31

3.9K 711 230
                                    

"Hoseok-ah?"

lidah aku kelu. Hoseok sedang tersenyum pada aku.

Aku tak tahu apa nak cakap. Aku terharu, gembira, dan memacam lagi. Aku-- aku tak dapat ungkapkan perasaan aku dengan kata-kata.

Hoseok memutuskan taliannya tanpa pandangan nya tak putus daripada melihat aku.

"Nampaknya, perempuan yang aku cinta ni terkaku je bile aku luahkan perasaan aku pada dia." Kata Hoseok membuatkan senyuman aku lagi melebar.

"Aku tak tahu samada tu jawapan ye atau tak.." hoseok pura-pura mencebik.

"Aku--aku pun cintakan kau Hoseok, hiks" Aku tergelak dan air mata aku mengalir lagi. Sekali.

"Hoseok, aku benci kau. Kau buat aku nangis lagi." Aku mengesat air mata aku lalu menekupnya. hoseok memegang kedua bahuku.

"Yah, jangan lah nangis.." hoseok menyeka rambut aku yang hampir menutup wajahku itu.

"Kau lah punya pasal" aku menepuk lengannya beberapa kali. Hoseok mengaduh sakit.

"Auch! Yah, sakitlah!" kata Hoseok membuatkan aku gelak lalu terus memeluknya. Aku memeluknya erat macam aku taknak lepaskan dia.. selamanya.

"Aku ingatkan kau takkan pernah balas cinta aku, seok-ah" hoseok membalas pelukkan aku lalu tersenyum.

"Aku tak sejahat tu." Jawabnya membuatkan diri aku 100% better daripada yang sekarang.

Dan kitorang stay je dalam pelukkan.

---

"So, hyung.. you are official?!"

Jimin menjerit keriangan. Dia berfanboy pulak dekat dalam restoran kepunyaan Jin tu. Yang lain hanya tergelak dengan kelakuan Jimin tu.

"Omg hyung! Aku tak sangka-- aku-- aku-- aghh!" Jimin dengan dramatic nya memegang dadanya.

Yoongi disebelahnya hanya menrollkan eyesnya. Malas nak layan kawannya yang perangai mengalahkan beruk ni.

"Lek weh lek, kumpulkan hormon gentleman kau tu balik sebab aku tengok semua hormon kau dah lari bertempiaran skang." Jimin terdiam lalu menepuk lengan yoongi.

"Bapuk"

"Aish! Kenapa semua orang cakap aku bapuk? Aku swag lah!" Hoseok dan yang lain mula gelak.

Tetapi, hanya seorang sahaja yang tidak gelak.

Ya, ianya Taehyung.

Dia hanya duduk di antara Namjoon dengan Jungkook tanpa berkata apa-apa. Sebenarnya, dia memang ada perasaan pada Leera lagi, tetapi dia rasa semuanya dah terlambat.

Hoseok dapat merampas perempuan yang dicintainya daripada dia sendiri.

Taehyung mengeluh berat kerana penat bermasam muka dari tadi. Dia ingatkan yang lain akan perasan kenapa dia diam and tak macam dulu.. Namun, yang lain macam tak kesah.

Dia mula rasa annoying.

Dengan perasaan yang marah dan jelez, dia bangun daripada tempat duduknya. Langkah berat diaturkan pada dapur restoran.

Tombol pintu bilik air dipulas lalu, dia masuk kedalam bilik air tu. Baru sahaja dia nak menutup pintu bilik air tu, ada seseorang menahan kaki pada pintu air tu.

know.Where stories live. Discover now