19

3.5K 747 272
                                    

"Cakap dekat aku, apa kau cakap dekat Aekyung."

Aku pandang Hoseok tanpa berkedip. Kenapa dengan dia ni? Ajak aku bercakap, tapi tetiba nak marah aku. Aku cakap apa je dekat Aekyung sampai dia kesah?

"Cakap apa?"

Hoseok tersengih. "Kau tak payah nak bebuat tak tahu lah."

Muka aku memaparkan riak wajah yang blur. "Serieslah, cakap apa?" Hoseok mengeluh.

"Kau maki dia kan?"

Mataku membulat apabila mendengar kata-kata Hoseok tu. Aku pantas menggeleng.

"Aku tak maki apa pun dekat Aekyung." Hoseok memandang aku dengan pandangan tajamnya.

"Funny. Dia cakap dekat aku and yoongi yang kau maki dia" aku tersengih.

"Sumpah, weyh. Sejahat-jahat aku pun, aku tak pernah maki orang tanpa 'sebab' kau ingat aku ni jenis manusia yang kurang ajar ke?" Tebak aku. Hoseok meramas rambutnya dengan kasar.

"Boleh tak kau just mengaku je? Aku penat lah nak bertekak dengan kau."

"Ha, kau yang mulakannya Hoseok." Aku memeluk tubuh aku.

Hoseok hendak membuka mulutnya untuk berkata lagi, tapi aku pantas memintas dia.

"Dengar Hoseok, aku skang nak berubah dan sekarang aku dah taknak bermasalah dengan kau. So, please lah. Masalah yang lepas tu kau tolong lupakan. Aku malas nak bawak kesini balik hal tu sebab ianya akan lebih menjarakkan hubungan kita." Aku memandang Hoseok dengan pandangan yang kesian dan meminta simpati.

Aku tahu ni bukan macam diri aku, tapi kerana ini untuk kebaikkan hoseok dan yang lain, aku akan buat.

Hoseok memaparkan senyuman sinisnya padaku. "Aku tak kesah hubungan aku dan kau jarak sejauh negara malaysia ke Korea pun, aku tetap takkan nak berbaik dengan kau kalau kau tak layan Aekyung sebaik-baiknya." Aku tersentak dengan kata-kata Hoseok.

Aku pelik.

Kenapa semua orang nak backup Aekyung sampai macam ni sekali? Kenapa orang tuduh aku maki Aekyung?

Aku tak sejahat tu.

Aku menunduk lalu menghela nafas yang panjang dan berat.

"Fine. Tapi, tolong lah.. aku taknak hubungan kita semua semakin berjauhan." Aku memandang Hoseok.

Hoseok menrollkan eyesnya lalu mengangguk. "Kalau kau cuba"
Lalu berlalu pergi.

Aku mengeluh. Sekurang-kurangnya, hubungan aku dan hoseok masih okay lagi.

Aku rasa?..

---

"Morning korang!"

"Morning newbies!"

"Morning Encik Baek!"

"Morning DUNIA!!" Aku hampir menjerit didalam office itu menyebabkan ramai orang memandang aku dengan pelik.

Aku hanya mengendah kan ia. Yang penting, harini adelah hari yang aku akan mulakan hidup baru aku sebagai diri baru aku.

Dah beberapa hari aku tak jumpa Hoseok. Dia pun tak jumpa aku.

Aku rasa ni perkara baik bukan? So, takdelah aku moody macam selalu lagi.

"Aekyung," Aekyung yang sedang bekerja di cafeteria aku tegur. Aekyung terus tersenyum.

"Ahh, Leera-ah." Katanya.

Well, aku dah berbaik sikit lah dengan Aekyung. Kitorang boleh dikatakan mesra and yoongi pun senang tengok aku dengan Aekyung berbaik. Kalau tak, dia lah yang paling kecoh suh aku layan Aekyung bebaik.

"Kau buat apa?" Soal aku. Aekyung menggeleng lalu tersenyum.

"Aku tengah buat kerja sikit. Alah, ulang kaji." Aku tergelak. Aekyung dah pandang aku pelik.

"Rajin gila kau. Kalau aku, ulang kaji yang aku buat adelah tido." Aekyung tergelak sama.

"Btw, kau rapat dengan Hoseok tak, Leera?" Soal Aekyung. Aku pandang Aekyung buat seketika lalu mengangguk. "Wae?" Soal aku pulak.

Aekyung tersenyum. Pipi dia perlahan-lahan kemerahan. Entah kenapa pun aku tak tahu. Tapi, aku yakin ianya kerana Hoseok. Timbul dalam hati aku rasa curious. Aku nak tahu apa yang Hoseok buat pada Aekyung sampaikan Aekyung dah tersenyum macam kerang busuk skang ni.

"Aku rasa.. aku suka dia" aku terhenti daripada melakukan kerja aku. Aku terasa pedih pada hati aku dan aku tak tahu kenapa. Perasaan aku bertukar menjadi mendung. Tapi, aku tabahkan untuk mengukirkan senyuman pada Aekyung. "Jinjja?" Kata aku.

Aekyung pantas mengangguk. Pipi dia makin kemerahan. "Patut ke aku luahkan dekat dia?" Soal Aekyung lagi. Matanya bersinar-sinar macam dia memang patut luahkan ia pada Hoseok. Jadi, aku tak boleh nak buat apa. Lagipun, kalau aku nak halang dia pun sebab apa?

Aku takde hak pun.

So, aku hanya mengangguk. "Nae, kau patut luahkan. Lagipun buat apa kau nak pendam kan? Lebih baik luahkan sebelum Hoseok jumpa perempuan lagi bagus." Aku keluarkan macbook aku lalu mengonnkan ia.

Aekyung mengangguk. Dia mengenggam tangannya sekuat yang mungkin. "Aku akan beranikan diri aku tuk luahkan perasaan aku dekat dia." Katanya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

Entah kenapa, aku tak rasa ianya cadangan yang baik dalam menyuruh Aekyung luahkan perasaan nya pada Hoseok.

---

Sebulan dah berlalu sejak aku berbual dengan Hoseok. Aku dan Hoseok masih lagi tak bercontact. Skang ni pun, aku hanya contact Jin dengan Yoongi je.

Hoseok tak layan pun aku. Apa yang dia bagi adalah pandangan redupnya, suara mendatarnya. Dan dia act dingin pada aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa.

Then, aku terasa takut nak tegur dia. Aku takut dia marahkan aku sedangkan aku sendiri pun tak tahu apa yang dia akan marah aku. Korang mungkin rasa yang aku ni pengecut, tapi korang memang takkan nak tengok Hoseok bila dia mengamuk. Sekali dia mengamuk, dia dah bukan macam orang yang kita kenal lagi.

Tapi, hati aku sakit sangat. Sakit sangat bile nampak dia tetiap hari bawakkan Aekyung makanan tengah hari. Kekadang, dia singgah office tuk makan lunch dengan Aekyung. And, dia gak selalu jemput Aekyung daripada balik kerja.

Aku tak tahu lah apa status hubungan dorang sekarang, tapi dorang nampak macam lebih daripada kawan . Which is buat hati aku makin sakit.

Bukan aku tak suka, cuma perasaan aku tak boleh dikawal. Lagipun buat apa aku nak kesah? Hoseok bukan lah sesiapa pada aku.

Tak! Yoongi memetik jarinya tepat dihadapan muka aku.

Aku terkejut lalu kebelakang kan sedikit kepala aku. Setelah mendengar Yoongi ketawa berdekah-dekah, aku terus menarik muka masam.

"Tak kelakar lah beruang beruban." Aku mencapai gelas jus oren aku lalu dihirupnya.

"Beruban?" Yoongi terhenti laku memandang aku dengan tajam setajam pedang samurai. Aku hanya tersengih lalu menolak mukanya daripada dekat dengan aku. Bukan apa, nanti tak pasal-pasal orang fitnah sebab buat benda bebukan ke apa.

"Ye, kau beruban." Yoongi menjeling aku lalu menghirup air coconut shakenya.

"Kau kenapa, Leera? Kau nampak tak okay sejak semenjak ni. Ade pape masalah ke?" Soal Yoongi prihatin. Aku hanya menggeleng. "Semuanya okay. Kau tak payah lah risau kan aku, yoongi. Aku okay" kata aku lagi dengan nada yang perlahan.

Entah kenapa, hati aku tetiba tergerak suh tanya Yoongi apa sebenarnya Hubungan Hoseok dengan Aekyung.

So, aku tanya dia.

"Yoongi, aku tengok Aekyung dengan Hoseok berbaik gila. Dorang kawan ke atau lebih daripada tu?" Aku menyoal Yoongi dengan mulut yang penuh dengan buah tembikai.

Yoongi tersenyum sinis padaku. Dia nenghirup lagi coconut shake itu. Tetiba dia tergelak kecil.

"Kau tak tahu ke? Dorang dah kapel sebulan yang lepas "

---

:)

know.Where stories live. Discover now