BAB2:OLEH MS CHIS

8.1K 197 5
                                    

Hari ni kali pertama aku menjejakkan kaki di sekolah baru ni. Abah kata sekolah ni sekolah kluster kecemerlangan. Hanya pelajar terpilih saja yang diserapkan ke sekolah ini dan kebanyakan mereka dari kalangan keluarga berada. Manakalan dari keluarga biasa-biasa seperti aku ni berebut-rebut untuk masuk ke asrama. Pihak dalam akan melihat dari segi kelulusan pelajaran dan latar belakang keluarga. Kalau layak, mereka akan dibenarkan masuk.
“Kak Mai, menung apalagi? Jom turun.” ajak Yana.
Aku lambat-lambat membuka pintu kereta.
“Kak Mai, cepat la! Asyik termenung je kenapa? Ingat boyfriend ke? Eh, tapi akak ni ada boyfriend ke? Perangai macam lelaki. Asyik nak bertumbuk aje kerjanya.” sinis sekali kata-kata achik bikin darah tinggi aku naik!
‘Siot punya adik!’ kutuk aku dalam hati dengan perasaan geram.
“Oit, chik! Kalau aku ingat pakwe ke apa ke kau peduli apa? Kau sakit ke kalau aku takde pakwe? Kau ke yang menanggung dosa aku kalau aku berkhayal? Hah?” semburku kepadanya.
‘Kurang ajar betul! Dengan kakak sendiri pulak tu!’ gerutu hatiku.
“Dah.. tak mahu gaduh-gaduh.. achik, jangan kurang ajar dengan Kak Mai. Dia kakak sulung achik. Sepatutnya achik kena hormat Kak Mai. Jangan buat lagi,” putus Puan Husna sebagai orang tengah.
Padan muka kau! Jahat sangat dengan kakak sendiri.
Aku tersenyum sinis bila melihat achik memuncungkan mulut. Heh! Baru kau tau sape lawan kau! Sementara menunggu abah menyelesaikan tentang kemasukkan aku, aku dan Yana merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah ini.
‘Besar jugak sekolah ni’ terdetik hatiku. Dan cantik!
“Kak Mai, bestnya sekolah ni! Luas, pemandangan dia memukau la kak. Penuh dengan bunga! Cuba akak tengok, kat setiap tempat ada bunga! Cantikkan?” Yana teruja.
Kalau korang nak tau, adik aku yang sorang ni memang suka gila dengan bunga! Apa-apa sikit mesti bunga! Aku pun pening. Sampai kat rumah pun siap ada taman bunga. Nama pengusahanya adalah ‘Yana’s Flowers’.
Pening kepala aku!
Aku bergerak ke satu tempat yang begitu nyaman dan tenteram. Dalam aku melihat keindahan kolam ikan yang mendamaikan ini, tiba-tiba aku dilanggar seseorang!
Bukk!
Adoi! Sakitnya badan aku!
Aku gagahkan tubuh untuk berdiri. Terasa pedih di bahagian siku. Pantas aku melihat. Darah! Allah, macam mana ni?
“Err.. awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja,” ucapan maaf dari seseorang mengejutkan aku. Baru aku perasan yang aku dilanggar oleh seseorang tadi. Pandangan di hala ke belakang.
Gulp!
Handsomenya! Terdetik perkataan itu di hati.
“Err.. saya minta maaf sebab buat awak terjatuh. Saya nak cepat tadi.” Ucap lelaki itu dengan perasaan bersalah.
Aku mula tersedar. Pantas aku mengecilkan mata memandangnya. “Berani kau langgar aku? Kau ingat aku ni apa? Tak nampak ke?! Buta?!” marahku tiba-tiba.
Pemuda itu bagaikan terperanjat dengan kemarahan gadis itu. Bukankah tadi dia sudah meminta maaf? Pekak ke apa minah ni? Tapi cun juga! Eh, kau jangan nak memandai-mandai puji minah ni, desis hatinya.
“Kan tadi saya dah minta maaf. Apa yang tak cukup?” soal pemuda itu bengang.
Aku membeliakkan mata. “Maaf tak cukup la weh! Ni siku aku berdarah ni macam mana? Dengan maaf kau tu, siku aku boleh sembuh? Macam tu? Dah la sesuka hati langgar orang. Jalan sikit punya besar, kat tempat aku berdiri juga kau nak lalu!” berangku. Mula-mula memanglah aku tangkap cintan dengan wajah kacak gila mamat ni. Kalah Iskandar, kapten bola sepak yang aku minat di sekolah lama! Namun bila teringat akan kesan calar di siku, berdarah lagi tu membuatkan aku bengang sekali.
“Habis tu kau nak suruh aku buat apa? Bawa kau pergi klinik?” perli pemuda itu sambil berpeluk tubuh. Bahasa juga sudah bertukar dari ‘saya, awak’ kepada ‘aku, kau’.
Aku mengetap bibir. Memang nak cari nahas mamat ni! “Kau kan….” kata-kata mati apabila terdengar jeritan suara Yana.
“Kak Mai, kenapa ni?” tanya Yana hairan. Dilihat seorang pemuda kacak dihadapannya sedang berpeluk tubuh dengan muka selamba manakala kakaknya muka memerah bagai menahan kemarahan.
“Ni! Mamat poyo ni langgar akak sampaikan siku akak berdarah,” aduku pada Yana. Sengaja! Biar dia rasa!
Yana tercengang. Dia melihat siku Kak Mai yang berdarah namun tidak begitu ketara. Pandangan di hala ke pemuda kacak di hadapan.
“Kenapa? Nak ganti rugi? Berapa?” soalnya berlagak.
Aku mengetap bibir geram. “Kau banyak duit sangat ke nak bayar?”
Pemuda itu tersenyum sinis. “Kalau aku tak mampu, aku takkan bersekolah di sini, cik adik!”
Aku terpempan. Kurang ajar! Dia sengaja nak malukan aku. Nanti kau!
“Dah lah. Saya nak awak minta maaf pada kakak saya.” Arah Yana ingin memutuskan segalanya. Pening juga kepala bila lihat kedua-dua pihak tidak bersefahaman. Memang la kakak aku ni tak boleh jumpa lelaki! Desis hati Yana.
“Saya dah,” kata pemuda itu sambil merenung diriku tajam.
“Kalau macam tu, Kak Mai maafkanlah dia.” Suruh Yana.
Aku menggeleng. “Tak semudah tu akak nak maafkan dia.” Ujarku berlagak.
Pemuda itu menggeleng sambil tersenyum. Sinis!
“Kalau dah berlagak sangat, memang la tak pernah habis.” Poket seluar sebelah kanan di seluk. Terdapat beberapa not berwarna merah ditangan. Pemuda itu menyerahkan tiga keping not merah kepadaku.
“Buat kos perubatan. Nanti kau cakap aku tak bertanggungjawab pula,” ujarnya.
Aku hanya memandang duit itu tanpa mengambilnya. Yana tidak mengerti. Apa semua ni??
“Apesal tak ambil?” soal pemuda itu lagi. Duit masih lagi dihulur namun tiada sambutan. Budak ni memang bikin aku punya darah naik mendadak la!
“Kak, ambillah.” Bisik Yana di telingaku. Dia hanya mahukan kekusutan ini terlerai di sini saja. Yana tahu apa akan terjadi kalau kakaknya sudah marah. Memang akan berlaku tsunami! Sediakanlah payung sebelum hujan kilat turun!
Aku merenung Yana dan pemuda itu silih berganti. Idea jahat tiba-tiba muncul di fikiran. Aku tersenyum sinis.
“Baiklah. Aku ambil,” duit RM30 itu aku ambil. Pemuda itu mengangkat kening. Terasa macam pelik dengan minah depan ni yang dari tadi tak habis-habis senyum.
‘Gila ke? Tapi memang cun!’ bisik hatinya.
Yana menghembus nafas lega. Akhirnya….
Aku mengeluarkan purse hitam di kocek seluar. Terdapat sepuluh ringgit di dalamnya. Not itu aku ambil lalu aku campurkan bersama not-not kepunyaan lelaki itu. Yana memandang pelik. Hatinya mengagak pasti kakaknya akan melakukan sesuatu.
Pemuda itu merenung kelakuan gadis di hadapannya. Terasa macam lain sangat! Macam ada something yang nak terjadi. Macam….
Pukk!!
Yana terlopong. Pemuda itu juga tercengang dengan apa yang berlaku. Matanya tak lepas memandang gadis itu.
Aku tersenyum sinis. Tangan aku kesat di seluar jeans. Puas sudah hatiku saat ini. Dengan melemparkan wang ringgit itu ke muka jejaka itu. Aku pantas menarik tangan Yana supaya beredar. Sempat aku menjelingnya.
‘Apa masalah minah tu sebenarnya?’ Hati pemuda itu berkata-kata. Duit yang bertaburan di lantai dikutip kembali. Dia tekad akan membalas balik apa yang terjadi. Jangan ingat aku akan berdiam diri! Kau dah malukan aku! Yakinnya.
***

Novel : Ketua Pengawas vs tunang Where stories live. Discover now