengan panggilan yang Yoongi panggil dia.

Selalunya, Yoongi akan panggil dia dengan panggilan 'hobi' macam yang lain. Kecuali kalau ianya perkara penting atau series. Baru dia panggil nama 'hoseok'.

So, penting lah ni kan?

Dia meluru kearah Yoongi. Mukanya jelas memaparkan wajah yang pelik dan keliru.

"Ya hyung?" Katanya. Yoongi merenung dia buat seketika dengan pandangan yang redup sebelum dia memulakan percakapannya lagi. " jom bincang tentang Leera." Lalu, hoseok terus memaparkan riak muka yang bosan.

"Kenapa dengan dia? Aku ingatkan dah tamat hubungan 'kawan' aku dengan dia." Kata Hoseok. Dia sempat lagi menrollkan eyesnya pada pernyataan kawan tu.

"Ni series, Hoseok." Hoseok terkejut bila dengar suara Yoongi yang tegas itu. "Jangan memain." Sambung yoongi lagi membuatkan Hoseok hanya mengangguk.

"Apa dia?"

"Leera, aku rasa kau kena lah layan dia sikit." Kata nya membuatkan Hoseok mengeluh sekuat yang mungkin.

"Dia kata, dia dah taknak ade masalah dengan aku." Hoseok mengalihkan pandangannya ketempat lain. Wajahnya kelihatan tegang macam dia marahkan leera sesangat atas satu benda.

"Kenapa kau nak benci sangat dekat Leera? Apa dia buat kat kau sampai kau jadi teruk pada dia?" Yoongi menyoal Hoseok. dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan Hoseok dan Leera. Dan Yoongi jugak rasa hubungan Hoseok dan Aekyung tercetus disebabkan leera.

Well, dia hanya rasa je. Tak tahu samada betul ataupun tidak.

"Aku.. aku tak benci dia." Hoseok bersuara dengan nada yang biasa. Dia menunduk dan wajahnya macam menunjukkan dia ada sesuatu yang perlu diluahkan.

Yoongi memegang bahu Hoseok. Wajah Hoseok perlahan-lahan diangkat dan memandang Yoongi. Yoongi hanya tersenyum pada kawannya itu. "Kau boleh bagitahu aku segalanya, Hoseok. Aku disini akan tolong kau." Kata Yoongi.

Hoseok terasa tenang dengan kata-kata Yoongi itu. Tetapi dia rasa ragu-ragu untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya itu pada Yoongi.

"Sebenarnya,"

---

Aku memegang fail yang banyak tu. Aku rasa lebih dari lima Fail yang aku pegang sekarang ni. Aku berjalan sambil terhuyung hayang kerana ia tak stabil.

"Banyak nye." Keluh aku perlahan. Orang ramai yang berjalan disekeliling aku bukannya nak tawarkan bantuan tuk aku. Hm, typical orang zaman skang. Tak yah citelah.

Selepas yoongi tenangkan aku dekat office tadi, aku rasa tenang. Aku rasa beban aku lebih ringan lepas menangis didada yoongi.

Betullah apa orang kata, kalau kau ada masalah, kau kena luahkan pada sesiapa yang kau percaya. Luahkan semuanya. Dan selepas tu, kau akan rasa tenang. Ianya memang betul.

Jam dah menunjukkan pukul 9:56 malam dan aku masih lagi belum pulang kerumah. Aku tak rasa nak pulang kerumah sebab kerja aku banyak. Assignment sana sini, and plus, aku kena ambil photograph bertemakan kebiruan. So, kena banyak guna otak.

Setelah siap semuanya, aku mengemas peralatan aku. Kamera aku dibawa masuk ke bag yang khas untuk camera.

Aku menutup lampu dalam pejabat aku lalu berlalu pergi.

Suasana dalam pejabat itu amatlah sunyi. Aku dapat nampak seluruh ruang pejabat tu kosong.

Aku dah biasa dengan suasana macam ni. Setiap bulan aku akan balik daripada pejabat lambat dalam tiga atau lima kali.

Aku menghela nafas lega apabila hari ini akan berakhir jugak. Tak sabar aku nak balik and kawin dengan katil aku tu.

Aku melangkah keluar daripada bangunan office itu. Angin sejuk menyapa wajah aku menyebabkan rambutku manari perlahan.

"Leera,"

Aku tertoleh lalu mataku bertembung dengan empunya suara itu.

"Taehyung-ah..?"

---

Taehyung maybe akan jadi rival dengan hoseok hmm?

know.Where stories live. Discover now