03

4.9K 958 192
                                    

"Kau kenal BTS?"

Aku memandang Yoongi yang sekarang senyumannya sudah pudar. Tapi, sebaik sehaja dia perasan yang aku pandang dia, dia terus mengukirkan senyumannya.

"Nampak macam ada orang kenal kitorang lagi." Dia cakap sambil tersenyum.

"Kau bebetul Suga? Omo!" Aku menekup mulutku.

"Kau ingat aku? Kau ingat BTS lagi?" Soal Yoongi.

"Nae! Aku ingat korang semua. Aku ingat, Chimchim, Kookie, Jin, monie, hobi, taetae and kau!" Kata aku dengan excited.

"Tolong lupakan kitorang." Yoongi menunduk. Muka dia nampak sedih.

Senyuman aku pudar. "Mworago?"

"Buㅡ ahㅡ erm.. macam mana nak terangkan ek?" Dia menggaru kepalanya. Aku hanya pandang dia dengan pandangan yang terkejut.

Dia suruh fans dia lupakan dia? Apa maksud dia?

"Maksud aku, kitorang dah tak jadi boy group lagi. Jadi.. kau tak payah lah nak ingatkan kitorang lagi." Katanya lalu tersenyum.

"Tapiㅡ korang tahu tak sepanjang 4 tahun ni, emosi aku tak tenang? Aku minat korang sejak korang debut. Korang dah memang penting buat aku, bukan aku je.. army yang lain gak. Tetau korang dah disbanded. Kenapa?" Soal aku. Yoongi mengeluh. Kini, tiada senyuman yang terukir diwajahnya lagi.

"Panjang cerita nya.."

"Aku rela korbankan masa aku tuk dengar." Aku membalas kata-kata Yoongi. Yoongi pandang aku tepat pada mataku.

"Satu hari kau akan tahu jugak ceritanya." Yoongi senyum padaku.

Apa maksud dia?

"Apa maksud kauㅡ satu hari nanti?"

Yoongi mencapai tangan aku. Dia mengenggamnya erat. Matanya terpaku pada aku.

"Btw, Terima kasih sangat sebab still ingat kitorang. Terima kasih sebab jadi fans kitorang. Aku yakin yang lain gembira gak bila dengar kau adelah salah satu fans kitorang yang still ingat kitorang.." Yoongi menghadiahkan aku senyuman manisnya.

"Tapi, kalau kau bebetul sayang kan kitorang, please, lupakan kitorang."

---

Kata-kata Yoongi tu bukan je membuatkan aku sedih, tapi hampir semua jantung aku rasa nak tercabut je tau tak?

Aku tahu walaupun macam mana sekali pun aku paksa Yoongi tuk bagitahu aku kenapa dorang dah tak menerusi bidang nyanyian dorang, dia takkan bagitahu.

Aku rasa sedih. Bukan sedih, rasa macam separuh dari hidup aku dah takde.

Kata-kata yoongi ni membuatkan aku seribu kali sakit daripada dapat tahu yang BTS kena disbanded.

"Leera. Ni makanan tuk tengah hari." Kata Eunsil. Dia membawa sedulang yang diatasnya ada makanan.

Aku hanya duduk di corner bilik aku dan memeluk tubuhku. Eunsil mengeluh lalu dia duduk disebelah aku.

"Kau tak makan dalam minggu ni, dah-dah lah tu." Eunsil memegang tangan aku.

"tinggalkan aku sendiri.." kata aku lemah. Perut aku terasa sakit sangat bila bau makanan yang berada di hadapan aku tu.

"Kau kena makan, Lee. Sesudu pun cukuplah. Nanti sakit pulak. Kesihatan kau tu kena jaga." Eunsil menapai sesudu nasi lalu hendak menyuapkan ke mulut aku, tapi aku menolaknya.

know.Where stories live. Discover now